Wednesday 21 August 2013

KEROSAKAN JALAN SEBATIK PEMANDU KERAP DI SAMAN JPJ


Oleh : Saimon S Jumadi



JALAN Raya Pulau Sebatik yang perlu  dinaik taraf seperti  dijalan-jalan lainnya.
 
 
MASALAH Jalan Pulau Sebatik yang dalam keadaan kritikal perlu diperbaiki atau di naiktaraf seperti jalan-jalan raya di tempat lain demi memberikan keselesaan kepada pengguna setempat yang menggunakan laluan utama untuk berulang alik.

Dengan keadaan jalan yang rosak tersebut para pemandu yang  lalu di jalan yang dimaksudkan kerap kali kena saman daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas  beberapa kesalahan  tertentu.

Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PPRS) Datuk Mohd Jeffrey Rosman menyatakan demikian kepada Wartawan Kanan Sabahkini.Net  Wilayah Sandakan,Semporna, Tawau  melalui telefon malam tadi.
 
“Saya amat simpati terhadap  nasib para pemandu  yang sering kena saman oleh JPJ sedangkan mereka 70 peratus penduduk di Pulau Sebatik  adalah golongan yang berpendapatan rendah kalau sering kali kena saman sebulan hingga empat hingga lima kali, bayangkan sekali dikumpul saman tersebut boleh mencecah nilai RM1,500.00," jelasnya.

Jeffrey yang mewakili suara para penduduk Kampung berkenaan akan mengutus surat rasmi kepada pihak Kementerian Pengangkutan Jalan memohon agar memansuhkan dahulu  semua saman kepada para penduduk terbabit  demi meringankan beban yang ditanggung. Hal ini kerana semua hasil pendapatan sama ada daripada gaji mahupun perniagaan khusus untuk menyara kehidupan keluarga semata-mata untuk membayar denda atau saman kepada pihak JPJ.


"Saya juga meminta jasa baik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Sebatik Muis  Picho dan Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Hj Abdul Ghafur Salleh  agar dapat mengambil perhatian serius terhadap masalah kerosakan jalan tersebut agar dapat dinaiktaraf  seperti jalan-jalan ditempat lain  agar rakyat yang telah memberi mandat semasa PRU 13  dahulu  dapat terbela dengan menikmati segala kemudahan asas daripada kerajaan Barisan Nasional (BN)  selaras dengan slogan 'Janji Ditepati' dan Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan," tegas Jeffrey.

No comments:

Post a Comment