Thursday, 21 October 2010

DAP SABAH TIDAK SOKONG BAJET 2011



Oleh: DR HIEW KING CHEU (MP KINABALU)

Ucapan Dalam Bahasa Inggeris Boleh Di Baca Di Bawah.

Terima Kasih, Datuk Yang Di Pertua,

RAKYAT di Sabah memandang Bajet 2011 itu sebagai ‘Bajet Pilihanraya’ yang memberi persepsi umum bahawa tahun akan datang adalah tahun yang kecewa dan harapan kosong. Peruntukan RM9.55 billion yang dikongsi oleh Sabah dan Sarawak menunjukan bahawa Negeri di Malaysia Timur tersebut adalah tidak penting sama sekali. Di manakah Semangat 1Malaysia yang dibawakan oleh BN?

Sabah dan Sarawak menyumbang lebih dari 42% daripada hasil pendapatan negara dan kita hanya mendapat pulangan kewangan yang sedikit, iaitu 8% daripada jumlah Bajet 2011. Ini adalah tidak adil. Sabah dan Sarawak dilayan secara tidak adil. Adakah kita ini kelas kedua dan tidak penting kepada negara? Adakah sumbangan Sabah dan Sarawak 42% itu tidak penting? Saya fikir Kerajaan Persekutuan bukan hanya tahu ambil, tetapi juga mesti tahu kembalikan apa yang wajar.

Di masa lampau, kita melihat bajet demi bajet dengan angka yang besar tetapi dalam proses perlaksanaan kita lihat pemotongan demi pemotongan. Tahun lalu Kerajaan melapor pemotongan peruntukan Sabah Development Corridor (SDC) untuk Pedalaman Sabah. Ini adalah satu contoh yang baik. Banyak projek pembangunan di Sabah di bawah Bajet Nasional kini menjadi terbengkalai atau berjalan dengan perlahan dan mengikut cerita umum adalah disebabkan oleh kegagalan membayar kontraktor tersebut. Ini menunjukkan pentadbiran kewangan negara kita tidak berfungsi dengan baik.

Kerajaan Persekutuan harus menghormati dan prihatin kepada Sabah dan Sarawak. Ingin saya bagi peringatan tentang Perjanjian Malaysia kerana Sabah dan Sarawak berkongsi dengan Malaya dan Singapura menubuhkan Persekutuan Malaysia. Kita adalah rakan kongsi dan bukan dianggap sebagai salah satu dari negeri di Malaysia. Kami hanya mahu perjanjian itu diturut dengan hati yang iklas. Apa yang tertaktub dalam perjanjian haruslah ditunaikan kerana kegagalan menunainya menjadikan perjanjian Malaysia sesuatu dokumen yang tidak bererti. Kita hanya meminta layanan yang adil, hormat-menghormati di antara kita. Saya ingin mengingatkan BN, bahawa ramai penyokong dan ahli BN juga merungut dan merasa kesusahan meneruskan kehidupan.

Di Sabah kami masih mahu mengulas atau mengkaji semula kadar pembahagian minyak dan gas 5% yang terdapat dalam perjanjian dengan Petronas. Sejak perjanjian itu ditandatangani, Sabah hanya menerima sebanyak RM5.30 billion dalam tempoh 40 tahun manakala sumbangan Sabah kepada kewangan negara ialah kira-kira RM120 billion.

Kadar 5% ini adalah terlalu kecil jika dibanding dengan peruntukan yang diperlukan untuk membangunkan Sabah. Dengan kadar peruntukan persekutuan yang begitu kecil maka ekonomi Sabah tidak akan bergerak dengan laju. Ekonomi Sabah semakin merosot kerana Kerajaan gagal menarik pelaburan asing, industri yang lemah, sektor pertanian yang lembab, pelancongan yang menurun dan lain-lain lagi.

Rakyat Sabah kini kehilangan harapan dan keyakinan terhadap negara kita. Kita dapat melihat bahawa ramai rakyat Malaysia telah dan mahu berhijrah dan mencari tempat perlindungan di negara lain. Mereka bukan hanya membawa wang ringgit mereka tetapi juga ‘otak’ mereka ke luar negara.

Sabah kini kehilangan sumber manusia dan kewangan yang mengakibatkan Sabah menjadi negeri yang terkaya kepada negeri termiskin di Malaysia. Kadar kemiskinan di Sabah ialah 23.4%; sesuatu indikator yang menakutkan tetapi Kerajaan BN hanya berkali-kali berjanji menghapuskan kemiskinan. Ini semuanya adalah cerita kosong sahaja (NATO).

Saya hairan kenapakah Kerajaan sanggup membelanjakan RM5 billion untuk mendirikan bangunan 100-tingkat di Bandaraya Kuala Lumpur. Kenapakah Kerajaan tidak prihatin kepada Sabah dan Sarawak dan mendirikan projek tersebut di Sabah? Sudah menjadi perbualan umum bahawa Petronas Twin Tower di KL tersebut adalah daripada wang Sabah dan Sarawak maka, Sabah dan Sarawak adalah pemilik yang sah bagi Twin Tower tersebut. Bagi saya, membelanjakan wang rakyat dengan mendirikan bangunan 100-tingkat ini adalah salah dan tidak munasabah. Saya fikir ini adalah projek untuk meneruskan tradisi penjajah.

Saya juga merasa kecewa dengan rancangan Kerajaan membelanjakan RM3 billion untuk menaikan taraf resort, alam sekitar dan infrastruktur Nexus Karambunai. Saya terus merasa kecewa kerana kerajaan akan membelanjakan RM100 million untuk menaikan taraf fasiliti Nexus Karambunai. Apakah rasional kerajaan memberi peruntukan kepada Nexus Karambunai sesuatu syarikat tersenarai (Public Listed) yang menduduki kawasan beribu ekar tanah yang boleh dikatakan kepunyaan Sultan Brunei. Saya faham tidak ada undang-undang Malaysia yang boleh mempertikaikan tanah yang berdaulat negara Brunei tersebut.

Saya berpendapat peruntukan RM110 juta untuk Koridor Pembangunan Sabah atau Sabah Development Corridor (SDC) adalah tidak mencukupi untuk membina pintu koridor tersebut, apatah lagi menjalan kerja di koridor tersebut. Ini adalah permainan kerajaan BN menceritakan tentang SDC untuk menyenangkan hati rakyat Sabah. Bagi saya inilah apa rakyat Sabah tidak sukai seperti pepatah Cina, “Kami dengar suara di koridor tetapi kami tidak nampak orang datang”.

Rakyat di Pedalaman adalah penyokong BN yang kuat tetapi pada hari ini mereka dilupakan dan tidak dipedulikan sehinggalah mereka menjadi rakyat termiskin, kekurangan pembangunan infrastruktur, tidak ada bekalan air, elektrik, jalanraya dan talian perhubungan. Apalah gunanya membekal Lap Top kepada pelajar dan rakyat di luar bandar yang tidak mempunyai bekalan elektrik dan perkhidmatan internet?

Sabah dan Sarawak diperuntukkan RM2.1 billion untuk membina jalanraya di luar bandar. Bagi saya peruntukkan ini adalah kecil dan tidak mencukupi. Jika dibahagikan dua, Sabah hanya mendapat RM1.05 billion. Berapakah panjang (kilometer) jalanraya luar bandar boleh dibina? Membina jalanraya di kampung adalah mahal kerana harga yang dinaikan, harga bahan-bahan yang mahal, duit rasuah dan yang paling buruk sekali ialah cara harga kontrak yang dirunding atau negotiated. Satu projek bernilai beberapa ribu boleh menjadi beberapa juta ringgit. Kerajaan BN mengamalkan sistem projek tersebut diberi kepada seseorang kontraktor secara langsung atau secara runding. Sistem ini membawa salahguna kuasa dan rasuah.

Bekalan elektrik dan air di Sabah adalah masalah yang bertumpuk-tumpuk selama berpuluh-puluh tahun lamanya. Masalah ini melibatkan rakyat di kampung, luar bandar dan di bandar. Di Kota Kinabalu, ramai rakyat di kampung masih menggunakan air perigi, graviti yang tidak dirawat. Di Pulau Gaya yang berdepan dengan Bandar Kota Kinabalu, rakyatnya masih menggunakan bot untuk mengangkut air dari tanah besar. Ketiadaan air yang bersih dan dirawat juga dirasai oleh rakyat di daerah Penampang. Hidup mereka tertekan terutama sekali semasa kemarau.

Kerajaan telah memperuntukkan RM1.0 billion untuk Janakuasa 300MW Diesel dan Gas di Kimanis. Kita difahamkan bahawa ini adalah projek bersama Petronas dan Yayasan Sabah. Di mana rasional dan logiknya kerajaan memberi peruntukan yang besar ini? Jikalau inilah keadaannya, maka kerajaan seharusnya memberi wang ini kepada Sabah untuk projek-projek yang lebih penting dan sesuai. Pembekal Kuasa Bebas (IPP) dan rakankongsinya seharusnya berusaha mencari sumber kewangan untuk membiayai projek Janakuasa tersebut. IPP atau PKB ini akan meminta kita sebagai pengguna membayar bill-bill tersebut.

Kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta untuk program bantuan perumahan di Sabah dan Sarawak. Bagi saya ini adalah tidak mencukupi dan terlalu rendah dari apa yang diperlukan. Di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu termasuklah Merotai, ramai rakyat tidak mempunyai rumah tersendiri. Mereka masih menyewa rumah tersebut. Harga rumah semakin hari semakin mahal dan rakyat tidak mampu membeli rumah tersebut malah terpaksa menyewa sahaja. Janji Kerajaan BN bahawa semua rakyat akan mendapat rumah adalah satu janji manis, janji kosong dan hanya menjadi bahan publisiti. Tidak hairanlah rakyat kini berkata bahawa mereka akan kecewa lagi dan akan menunggu lebih lama lagi sebelum mimpi mendapatkan rumah tersebut menjadi realiti.

Datuk Speaker,

Saya tidak mempunyai masa yang panjang untuk menyentuh dan membahas isu-isu dan aspek-aspek di dalam bajet tersebut yang ada kaitan langsung dengan rakyat di Sabah dan Sarawak. Saya ingin mendaftarkan perasaan rakyat Sabah bahawa saya TIDAK menyokong Bajet 2011 kerana ia tidak adil dan saksama bagi Sabah dan Sarawak.

Sekian, Terima Kasih.

TERJEMAHAN DALAM BAHASA INGGERIS

Terima Kasih, Datuk Yang Di Pertua,

THE people in Sabah view the Budget 2011 as an ‘election budget’ which indicated a general perception that there will be another year of disappointment and empty hope. The allocation of RM9.55 billion shared between Sabah and Sarawak is a demonstration that the East Malaysian states are not important and where is the 1-Malaysia spirit the BN talk so much on.

Sabah and Sarawak contributed as much as 42% of the country’s overall revenue and we get in return some petty money only 8% of the total budget. This is not fair and Sabah and Sarawak are being treated unfairly, and are we the second class states and of no important to the country? What about our contribution to the national coffer? The federal government can not just take and not give.

In the past, we have seen budget after budget with big figures, but during the process is only cut, cut, cut. Last year the government announced a huge cut in the Sabah Development Corridor (SDC) fund allocated to the Interior of Sabah, is a good example. The development projects in Sabah under the national budget are either stagnant or on stop work, and news on none payment are common sight. This demonstrated the malfunction in the administration of the BN, especially in the fund management for the whole Malaysia.

Sabah and Sarawak are not to be taken for granted, do not forget under the Malaysia Agreement we are the partners of one-third standing and not as the one-thirteen. We are claiming only what is ours and our rights have to be honored fully, otherwise the agreement is meaningless and here I can say Sabahan and Sarawakian are not happy at all towards this kind of treatment received. We are just asking to be treated fairly and be respected as a partner. Just to remind the BN, BN supporters and members are also suffering too, they too also complained.

In Sabah, we still insist that we should review the percentage of sharing on the Oil and Gas production set in the agreement granted to Petronas. The percentage of 5% is practically out of date and it does not work with the current situation. Since the signing of the Petronas agreement, Sabah had received only a small figure of RM5.30 billion on the 5% over the 40 years of oil and gas production. When we compared to the total that we give to the national coffer, it is a figure of almost RM 120 billion. This 5% figure is insignificant when compared to the huge fund needed for the development of Sabah, and it won’t help to push our economy. That is why the Sabah economy is falling to a dangerous level, with not enough federal funding, no foreign investors, no strong industries, no productive agriculture, not enough tourism emphasis etc..

The Sabahan are losing hope and confident in the country, and we see people migrating and seek shelter in oversea countries. They bring not only the Malaysian ringgit but also good brains from Sabah and Malaysia. Sabah is losing much on human capital and money, and that is why Sabah has drop to become the second poorest state in Malaysia from the richest state in the past. The poverty rate in Sabah is as high as 23.4% is a strong indicator, and yet the government is still promising to eradicate poverty completely by the date that we all think is only empty talk (NATO).

Why in this Budget, the government is putting up a 100 storey building in Kuala Lumpur city centre with our money spending of RM billions? Why can’t they think of Sabah and Sarawak and let the 100 storey building to be built in Sabah and Sarawak? The Petronas twin tower, we can say it is the Sabah and Sarawak money, and we can claim one tower each. It is not logical and not fair to utilize the public to embark on the mega project like this. We will think this as a project for the colonies. The same goes to the up grading work in the Karambumai Resort where the budget sated a sum of Rm3 billion to up grade the resort and its environment and infrastructure.

The Nexus Karambumai Resort is given another RM100 million to up grade its facilities. What is the reason and rational that the government pumping such fund, whereby the particular resort is a public listed company and even the few thousand acres of land is a piece of rented land under the sourventy right of the Brunei Sultanate. The Sabah government enactments, by-laws and ordinances are not even effective on this piece of special land.

On the RM 110 million allocations for the Sabah Development Corridor (SDC), it is not even enough to build the ‘entrance door’ for the corridor, let alone the work on the corridor. This had been all the while figure announcement only to please the Sabahan, and this is something we dislike. There is a famous Chinese saying “We hear sound from the corridor and we see no people coming”.

The interior folks in the heart of Sabah are strong BN supporters, and today they have been ill treated with the highest poverty rate, serious lack in infrastructure development, no water, no power, no roads and even no tele-communication. What is the use of giving away free lap-top to the kampong folks where they have no power and no Internat services.

The building of rural roads in Sabah and Sarawak is allocated with a sum of RM 2.1 billion and this is a figure which is far too little. If we divide the figure equally, each can only get less the RM 1.05 billion. How many kilometers of rural roads can be built? It is very ‘costly’ to build kampong roads nowadays, because the inflated contract amount, high price of materials, corruption money and worst of all negotiated contract sum with the plus, plus, plus. A hundred thousand job can become a million ringgit job. The BN government is practicing direct award and negotiated tenders, which gives rise to abuses and corrupt practices.

Sabah water and electricity is already a long time headache for the Sabahan, both in the urban, sub urban and in the rural areas. In Kota Kinabalu itself, there are still more hundreds of kampongs depending on wells, gravity feed untreated water from the hills and Pulau Gaya just a few kilometer across the sea in front of KK city with a population of a thousand people is still using boats to ferry water from the main land.

The same situation goes to the Penampang district where many kampongs still have no clean water supply. They are worst hit during the drought seasons. The allocation on the Kimanis 300 MW Combined Diesel and Gas power plant is being given RM1.0 billion by the government.

To our understanding, and through the announcement made by the government, this is a joint-venture project undertaken and financed by the Petronas and Yayasan Sabah jointly. What is the rational and logic that the government has to give them a huge sum of RM1.0 billion? If there is the case, why can’t the government grant the money to Sabah for some other purposes, and let the IPP partners sort out their own financing for the power plant project. After all, the IPP plant owner will bill us the electricity bills later any way.

The Housing assistance program for the people in Sabah and Sarawak with this allocation of RM300 million is not enough and actually much below the requirement. In Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu, and even in Merotai, many people still have no house of their own, and they have to live in rented houses.

The high housing selling prices pushed more people to rent because they can’t afford to buy houses. The government’s promise to the people that everyone shall have their own house is just another cheap publicity and empty promises. The people say that it is disheartening to see that there will be another round of disappointment and have to wait for a long time for their dream house.

I have not enough time to cover every issue and aspects on this budget that is affecting the Sabahan and Sarawakian, but with this I express and register the felling of the Sabahan, that I do not support the proposed budget 2011 due to its unfairness to our East Malaysian states.

No comments:

Post a Comment