Oleh: AWANG NONGKOYOH
KETUA Setiausaha Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Malaysia, Dato' Ong terpaksa menebalkan muka memohon maaf kepada Menteri Pelancongan, Kebudayaan & Alam Sekitar Negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun berikutan jurugambar kementerian itu (KPK & AS Malaysia) yang menjadi dalang utama pencetus peristiwa ‘menconteng arang di muka’ di majlis sempena perasmian Persidangan Pelancongan Sedunia 2010 ‘Tourism Success Stories and Rising Star’.
Program berkenaan anjuran Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Malaysia di Magellan Grand Ballroom Sutera Harbour Resort yang disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Mohd Yassin pada isnin, 4 Oktober 2010.
Kejadian yang sempat dirakam jurufoto media perdana itu dan dipaparkan dalam blog sosial Muka Buku (FB) mendapat pelbagai reaksi oleh pengamal-pengamal media tempatan Sabah serta individu yang prihatin termasuk rakan-rakan Muka Buku.
Seorang penulis dan wartawan dari Keningau, Mohd Khairy Abdullah, berkata kita tidak perlu/wajar untuk membuat pelbagai tafsiran mengenai sesuatu yang sebenarnya kita tidak pasti puncanya.
Memang benar, insiden seperti yang terpapar menimbulkan pelbagai versi kemarahan, tetapi sebagai golongan profesional, kita perlu bersabar dan mengambil ikthiar untuk mencari punca.
Pengawal VIP, memang itulah perangai mereka. Arahan yang mereka lakukan ialah 'jalankan tugas'. Pengalaman banyak menceritakan; para pengawal VIP ketika menjalankan tugas, umpama bukan sesiapa selain bosnya; inikan lagi golongan kita (wartawan) tidak ada tempat dalam ‘otak mereka’ golongan seperti kita.
“Selain melakukan yang terbaik untuk tugas mereka. Apa yang berlaku adalah iktibar. Pada masa hadapan, kita kena bersiap seperti mereka untuk menjalankan tugas. Apa yang saya lihat dalam insiden ini, berlaku disebabkan masalah 'komunikasi yang tidak berkesan,” ujarnya.
Seorang rakan FB, ML pula melontarkan pendapat berikut;
"Disebabkan seorang jurugambar wanita yang memecahkan sesuatu di World Tourism Conference, depan semua VVIP, menteri-menteri Malaysia dan VVIP luar negara, Yang menganggap perkara tersebut tidak mendatangkan masalah; langsung tidak menoleh untuk minta maaf. Seolah-olah dia tidak melakukakan apa-apa kesalahan; merosakan nama dan imej semua jurugambar dan media di Sabah. Sebagai manusia, perempuan ini kurang ajar, biadap dan tidak profesional. Bukannya tiada pelajaran. Dia sepatutnya mengaku salah dan minta maaf dengan semua yang terkena tempias biadapnya itu. Diharap mana-mana syarikat suratkhabar, jabatan atau menteri tempat perempuan ini kerja hendaklah mengambil tindakan serious terhadapnya kerana sebab nila setitik, rosak susu sebelanga! Wanita ini sesuai jadi seorang photojournalis yang profesional kah?"
Sementara itu Datuk Masidi dalam reaksinya pula berkata;
"Saya fikir jurufoto yang ‘terover’ ini sebenarnya bukan wartawan bertauliah tetapi jurugambar Menteri Pelancongan Malaysia (NYY). Orang KL lah bah tu. Itu fasal kerja agresif macam kebanyakan orang sana. Saya harap sahabat-sahabat FB tidak salah faham kenapa saya turut sama memberi komen yang 'kritikal' terhadap amoi seorang ini. Bukan niat saya menagih simpati kerana menjadi 'mangsa' kepada insiden ini, atau komplen hanya kerana seluar saya basah kuyup tersimbah susu cair, tetapi sekadar memperingatkan jurufoto menteri persekutuan ini (kalau dia bacalah) agar menghormati tatasusila dan budaya orang Sabah. Jangan meluru tidak peduli kiri dan kanan hanya kerana mahu mengambil gambar, apatah lagi bossnya adalah hos acara kelmarin. Nasib baik CM kita belum sempat berdiri dekat saya, kalau tidak dia sendiripun akan jadi mangsa ‘Lembu Matador’ ini."
Kata Masidi, beliau amat faham dengan kerjaya sebagai wartawan kerana beliau sendiripun pernah jadi 'stringer' (wartawan sambilan) dahulu. Meja bergolek atau terlanggar bangku adalah kejadian biasa tetapi, saya bising yang ini kerana tindakan si Amoi meluru tiba-tiba seolah-olah dia boleh buat apa saja kerana dia kerja dengan Menteri. Bila insiden terjadi, dia beredar begitu sahaja seolah-olah tiada apa yang terjadi and this PC is organised by her (jurufoto) own Ministry!
Walau bagaimanapun tambah beliau dalam notanya, Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan datang berjumpa beliau memohon maaf di atas insiden kelmarin yg melibatkan jurufoto daripada kumpulan media Menteri Pelancongan Malaysia.
“Saya beritahu beliau yang insiden itu sebenarnya perkara kecil tetapi yang menjadikan ia isu besar ialah sikap pengawal VIP yang menyalahkan wartawan/jurufoto tempatan. Ia berpunca daripada sikap jurufoto terbabit mengelak daripada bertanggung jawab dan gagal menjelaskan perkara sebenar kepada pengawal-pengawal VIP yang memarahi wartawan tempatan yang disangka mencetuskan insiden kelmarin. I told Dt Ong that for me personally the incident is 'no big deal' but its the action or non-action of the photographer AFTER the incident that made it an issue," kata Masidi.
Dalam pada itu beberapa reaksi dalam FB itu turut merasa terkesima dan kesal dengan karenah ‘bodyguard VVIP’ yang selalu bertindak mengasari dan menghalau jurugambar media dan mengganggu jurugambar semasa bertugas serta memberikan kerjasama untuk merakamkan gambar yang baik semasa pemimpin bersalaman serta bermesra dengan rakyat.
Peristiwa cucuk perut, menarik beg dan baju dari belakang sudah jadi lumrah termasuk menerima kata-kata kesat.
"Susahlah bertugas begini kalau asyik menggambar bontot dan jari dan tangan hantu yang limbai-limbai macam hantu lambai," kata seorang jurufoto yang tidak mahu identitinya dikenali.
No comments:
Post a Comment