Monday 5 August 2013

TINDAKAN PDNKK BATAL PERJALANAN HASSAN KE SANDAKAN MENGECEWAKAN

Oleh: Shaimon S Jumadi



Ahli Parlimen Sandakan  (DAP)  Stephen Wong Tien Fatt   mengalu-alukan Datuk Hassan Bin Malek, sebagai Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah mengadakan lawatan khas ke Sabah untuk memahami dan menyiasat masalah kekurangan diesel, namun, beliau juga amat kecewa bahawa Datuk Hassan Bin Malek dan pegawai kanan KPDNKK telah membatalkan perjalanan mereka ke Sandakan secara tiba - tiba. Hal ini pasti akan memberi kesan kepada KPDNKK untuk mendapatkan maklumat lanjut  mengenai masalah kekurangan diesel di Sandakan.

Stephen Wong membuat kenyataan ini berkenaan dengan Datuk Hassan Bin Malek dan pegawai-pegawai kanan beliau merancang untuk datang ke Sandakan dan Kota Kinabalu, dalam usaha untuk mencari jalan penyelesaian kepada laporan kekurangan diesel.


Stephen Wong telah menghantar surat pada 15 Julai 2013 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hassan Bin Malek untuk mencerminkan isu kekurangan diesel Sabah bagi menjalankan penyiasatan dan perhatian atas masalah ini.

Beliau menegaskan bahawa disebabkan isu kekurangan diesel di Sabah, KPDNKK telah meluluskan 24,196,000 liter kuota diesel di seluruh negara. Walaupun perbuatan ini boleh meningkatkan bekalan, tetapi sekiranya sebab sebenar bagi isu kekurangan diesel tidak dapat dikenal pasti, tindakan ini hanya akan menggalakkan penyeludupan dan perdagangan haram.

Stephen Wong menjelaskan bahawa  menurut maklumat yang diberi oleh KPDNKK cawangan Sandakan, kuota diesel di Sandakan adalah sebanyak 13.7 juta liter sebulan, selepas mengecualikan sebanyak 476,000 liter diesel yang dibekalkan kepada 8 syarikat - syarikat yang berlesen 'Kommunity Drumming', terdapat sebanyak 13,224,000 liter diesel adalah untuk bekalan orang awam. Bekalan diesel yang sebanyak ini dianggap mencukupi, tetapi Sandakan masih mengalami kekurangan bekalan diesel bermulai pada minggu ketiga setiap bulan, di mana stesen-stesen petrol mengalami masalah kekurangan diesel dengan menghadkan pembelian bekalan diesel kepada orang awam.

Beliau juga berkata bahawa KPDNKK haruslah mengambil perhatian dan memantau syarikat - syarikat yang berlesen 'Kommunity Drumming' supaya mendapatkan diesel minyak berdasarkan kuota diesel yang diperuntukan

Pada pandangan beliau, walaupun bekalan tersebut dianggap oleh KPDNKK merupakan bekalan yang mencukupi bagi permintaan orang ramai, tetapi isu kekurangan diesel masih tetap berlaku. Oleh itu, Menteri PDNKK, Datuk Hassan Bin Malek dan pegawai - pegawai kanan yang telah mengadakan lawatan ke Sabah haruslah menyiasat masalah ini supaya tidak berluang lagi.

Stephen Wong berkata bahawa, sekiranya KPDNKK anggap kuota bekalan diesel tersebut adalah mencukupi bagi permintaan orang awam, mustahil isu kekurangan bekalan diesel akan berlaku jika wujudnya kegiatan penyeludupan dan perdagangan haram.


Beliau percaya bahawa sekiranya KPDNKK tidak dapat mengenalpastikan masalah sebenar yang mengakibatkan isu kekurangan bekalan diesel dan mengambil tindakan yang sewajarnya, peningkatan kuota bekalan diesel pun tidak akan menyelesaikan isu ini.

No comments:

Post a Comment