KENANGAN…Abdul Rahman (tiga dari kanan) menerima cendera kenangan dari Pengerusi Pelaksana, Yuli Yomburis (empat dari kanan) sambil disaksikan oleh Solitin (kanan sekali), Leley (tiga dari kiri), Abdul Bakhrin (dua dari kiri) pada majlis itu.
Oleh : ISMAIL MOHD ROSLI
SEJUMLAH sepuluh ribu ringgit telah diluluskan oleh Ahli Parlimen Kota Belud untuk Sekolah Rendah Advent Gaur, Kota Belud bagi tujuan pembangunan projek kecil di sekolah tersebut.
Ahli Parlimennya, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata walaupun jumlah peruntukan itu tidak mampu menyelesaikan semua kekurangan yang ada di sekolah tersebut.
“Walaupun peruntukan yang disalurkan ini sedikit jumlahnya, namun sekurang-kurangnya peruntukan yang disalurkan itu dapat memperbaiki kemudahan sedia ada yang menjadi keutamaan pihak sekolah berkenaan.”
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pengagehan Bantuan Khas Persekolahan RM100 kepada pelajar-pelajar tersebut.
Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah, berkata kekurangan pelbagai kemudahan di sekolah-sekolah luar bandar seharusnya tidak menjadi penghalang kepada pelajar di kawasan itu untuk mencipta kejayaan setanding dengan pelajar yang berada di kawasan bandar.
Menurutnya, ketiadaan pelbagai kemudahan secanggih di sekolah-sekolah di kawasan bandar tidak boleh dijadikan alasan dan penyebab pelajar-pelajar di kawasan luar bandar ketinggalan dari segi pencapaian cemerlang dalam bidang akdemik.
“Kelemahan kemudahan di sesebuah sekolah seharusnya tidak dijadikan sebagai alasan oleh para pelajar tidak boleh maju ke hadapan, sehubungan itu saya meminta para pelajar di kawasan luar bandar belajar bersungguh-sungguh dan tidak menjadikan kekurangan yang ada sebagai penyebab mereka tidak boleh maju ke hadapan.” katanya lagi.
Di majlis yang sama Abdul Rahman turut menyumbangkan empat buah computer untuk kegunaan sekolah itu.
Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Pelajaran Daerah Kota Belud, Abdul Bakhrin Mohd Yusof, PKR kawasan Kadamaian, Solitin Sompong, Guru Besar Sekolah Rendah Advent Gaur, Kota Belud, Leley Lampadan serta para pemimpin setempat yang lain.
The state government is working closely with the federal government to ensure there are sufficient schools and institutions of higher education to cater to the needs in the state.
ReplyDeleteIm sure the government will do more for Sabah education.
DeleteChief Minister Datuk Seri Musa Aman said the state government was very supportive of education development in order to produce more knowledgeable workforce.
ReplyDeleteTo this end, the state government gives out millions in allocations on a yearly basis to independent and national-type schools as well as mission schools.
ReplyDeleteThe chief minister had expressed his gratitude to the Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak who made the announcement during the 2012 Budget to allocate RM100 million each to Chinese, Tamil and mission schools as well as Mara institutes.
ReplyDeleteThat sound good, at least we can see the government putting attention to non-bumi school also.
DeleteMusa also said the state government aims to bridge the regional divide in places where higher education was not available, pointing out that Sabah has developed an education hub in Sandakan to address the issue.
ReplyDeleteDiharapkan peruntukan ini akan digunakan untuk menambah baik kemudahan dalam sekolah Rendah Advent Gaur, Kota Belud. Syabas kepada ahli parliment KB untuk peruntukan tersebut.
ReplyDeleteBelia juga harus berusaha untuk meneruskan pelajaran, jika tidak, teruskan mengikuti kursus kemahiran.
ReplyDeleteBanyak lagi masalah pendidikan di Sabah. Harus juag diperbaiki agar golongan perkampungan juga berpeluang mengikuti pembelajaran.
ReplyDeleteSemoga peruntukan yang diterima dari kerajaan dapat digunakan dengan wajar untuk membaiki kelengkapan dan kelemahan yang sedia ada.
ReplyDeleteThere are plans for three more secondary schools in Penampang and neighbouring Putatan districts, as well as four more primary schools in this district under the 10th Malaysia Plan.
ReplyDeleteTan Sri Bernard Dompok, said the secondary school in Penampang should preferably be in Madsiang or somewhere upriver.
Schools must be regarded not only as a place to study but also as a workplace. Therefore, safety and health are of paramount importance. Safety issues can include school buildings, toilets, canteens, laboratories and school fields.
ReplyDeleteGuna peruntukan yang diberi sebaik mungkin
ReplyDeletedalam mendapatkan ilmu, prasarana bukan halangan. bagaimanapun, sebaiknya keadaan sekolah dalam keadaan baik bagi meningkatkan lagi produktivit guru2 dan pelajar dalam pembelajaran.
ReplyDeleteMemang bukan halangan tapi sebaiknya masalah kekurangan prasarana perlulah ditangani.
ReplyDeletekekurangan prasarana mungkin tidak menjadi halangan untuk para pelajar berdiri sama tinggi dengan pelajar2 di kawasan bandar.. tetapi akan menjadi halangan untuk para pelajar meneruskan pembelajaran.. contohnya ketiadaan pengangkutan atau hostel untuk pelajar2 miskin..
ReplyDelete