Saturday 31 August 2013

NORAINI SULONG TANDING KETUA WANITA UMNO BAHAGIAN SANDAKAN



Kupasan Dari Meja Ketua Biro, Shaimon S Jumadi





SELAIN jawatan Ketua Bahagian UMNO Sandakan telah pun digembur-gemburkan jadi rebutan tiga penjuru.Antara yang bakal merebut jawatan tersebut ialah Datuk Hj Awang Sham Hj Amit Timbalan Ketua dan Pengerusi Tetap Persidangan UMNO Sandakan Sahari Ahmad  yang bakal menentang kepimpinan Ketua Bahagian UMNO yang ada sekarang kerana dianggap sudah tidak lagi relevan.

Lantaran itu  pula, jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan yang kini disandang oleh Asnah Hj Tahalil juga akan direbut pada pemilihan yang telah dijadualkan pada Oktober ini nanti.

Ketua Biro Sabahkini.Net yang sentiasa mengikuti perkembangan perjalanan UMNO Sandakan telah mendapat sedikit maklumat daripada sumber-sumber  yang boleh dipercayai kerana kes ini telah menjadi tajuk perbualan hangat di sana sini yang menyatakan mantan   Ketua Puteri UMNO Bahagian Sandakan iaitu Noraini Sulong  akan menawarkan dirinya untuk bertanding bagi merebut jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan pada pemilihan jawatan ini nanti.

Saya  memang rapat dengan Noraini Sulong, tindakannya menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan tersebut amat dialu-alukan  oleh 54 ketua-ketua Wanita  Cawangan UMNO  yang membabitkan Zon Tanjung Papat dan Zon Elopura.

Menurut beberapa orang Ketua Wanita Cawangtan UMNO yang nama mereka enggan disebutkan  di sini antara lain menjelaskan, kepimpinan Wanita UMNO Bahagian Sandakan ada sekarang dikatakan tidak lagi relevan dan perlu ada perubahan dan perlu diganti orang baru, muka baru untuk menerajui kepimpinan yang telus dan tidak timbul birokrasi dalam  memberi apa-apa saja bantuan  kepada ahli-ahli wanita khususnya di peringat umbi.

Sebut saja nama Noraini orang seluruh Sandakan sudah mengenali dirinya tambahan lagi  penglibatannya dalam NGO iaitu sebagai Pengerusi  Biro Hal Ehwal Wanita PEMADAM Daerah Sandakan namanya begitu menyerlah sekali.

“Sumbangan Noraini kepada  bangsa, masyarakat dan juga negara  tidak ternilai  harganya, ini sudah tentu Noraini orang yang paling layak dan sesuai menjadi Ketua Wanita UMNO Bahagian Sandakan  untuk menerajui kepimpinan Wanita UMNO yang lebih dinamik dan konsisten,” menurut penyokong di pihak Noraini.

Soal kalah dan menang itu bukan persoalannya, itu memang adat pertadingan apa yang penting saya sudah mencoba untuk memberanikan  menawarkan diiri saya untuk bertanding, terpulanglah kepada para perwakilan wanita untuk menentukan nasib saya  sama ada berjaya atau sebaliknya,” ujar Noraini.

1 comment:

  1. Teruskan perjuangan sahabatku kita sama-sama berjuang digelangang kalah menang telah menjadi adat namun pantang serikandi mengalah sebelum berjuang,

    ReplyDelete