ALBUM..... Osman (dua dari kiri) bergambar bersama-sama AJK Penganjur seminar
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEMINAR Sehari Kefahaman Hak Anak Negeri (NCR) yang buat pertama kalinya akan diadakan di Sandakan pada 24 Mac ini bertempat di Dewan SM Yu Yuan, Sandakan.
Seminar yang bermula dari jam 8.00 pagi hingga jam 4.00 petang adalah terbuka kepada belia-belia seluruh daerah Sandakan, Telupid, Kinabatangan dan juga Beluran dan setakat ini seramai 400 orang sudahpun mendaftar diri untuk menyertai program tersebut.
Beberapa orang penceramah yang terdiri daripada doktor, pensyarah dan peguam akan turut membentangkan beberapa kertas kerja pada seminar tersebut.
Seminar tersebut yang bertemakan 'Definasi Anak Negeri/Sijil Anak Negeri Siapa Berhak Memilikinya' anjuran bersama Angkatan Kesedaran Anak Bumiputera (AKRAB), Sekolah Pengajian Sains Sosial Universiti Malaysia Sabah, Koperasi Sukau Kinabatangan Bhd dan Koperasi Pembangunan Tanah Kampung Karamunting Bhd yang pembukaannya akan disempurnakan oleh ADUN Sukau, Datuk Saddi Abdul Rahman.
Osman Nasroh merupakan pengarah kepada seminar ini menjelaskan tujuan seminar ini diadakan adalah untuk memberikan kefahaman tentang tanah adat (NCR) di setiap sudut kampung yang diduduki.
“Ramai di kalangan bumiputera sendiri tidak memahami mendalam tentang hak-hak asasi tanah adat kepada masyarakat setempat yang menjurus kepada warisan sejak zaman nenek moyang kita yang dilahirkan di bumi Sabah yang tercinta ini.
“Pernahkah kita bertanya pada diri sendiri atau menyedari tentang pengertian istilah Bumiputera/Anak Negeri atau apakah selama ini kita hanya mendabik dada merasakan kita adalah anak bumiputera Negeri Sabah tanpa mengetahui apa hak-hak keistimewaan kita sehingga suatu ketika nanti, tanpa disedari kita akan dan bakal menjadi orang asing dan pelarian di bumi dan tanah air sendiri,” ujar Osman.
Kata Osman, segala persoalan di atas hanya akan terjawab di seminar ini dan penyertaan adalah percuma; termasuk makan minum dan sijil penghargaan daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Hopefully this seminar will improve the people's awareness and understanding regarding the issues about land rights and Anak Negeri Status.
ReplyDeleteEveryone is talking about this, many are unsatisfied with this.
DeleteI do hope the Sabah state government will be able to come up with a good solution to the NCR land issue after the discussion with the leaders of all component parties.
ReplyDeleteThere should be an answer by noe. It has ben months!!
DeleteKita harus tahu apa hak-hak keistimewaan kita sebagai anak negeri Sabah. Seminar ini memang baik untuk membawa kesedaran kepada orang ramai. Sekarang sibuk isu NCR, tapi itu NCR? Adakah kita benar2 memahaminya? Jangan mudah terpedaya dengan propaganda segelintir pihak yang ingin memanipulasikan isu ini.
ReplyDeleteSeminar seperti ini sangat baik untuk kita mengetahui apa hak kita sebagai anak negeri sabah.
DeleteSabah memang akan menjadi tempat asing bagi orang Sabh jika masalah PTI tidak diselesaikan.
ReplyDeletegolongan muda harus didedahkan dengan hak dan kepentingan mereka sebagai anak negeri sabah...
ReplyDeleteGolongan muda perlu mengikuti seminar seperti ini untuk mengetahui hak mereka.
Deleteprogram ini harus diperluaskan lagi..
ReplyDeletejika seminar ini bertempat di Kota Kinabalu, saya juga beminat untuk menyertainya..
ReplyDeletesaya harap dengan adanya seminar ini, tidak ada rakyat di negeri ini yang terkeliru dengan kenyataan Roderic yang cuba menafikan hak rakyat tempatan negeri ini..
ReplyDeleteKenyataan Roderic hanya menimbulkan kemarahan rakyat yang terlibat dalam isu tanah NCR. Bagus juga program tu.
DeleteThis seminar is good to bring awareness to the people about land rights and Anak Negeri Status.
ReplyDeleteMore people should come and attend this seminar. We shouldn't be ignorant when it comes to knowing our rights as a "anak negeri sabah".
DeleteKita memang anak Sabah cuma hak2 kita tu yang kena ganggu. Aish entahlah kenapa juga ada yang suka buat hal dan susahkan hidup Sabahan. huhu
ReplyDeleteSesiapa yang ada kelapangan tu, joinlah seminar ni. Sekurang-kurangnya kita tahu juga pasal NCR.
ReplyDeleteSemoga seminar ini membuahkan hasil positif. Asalkan untuk kebaikan rakyat, saya yakin ramai yang akan bagi sokongan.
ReplyDeleteHarap rakyat sabah akan menyokong seminar seperti ini.
DeleteKerajaan memang serius dalam menangani masalah tanah NRC, lagi pun CM sudah mengatakan kabinet akan membincangkan isu tu dan sedaya-upaya mencari penyelesaian secara win2 situation.
ReplyDeleteseminar ini baik bagi mendedahkan rakyat akan hak2 mereka sebagai anak negeri. moga seminar ini akan memberi manfaat dan hasil yang berguna kepada mereka yang mengikutinya.
ReplyDeletebagus juga ada seminar sebegini bagi memastikan anak negeri tahu apa yang perlu dan apa yang tidak sebagai hak mereka.
ReplyDelete