Friday 23 August 2013

RALAT: AL FATIHAH UNTUK MUTALIB MD (1962-2013)





Sebagai memenuhi permintaan keluarga arwah Abdul Mutalib Mohamed Daud, bekas Ketua Editor Sabahkini.net, pihak Editorial laman portal Sabahkini.net membuat pembetulan berkenaan tahun kelahiran arwah sepertimana telah disiarkan pada 29 Jun 2013 (klik disini bertajuk 'AL FATIHAHUNTUK MUTALIB MD'). 

Allahyarham Abdul Mutalib Mohamed Daud dilahirkan pada 02 Oktober 1962 di Baling, Kedah yang kemudiannya membesar sebagai 'Anak Jati Sabah' di Sabah, pernah bertugas di Jabatan Audit sabah sebagai Juruaudit selama beberapa tahun, kemudiannya menjadi Penasihat beberapa Ahli Politik Tempatan selain bekerja sendiri.

Beliau telah banyak memperjuangkan nasib rakyat Sabah berhubung kerakyatan songsang, membongkar kejalangan para pemimpin dan jabatan-jabatan kerajaan yang terlibat dalam salahguna kuasa.

Sebagai bekas Ketua editor, Journalist dan Penulis Kontroversi, beliau tidak pernah ditahan di bawah mana-mana kesalahan jenayah sekalipun di bawah kesalahan ISA kerana keberaniannya yang tidak mampu dilawan oleh mana-mana pihak.  

Menurut keluarga beliau, beliau bakal menjadi saksi terakhir dalam perbicaraan RCI di Kota Kinabalu dalam tempoh yang terdekat. Beliau kembali kerahmatullah pada 29 Jun 2013, jam 3 pagi di rumah isteri terakhirnya Pn Sarina Abdul Ganih di Kota Kinabalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tabin-Silabukan berdekatan makam arwah ibunya. Semoga Allahyarham Mutalib MD bersemadi dengan tenang dan aman, sekali lagi AL FATIHAH untuk arwah.

Pihak Editorial Sabahkini.net memohon jutaan kemaafan di atas 'typing error' Artikel 'AL FATIHAH UNTUK MUTALIB MD' buat keluarga Allahyarham Mutalib MD.

No comments:

Post a Comment