Thursday, 7 October 2010

TERIMA KASIH RAKYAT SABAHKINI



EDITORIAL Sabahkini.net mengucapkan jutaan terima kasih di atas sokongan berterusan Rakyat Sabah yang terus menerus mengirimkan email sokongan agar Sabahkini.net tidak menghentikan operasi demi kepentingan negeri Sabah.

Krew dan Webmaster terpaksa berkerja keras memperbaiki kerosakan terus pada data dan cuba mengemaskinikan semula semua data yang dapat disimpan dan memerlukan masa 72 jam lagi sebelum dapat dilayari dengan sempurna.

Dalam masa yang 24 jam dari sekarang, sila email sebarang cadangan untuk perubahan wajah Sabahkini.net bagi membolehkan kami membawa era baru dalam bidang media alternatif.

Bagi pihak Sabahkini.net, pihak editorial memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi dan akan memastikan perjuangan kami diteruskan bak kata pepatah, bagai burung kepatahan sayap, patah paruh bertongkat dagu. Patah dagu bertongkat lidah. Namun perjuangan ini akan tetap diteruskan sehingga ke helaan nafas terakhir!

1 comment:

  1. Syabassss!Selagi hayat dikandung badan,selagi dakwatpena mampu menukilkan,tiada siapa yg mampu menahan cetusan hati rakyat marhaen...don't worry friend rakyat faham...Ke gurun sama diikut,ke khutub sama diturut,apa mau di takut,kita bukan pejuang Pak Turut!!!-Mencerna Minda II

    ReplyDelete