SIASATAN Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas perjanjian pertukaran saham antara Malaysian Airline System Sdn Bhd dan AirAsia Bhd akan menjurus kepada sama ada ia melibatkan salah guna kuasa monopoli atau perlakuan kartel iaitu dua syarikat sepakat menentukan harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata mengikut Akta Persaingan 2011 monopoli adalah dibenarkan, namun ia menjadi kesalahan apabila wujud salah guna kuasa monopoli.
"Kalau kita nak kata monopoli sepenuhnya mungkin tidak berlaku kerana tidak ada pencantuman syarikat menjadi satu, MAS masih terbang sebagai MAS dan AirAsia masih terbang sebagai AirAsia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun kesembilan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di sini, Jumaat.
Katanya perlakuan kartel mungkin timbul kerana kedua-dua syarikat penerbangan itu dilihat seolah-olah membahagikan laluan penerbangan antara mereka.
Ismail memberi contoh isu pemberhentian perkhidmatan Firefly ke Kota Kinabalu, Sabah yang berlaku selepas timbul isu kedua-dua syarikat itu bekerjasama.
Ismail turut memberi jaminan bahawa siasatan MyCC telus dan sebarang keputusan tidak akan dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk kerajaan kerana ia merupakan sebuah badan bebas.
Ditanya bila siasatan itu akan selesai beliau berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin kerana isu penggabungan itu mempunyai kepentingan kepada orang ramai.
"Saya nak lihat MyCC cepat sebab orang ramai pun tak sabar, dalam Parlimen pun soalan sama timbul. Ini menunjukkan kepentingan awam begitu tinggi.
"Bukan setakat itu sahaja malah pihak kesatuan mereka juga ingin tahu sebab banyak perkara yang berlaku hasil perbincangan daripada penyatuan (perjanjian pertukaran saham) ini," jelasnya. (BERNAMA)
Please ensure that the investigation from MYCC will be conducted independently to reveal the truth about the cartel between MAS and AirAsia.
ReplyDeleteI'm sure everyone is impatient to find out the truth, hopefully this probe will be able to answer the questions in the people's minds.
ReplyDeletetunggu dan lihat apa hasil siasatan tersebut nanti.
DeleteHopefully the investigation will clear the air pertaining this matter. Proof must be obtain to determine should there is a monopoly of the mention item exist.
ReplyDeleteShould worst come to worse, Malaysia needs to emulate the States and have an ANTI TRUST LAW.
ReplyDeleteAntitrust laws are intended to encourage competition in the marketplace. These competition laws make illegal certain practices deemed to hurt businesses or consumers or both, or generally to violate standards of ethical behavior.
ReplyDeleteGovernment agencies known as competition regulators, along with private litigants, apply the antitrust and consumer protection laws in hopes of preventing market failure.
ReplyDeleteThe term antitrust was originally formulated to combat "corporate trusts," which were big businesses.Other countries use the term "competition law".
ReplyDeleteRamai orang lebih memilih Air Asia
ReplyDeleteramai yang memilih Air Asia kerana tambang yang lebih murah.
Deletelaluan2 penerbangan terus dari/ke kota kinabalu sedikit sebanyak telah memberikan kesan ke atas sektor pelancongan dan juga perniagaan di sabah khasnya yang bergantung sepenuhnya kepada kehadiran pelancong..perkara ini diharap akan disiasat dengan segera untuk memelihara kepentingan awam..
ReplyDeletesiasatan kena dilakukan dgn teliti dan telus. kena pastikan tidak wujud salah guna monopoli.
ReplyDeleteya..biarlah siasatan dibuat dengan teliti dan telus.
DeleteBagus kalau ada pihak yang ingin menyiasat mengenai pertukarana Saham MAS dan Air Asia.
ReplyDeletelangkah untuk menyiasat pekara ini adalah baik untuk mengetahui keadaan sebenarnya.
DeleteKenapa tiba-tiba perlaku perkongsian saham. Jika ini berlaku maka persaingan antara dua penerbangan ini tidak akan berlaku lagi.
ReplyDeletetunggu sajalah sehingga semuanya selesai untuk mengetahui hasil siasatan.
ReplyDeletelebih baik pisahkan saja MAS dan Air Asia.. biarlah kedua2 syarikat penerbangan ini bersaing dalam industri ini..
ReplyDelete