Monday, 26 March 2012

LAGI SERANGAN BUAT MPS?



BERTAKUNG...Osman menunjukkan jalan yang berlubang dan ditakungi air sudah setahun tetapi dibiarkan begitu saja oleh MPS.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

MEMANG ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong dalam kertas memorandumnya yang antara lain menyebut Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) harus peka mengenai masalah rakyat dan bukannya sambil lewa sahaja.

Pemaju Mukim Kawasan Pantai Elopura, Osman Hj Ibrahim yang membuat lawatan kebeberapa tempat yang berisiko tinggi bersama Wartawan Sabahkini.Net kelmarin telah sempat merakam gambar beberapa batang jalan di SEDCO Light Industry, Batu 3, Jalan Utara yang berlubang di sana sini kerana langsung tidak dipedulikan oleh MPS.

Osman berkata, sikap pegawai-pegawai MPS yang dingin terhadap apa juga masalah rakyat dan enggan membuat sebarang tindakan bakal menjadi menyebab utama kekalahan calon-calon Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum nanti.

BERLUBANG....Lubang besar air bertakung di depan premis tidak diselenggara.

KUBANG......Kubang besar sudah hampir dua tahun layak dijadikan tempat kerbau berkubang.

"Saya amat menyokong apa yang diperkatakan oleh Datuk V.K Liew dalam beritanya yang tersiar di Sabahkini.Net pada 25 Mac 2012 bertajuk 'V.K Liew Hantar Memo Kepada MPS,'" kata Osman yang menyifatkan V.K Liew sebagai seorang pemimpin yang berkaliber dan mampu mempertahankan kerusi parlimen Sandakan.

http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=11520:vkliew-hantar-memo-kepada-mps&catid=35:berita-sabah&Itemid=27

Katanya lagi, “Sebagai seorang Pemaju Mukim, saya dimanahkan oleh Wakil Rakyat Elopura untuk terus memantau bersama-sama Sabahkini.Net bagi mengenal pasti tempat-tempat yang bermasalah dan tidak diambil tindakan oleh MPS sehingga menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat."

Osman berkata, ada beberapa faktor yang boleh menjejaskan nama baik kerajaan dan sekaligus mencemarkan nama baik pemimpin Barisan Nasional kerana kalau di kawasan bandar, kegagalan pihak berkuasa tempatan (PBT) memastikan prasarana diselenggara; tetapi jika di luar bandar lebih terfokus kepada isu tanah adat dan RCI.

“Saya juga berterima kasih kepada Sabahkini.Net kerana banyak mendedahkan perkara songsang yang dilakukan oleh MPS; malah kesemuanya telah diambil tindakan drastik kerana perkara sebegini tidak boleh dibiarkan begitu lama, bimbang akan menjadi isu panas dan dijadikan bahan propaganda pembangkang,” tegas Osman lagi.

No comments:

Post a Comment