by:
T. H. Chan
Rakyat
Didahulukan, Pencapaian Diutamakan! Nasib 200 keluarga penduduk di Kampung
Muhibbah, Batu 2.5 yang bakal diroboh untuk memberi laluan kepada projek
pembinaan Terminal Bas Ekspress Sandakan dapat dibela oleh Kerajaan Barisan
Nasional.
200
keluarga ini telah dapat diberi penempatan di Rumah Projek Perumahan Rakyat PPR
di Jalan Lintas Sibuga. Pemimpin Kemajuan Rakyat N45 Elopura, Chan Tzun Hei
mengetuai kakitangan UPKR dan Pengerusi JKKK Kg Muhibbah, Hassan Amat telah
menyerah borang permohonan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam perobohan
rumah pada hari ini.
"Penduduk
yang terlibat merangkumi pengundi bukan sahaja Elopura, malah terdiri daripada
pelbagai kawasan di daerah Sandakan ini termasuk Sg Sibuga, Sekong, Tj Papat,
Karamunting, Gum-Gum, Kuamut dan Sukau. Namun borang ini diberikan kepada
mereka semua yang telah disenaraikan oleh pihak Unit Setinggan Majlis
Perbandaran Sandakan tidak kira mereka adalah pengundi Elopura atau tidak,"
begitu katanya Chan yang juga Ketua Pemuda Bahagian Sandakan bagi Parti
Gerakan.
Ketika
kerja turun padang ini dijalankan, penduduk di kawasan kampung setinggan
tersebut menerima baik dan terima kasih dengan usaha Unit Pemimpin Kemajuan
Rakyat dan JKKK. Penduduk kampung tersebut begitu gembira dan yakin atas usaha
kerajaan Barisan Nasional berbanding dengan pihak pembangkang yang hanya tahu
membuat janji kosong serta buat kenyataan akhbar tanpa dapat melaku apa-apa
tindakan untuk membela nasib penduduk kampung tersebut.
Tambah
beliau, mereka yang diberi borang pasti diberi satu lot rumah di rumah PPR di
Batu 8 ini oleh Majlis Perbandaran Sandakan. Operasi beri borang di kampung ini
adalah untuk mempastikan penduduk yang terlibat diberi rumah dan bukan sesiapa
yang cuba mengambil kesempatan.
Chan
berkata walaupun adalah sekumpulan kecil tidak dapat diberikan borang pada hari
tersebut kerana penduduk tidak dapat ditemui atas sebab kerja di luar ketika
penyerahan borang, namun borang mereka akan disimpan khusus untuk mereka.
Mereka yang tidak dapat diberikan borang ini telah direkodkan dan mereka boleh
menuntut borang mereka masing-masing di pejabat UPKR N45 di Bandar Kim Fung
dalam masa minggu ini. Hanya mereka yang terdaftar dalam rekod banci unit setinggan
sahaja boleh menuntut borang tersebut dan wakil adalah tidak dibenarkan.
Semasa
penyerahan borang permohonan rumah PPR ini, Chan dan kakitangan juga sempat
dijemput oleh penduduk di kampung tersebut untuk beraya di beberapa rumah
dengan jamuan. PKR Elopura yang baru sahaja dilantik oleh Ketua Menteri
baru-baru ini rasa semangat perpaduan dan kemesraan yang telah lama dipupukkan
selama ini antara pelbagai kaum yang mana tidak boleh sekali pun dicabar dan
dimain-mainkan oleh mana-mana pihak semata-mata bagi tujuan yang tertentu
khususnya dalam mendapat sokongan politik.
No comments:
Post a Comment