Sunday 18 August 2013

SAKSI RCI SABAH: BEKAS KM HARRIS SALLEH TARIK DIRI



Oleh: Nigel Aw


             
RCI SABAH Dalam satu perkembangan yang mengejutkan, bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh, yang dijadual tampil memberi keterangan kepada suruhanjaya siasatan diraja (RCI) mengenai pendatang di Sabah hari ini, telah menarik diri.

Harris, yang telah memberi keterangan sebelum ini, telah dipanggil semula untuk menjawab keterangan bekas ketua pegawai daerah Sandakan, Hassnar Ibrahim.

Hassnar, saksi pertama pagi ini, telah mengaitkan Harris dalam
pemberian secara haram kerakyatan kepada pendatang untuk undi, yang digelar 'Projek IC'.

Bagaimanapun, apabila pendengaran di sambung semula di Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu pada sebelah petang di mana Harris sebagai saksi berikutnya, beliau telah menarik diri.

Harris yang kelihatan pada waktu pagi, pergi ke bilik menunggu untuk saksi RCI.

Beliau telah memberi keterangan di hadapan RCI pada bulan Januari dan menafikan kewujudan Projek IC.

Hassnar, yang merupakan saksi ke-201 hari ini, memberi keterangan bahawa Harris pada tahun 1985 telah mengarahkannya untuk bertemu dengan bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk meningkatkan pemberian kad pengenalan biru kepada warga asing Islam.

Ia adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Muslim di Sabah dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan PBS pimpinan yang dilihat sebagai anti-Islam.

Hassnar telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada tahun 1988. Dia ditahan selama 60 hari dan kemudian diletakkan di bawah kediaman terhad sehingga tahun 1990.

Selain Hassnar, setiausaha politik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - Datuk Abdul Aziz Shamsudin - juga memberi keterangan hari ini.

Sejumlah 202 saksi telah memberi keterangan kepada RCI sejak pendengaran bermula pada bulan Januari.

1 comment: