Monday, 4 October 2010

HALIK WAKILI PKR TENOM KE MPN




Oleh : KREW SABAHKINI.NET

Kata Peter Lonok, Halik Zaman tidak sah sebagai Ketua Cabang PKR Tenom seperti tersiar di Sabahkini.net hari ini (4 Oktober) tetapi esok, hari selasa, Halik Zaman sudah mendapat jemputan rasmi dari PKR Kepimpinan Negeri Sabah untuk hadir dalam mesyuarat MPN yang pertama tahun ini, atas kapasiti Ketua Cabang PKR Tenom.

Ketika dihubungi oleh wartawan Sabahkini Net, Halik Zaman berkata, "Takkanlah saya dijemput mesyuarat Kepimpinan Negeri sebagai Ketua Cabang PKR Tenom pada (5 Oktober) jam 8.00 malam kalau saya tidak sah."

"Biasalah tu, sememangnya sahabat saya, Peter masih belum dapat terima hakikatnya. Dia masih panas lagi itu," kata Halik yang berjaya mendapat 275 undi berbanding dengan Peter yang hanya memperolehi 100 undi kurang daripada Halik setelah dikira dan disahkan oleh MPN selepas insiden kekacauan di Pusat Pengundian dan Pengiraan Undi.

No comments:

Post a Comment