Wednesday 20 October 2010

DESAK BERI MANDAT KEPADA KETUA CABANG



Oleh : ZIELAH.A.

BAHANG pilihanraya kecil Parlimen Kawasan P-185 Batu Sapi yang kini telah sampai ke tahap kemuncak bagi menghadapi Pilihanraya Kecil menampakkan kematangan barisan kepimpinan PKR Batu Sapi yang telah dipilih pada 25 Oktober 2010.

Seramai 21 daripada 28 Ahli jawatankuasa yang berjaya dalam pertandingan bersama AJK yang dilantik oleh Ketua Cabang telah memberi mandat kepada OKK Hassnar Bin Haji Ebrahim untuk memilih calon yang sesuai bagi mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihanraya Kecil bakal diadakan pada 04 November 2010 akan datang.

Ketua Pemuda PKR Batu Sapi, Suffian Bin Haji Jamal ketika dihubungi oleh Krew Sabahkini.net, memaklumkan dalam suratnya yang dialamatkan kepada Ketua Cabang, menyatakan dia memberi mandat kepada OKK Hassnar Bin Haji Ebrahim atas keyakinan bahawa nama yang dicadangkan adalah calon terbaik untuk penduduk kawasan Pilihanraya P-185 Batu Sapi.

“Seluruh pemilih dalam kawasan Pilihanraya Kecil P-185 Batu Sapi tentu sekali akan menyokong penuh calon yang dicadangkan”.

Turut menyokong cadangan OKK Hassnar Bin Haji Ebrahim ialah Ketua Wanita (PKR) yang baru, menurut Puan Sahara Bin Haji Ombra, nama yang dicadangkan amat dikenali oleh seluruh penduduk Kawasan Pilihanraya Kecil P-185 Batu Sapi.

“Sebagai seorang yang berpengalaman luas, mustahil calon yang dicadangkan boleh ditewaskan. Jika dibanding antara calon-calon yang hendak ditampilkan, wakil yang dicadangkan sebagai wakil calon adalah terbaik,” tambah Sahara lagi.

No comments:

Post a Comment