Oleh:
Shaimon S Jumadi
PASARAN ....Suasana aktiviti pasaran ikan di Kg.Tampurong
PARTI
Keadilan Rakyat (PKR) Beaufort hari ini mengesa Kementerian
Pertanian dan Perikanan Sabah khususnya Jabatan Perikanan Negeri Sabah
mengambil tindakan segera keatas kegiatan melanggar hak anak tempatan dalam
usaha meningkatkan ekonomi melalui Projek Takun Raas di Kg.Tampurong dekat
sini.
Perkara
ini dijelaskan sendiri oleh .Taufick Hj.Ruschi, Pemangku Ketua Cabang Parti
Keadilan Rakyat Beaufort kepada Wartawan
Kanan Sabahkini.Net melalui panggilan
telefon malam tadi.
CUKUP SEDAP....Kelihatan Timbalan Pengarah Perikanan Negeri Sabah
En.Jephrin Wong menikmati hidangan semas beliau melawat di Kg.Tampurong
Beliau
yang juga anggota Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Sabah berkata,
ada lebih baik kerajaan melalui Jabatan Perikanan Negeri membatalkan sahaja
lesen Pukat Tunda yang diberikan kepada pengusaha terbabit kerana mereka bukan
sahaja melanggar peraturan lesen dikeluarkan malah telah mengakibatkan
kerosakan teruk Takun Tiruan atau Raas yang diusahakan oleh penduduk
Kg.Tampurong dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan Kg.Tampurong.
Taufick yang membuat lawatan setelah dan
mendengar sendiri rintihan penduduk di Kg Tampurong sambil menyatakan kedegilan pengusaha mematuhi nasihat Timbalan
Pengarah Perikanan Negeri , Jephrin Wong yang datang ke Kg.Tampurong baru-baru
ini telah menunjukkan pengusaha Pukat Tunda berkenaan tidak mempunyai
nilai perikemanusiaan sehingga sanggup
melakukan pencerobohan haram dan merosakkan Takun Tiruan yang diusahakan
rakyat.
Dalam
pada itu, Taufick juga berharap pihak Kementerian dan Jabatan Perikanan mengambil
perhatian untuk mengujudkan satu tempat khas kepada nelayan di Kg.Tampurong
memasarkan hasil tangkapan ikan mereka dan menjadikan Kg.Tampurong sebagai hub
pasaran ikan segar bagi Kuala Penyu.
“Melihat
potensi besar Kg.Tampurong sebagai satu destinasi pelancongan ,saya yakin usaha
tersebut akan mampu mengujudkan peningkatan ekonomi kepada penduduk di sana
malahan kepada daerah Kuala Penyu itu sendiri,” ujar Taufick.
No comments:
Post a Comment