Saudara Pengarang,
TERLEBIH dahulu saya memohon ehsan dan kerjasama sepenuhnya daripada Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam agar dapat mendengar keluhan kami berhubung perilaku pegawai dan kakitangan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sandakan yang terlalu lembab menjalankan tugas, khususnya menyelesaikan hal ehwal yang sedang kami hadapi.
Saya, Roslan Hussian, salah seorang daripada 50 mangsa teraniaya majikan yang hadir secara peribadi ke pejabat Tenaga Kerja Sandakan pada Disember 2011 untuk memfailkan aduan berhubung majikan kami yang gagal membayar gaji bagi Julai sehingga Disember.
Tetapi sehingga 5 Mac 2012 yang lalu, masih belum ada sebarang perkembangan, seolah-olah aduan kami digantung tidak bertali; apatah lagi kami mencatatkan nombor telefon kami dalam borang aduan untuk memudahkan mereka menghubungi kami.
Kami ingin mempersoalkan apakah Mahkamah Perusahaan seperti 'Mahkamah Kangaroo' yang hanya dipanggil atas persetujuan 'Majikan' atau mahkamah untuk membela pekerja teraniaya seperti kami?
Kami juga merayu agar Kerajaan Negeri Sabah, terutama Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar menyiasat latar belakang majikan kami iaitu Wildlife Expedition Sdn Bhd, salah satu agensi pelancongan terbesar, tetapi bakhil dan kedekut untuk membayar gaji 50 pekerjanya; agar dapat menarik kembali lesen mereka kerana salahlaku yang memalukan ini.
Salam Hormat,
ROSLAN BIN HUSSAIN
No comments:
Post a Comment