Thursday, 21 October 2010

DIMENSI POLITIK LURANG CIPTAAN UMNO



Oleh: NASPAZI

SEPANJANG sejarah bangsa manusia bernegara dan berkerajaan, yang diungkap demikian indah oleh para nabi dan rasul agama besar dunia, demikian pula ahli falsafah purba dan moden, dengan mengambil kira dimensi paradigma Plato, de Tocqueville, Marx, Milton, Friedman dan Nietzsche nyata tiada yang abadi. Waima Dinasti Firaun sekalipun, mungkin ia kerajaan yang paling lama bertahan, namun hancur juga akhirnya.

Sekarang ini, sikap gementar dan menggigil ketakutan, lantaran kebimbangan kehilangan kuasa politik adalah milik mutlak Melayu UMNO, bahkan dengan muka temboknya mereka melangkah ke Dimensi Politik Lurang (Lubang Orang) dengan melaungkan transformasi politik kesyaitanan yang bersifat rasis.

Adalah nyata, bahawa Melayu UMNO kini begitu takut kehilangan kuasa politik, walaupun dengan cara yang bangsat, mereka telah bersekongkol untuk menghilangan atau menghancurkan kuasa politik pribumi Sabah, menerusi program ‘IC Projek’ terkutuk mereka sehingga mencapai angka jutaan orang.

Dalam usaha Melayu UMNO untuk menyembunyikan kebejatan moral dan kedurjanaan politik lurang (sinonim dengan Lubang Dubur), mereka berselindung di sebalik cogan kata demi kelangsungan kerajaan Sabah yang berteraskan Islam, walaupun telah dinyatakan dalam Perkara 20 bahawa, ‘di Sabah tidak ada agama rasmi negeri, dan peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam perlembagaan Malaysia tidak berkuatkuasa terhadap Sabah’.

Justeru, apakah maksud dan rasional Melayu UMNO untuk mengapi-apikan sentimen keagamaan di Sabah? Pada hal, Melayu UMNO sendiri mengidap panyakit sindrom Islamofobia, sehingga tergamak menghina hukum Islam dengan ungkapan sebagai hukum primitif. Dalam catatan sejarah silam Melayu juga telah membentangkan, tentang betapa perilaku kelompok Melayu yang jahat sentiasa menang dan hidupnya panjang. Manakala kelompok Melayu yang baik sentiasa kalah dan dipendekkan umurnya dengan pembunuhan oleh kelompok Melayu yang jahat melalui fitnah.

Apabila kelompok Melayu yang baik difitnah dan punah dibunuh, maka kelompok dan pembesar Melayu yang hidup semuanya curang, penjahat, penyangak dan penjilat fitnah belaka. Tetapi, sejarah juga telah membuktikan bahawa, kelompok Melayu yang jahat ini bukannya bijaksana. Justeru, bangsa Melayu telah diaibkan seluruhnya sebagai bangsa yang dijajah dan terjajah ratusan tahun akhirnya.

Bagaimanapun, semenjak 31 Ogos 1957, bangsa Melayu sekali lagi berpeluang bernegara dan bermasyarakat sendiri atas nama Malaya dan kini dikenali sebagai Malaysia setelah Sabah, Sarawak dan Malaya bergabung pada 16 September 1963, di bawah naungan ‘Perkara 20’ sebagai payung kuasa autonomi bernegara bersama.

Malaya merdeka dan dimerdekakan oleh British kepada kelompok Melayu UMNO. Justeru, kelompok Melayu UMNO sentiasa perasan, di samping mengidap penyakit ‘Sindrom Malaysia Abadi Bertuankan Melayu UMNO’. Yang demikian, seluruh instrumen negara bermakna instrumen Melayu UMNO juga.

Betapa tingkah laku dan mentaliti jahat kelompok Melayu UMNO bagaikan Namrud, Firaun dan Komunis yang tidak boleh diganti oleh kelompok Melayu yang lain, melainkan dari kalangan kelompok Melayu UMNO sahaja.

Yang demikian, terdapat golongan terpelajar serta instrumen rakyat dan negara, yang telah diperalatkan oleh kelompok Melayu UMNO untuk mewajarkan niat dan kehendak jahat mereka semahu-mahunya. Niat dan kehendak jahat mereka tidak lain dan tidak bukan, adalah untuk mewajarkan kekekalan Melayu UMNO ditampuk kekuasaan, sekaligus menafikan kelompok Melayu yang bukan UMNO untuk mendapat peluang memerintah Malaysia.

Golongan terpelajar yang sanggup menjadi boneka Melayu UMNO, sentiasa membela pemerintah yang senget dan jahat dengan hujah akademik yang mantap apa nama kononnya. Persoalannya ialah, adakah salah atau tidak golongan terpelajar membela pemerintah? Jawapannya, tentulah tidak salah jika pemerintah yang dibela itu baik dan adil. Namun, jika pemerintah yang dibela itu ternyata jahat dan zalim tentulah salah.

Dengan ungkapan lain, golongan terpelajar yang membela penguasa yang ternyata jahat dan zalim, secara benarnya mereka telah menjual martabat keintelektualan mereka kepada Melayu UMNO untuk menjadi alat propaganda dan sekaligus C4 kepada kelompok Melayu yang bukan Melayu UMNO.

Sesungguhnya penonjolan golongan terpelajar yang membela Melayu UMNO, sudah tentu terselit muslihat yang memberi manfaat kepada Melayu UMNO. Antara muslihat yang dapat dibayangkan, adalah suatu pemutaran minda masyarakat, agar selamanya merestui kekekalan Melayu UMNO di singgahsana kekuasaan, tanpa sebarang peluang bagi melayu yang bukan Melayu UMNO untuk memimpin Malaysia.

Dalam sejarah dan hikayat pelbagai bangsa manusia purba, termasuklah bangsa melayu menjelaskan bahawa, ketaatan rakyat kepada raja sebenarnya bersyarat. Syarat yang saya maksudkan ialah, rakyat hanya akan taat kepada raja yang masih berkuasa.

Tatkala raja diserang dan kalah berperang kepada raja yang menyerang, nescaya seluruh penghuni istana akan dijadikan hamba abdi kepada raja yang menang. Sementara Permaisuri Raja yang kalah akan menjadi gundik kepada raja yang menang. Manakala warga marhaen akan terus menjadi rakyat biasa kepada raja baru yang memerintah, walaupun pembesar istana sebelumnya telah menjadi hamba abdi kepada raja yang menang.

Sejarah dan Hikayat Melayu juga menjelaskan, tentang budaya jahat dan sikap durjana bangsa Melayu seperti tipu-menipu, bohong-membohong, belot-membelot dan fitnah-memfitnah yang diwakili oleh Si Kitol dan Raja Mamak Mendaliar. Malangnya, budaya jahat dan sikap durjana Melayu silam, kini berlaku lagi atau berulang lagi di hadapan mata khalayak negara dan antarabangsa.

Tegasnya, semua budaya jijik dan sikap durjana para pembesar Melayu silam, kini dilakukan semula oleh Melayu UMNO dengan nafas baru ‘meliwat lubang dubur saya tanpa kondom’ yang juga amat gigih dipertahankan oleh pencacai golongan terpelajar upahan Melayu UMNO.

Hakikat yang berlaku adalah, walaupun Melayu UMNO telah menunggangi segala media, polis dan para hakim serta para doktor bagi menegakkan benang basah mereka, dengan segala jenis penipuan dan pembohongan terjijik kepada warga marhaen, namun masih memerlukan dokongan golongan terpelajar, yang tergamak dan bersedia untuk diperalatkan oleh Melayu UMNO sebagai barua dan pencacai, sekaligus menjadi pelengkap kepada ruang kesarjanaan agung Melayu UMNO dalam berbohong dan menipu.

Saya sungguh hairan, bagaimana golongan yang terpelajar boleh gagal menilai atau membaca politik menegakkan benang basah Melayu UMNO. Ungkapan kata jasa, sering kali dikumandangkan oleh para pembela Melayu UMNO untuk mewajarkan Melayu UMNO terus berkuasa dan memerintah negara. Walau pun jasa pada pandangan saya, bukan penanda aras untuk tidak mewajarkan perubahan kepimpinan dan kerajaan bagi sesebuah negara yang baik dan mengamalkan demokrasi.

Sementelahan, dalam usaha menukar pemimpin dan kerajaan dalam negara yang mendakwa demokrasi bukan suatu pengkhianatan yang layak untuk dihantar ke tali gantung. Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai pengamal demokrasi terbesar dunia tidak ada halangan untuk sering bertukar pemimpin dan kerajaan.

Di awal kemerdekaan Amerika Syarikat dari British, bermula dengan presiden tanpa parti, kemudian disusuli dengan presiden yang berparti Demokrat, seterusnya kepada presiden yang berparti Republik, kemudian bertukar lagi kepada presiden yang tanpa parti dan demikianlah seterusnya.

Sejarah panjang deretan pemimpin dan kerajaan Amerika Syarikat tidak pernah membangkitkan soal jasa mana-mana parti atau menjadikan jasa mana-mana parti sebagai alasan untuk tidak mewajarkan pertukaran kerajaan Amerika Syarikat dari satu parti kepada parti yang lain.

Dengan ungkapan lain, sikap warga Amerika Syarikat berpolitik, tidak sebagaimana tingkah laku Melayu UMNO berpolitik yang dengan hodohnya mengemis kepada minda politik Niccolo Machiavelli, yang menghalalkan cara untuk mencapai kuasa atau mempertahankan kuasa, hatta mengetepikan nilai moral dengan membuka terowong ‘Lubang Dubur’ sebagai sandaran fitnah dan pembohongan terkutuk kesyaitanan.

Berbalik kepada Perkara 20 sebagai sandaran kuasa autonomi negara Sabah dalam Gagasan Malaysia. Golongan cendikiawan Sabah, bukan sahaja wajar menjadi pemimpin yang dinamik dan komprehensif, bahkan jangan lemah atau mengalah kepada Melayu UMNO dalam usaha mempertahankan perkara 20. Dengan kata lain, golongan cendikiawan Sabah jangan hanya sekadar mendesir dan berbisik, yang tenggelam dalam ngauman skandal pengkhianatan Melayu UMNO terhadap perkara 20, dengan hanya menghantuk kepala ke dinding, sebagai isyarat putus asa yang mengaibkan, dalam usaha menjunjung hak kuasa autonomi bermasyarakat dan bernegara pribumi Sabah dalam konteks Gagasan Malaysia.

Golongan cendIkiawan Sabah juga, hendaklah serius dan dedikasi bangun berfikir, untuk menyanggah skandal pengkhianatan Melayu UMNO terhadap Perkara 20, sebagai satu pengiktirafan berani terhadap keazaman mempertahankan hak dan kebenaran warga pribumi Sabah bernegara, dan bukannya khayal dan mabuk kuasa, dengan sedikit pangkat yang diberikan oleh Melayu UMNO kepada pribumi Sabah, sebagai saluran kepada peluang melaung bersama dengan serigala yang berbulu ayam di hari sambutan kemerdekaan Malaya setiap 31 Ogos 1957.

Sesungguhnya cahaya kebenaran sejarah akan membuktikan bahawa Sabah dan Sarawak tidak masuk Malaysia. Bahkan, Sabah dan Sarawak hanya bersetuju dengan Malaya untuk membentuk bersama Malaysia, menerusi syarat Perjanjian Perkara 20, sebagai asas kuasa autonomi bersama dalam gagasan Malaysia.

Dengan ungkapan lain, akan tiba waktunya, cahaya kebenaran akan membogelkan penipuan keji Melayu UMNO, yang berhubung dengan Perkara 20 akan terdedah atau didedahkan, walaupun mereka akan sentiasa berusaha memperbodoh warga pribumi Sabah dengan pelbagai bentuk pembohongan yang dahsyat, namun akan sampai waktunya segala pembohongan Melayu UMNO akan tercabut dari hati dan otak warga pribumi Sabah satu persatu.

Saya tegaskan, bahawasanya propaganda dan penjelasan bohong Melayu UMNO, bagi mewajarkan ungkapan Sabah dan Sarawak masuk Malaysia, adalah pengkhianatan nyata yang juga menjadi tabiat kebohongan mereka sebagai racun kebenaran. Perkara 20 menjelaskan bahawa, “setiap usaha hendaklah dibuat bagi menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh penduduk Sabah yang sesuai dan layak”. Namun, hakikat yang berlaku adalah, pegawai perkhidmatan awam yang ditinggalkan oleh British, bukannya diserahkan kepada anak pribumi Sabah, bahkan dirompak oleh para pegawai Malaya.

Justeru, Melayu UMNO adalah musuh perjanjian Perkara 20, Melayu UMNO juga adalah pengkhianat kepada konsep kuasa autonomi negara bersekutu, yang menjadi hak warga pribumi Sabah bermasyarakat dan bernegara dalam konteks gagasan Malaysia. Yang demikian, warga pribumi Sabah wajib melatih diri untuk menjadi masyarakat yang dinamik, berani, berdisiplin dan cekal dalam melawan kejahatan Melayu UMNO, di samping mengazami kebangkitan ke arah kesedaran kuasa politik rakyat tanpa huguan siou.

Lantarannya, tiada huguan siou, huguan siou sebenar adalah rakyat marhaen sebagai maharaja tanpa mahkota dalam menentukan hala tuju dan masa hadapan kerajaan Sabah yang lebih baik, adil, damai dan sejahtera. Justeru, bangunlah seluruh warga Sabah dan kiamatkan segera UMNO (United Malays National Organisation) dan pengkhianat tempatan di Sabah yang menjadi baruanya!

(NOTA: Pandangan pengarang tidak mencerminkan pandangan Sabahkini.net. Pengarang bertanggung jawab penuh di atas apa yang beliau tulis dan Sabahkini.net tidak menyunting rencana ini untuk mengekalkan dasar Sabahkini.net sebagai media bebas, sekalipun terdapat ayat yang terlampau, namun keterlampauan itulah sebenarnya kebenaran yang cuba disuarakan oleh rakyat Sabah selama ini, namun dinafikan media arus perdana.)

No comments:

Post a Comment