Oleh : TELINGA LIMBURU
SEJAK kebelakangan ini aktiviti Parti Bersatu Sabah (PBS) N.34 Liawan mulai menurun berbanding sebelum ini yang kerap mengadakan gotong royong, memantau masalah rakyat dan aktiviti khidmat kepada masyarakat.
Sebagai tulang belakang Barisan Nasional (BN) di Kawasan N.34 Liawan, PBS telah banyak memainkan peranannya untuk mengukuhkan kekuatan parti itu sebagai rakan kongsi bersama UMNO.
Meskipun PBS pernah meminta kawasan Liawan diberi peluang kepada PBS pada pilihanraya yang akan datang dan Presiden PBS sendiri mengatakan ia adalah perkara biasa untuk mengemukakan permintaan secara terbuka, namun segala keputusan adalah terletak di kepimpinan BN.
Liawan adalah kuota bagi Umno. Umno sendiri secara terbuka menuntut kawasan Parlimen Keningau untuk diberi peluang mewakili BN pada PRU yang akan datang. Kedua parti itu tidak melenting antara satu dengan yang lain Cuma dirancakkan dengan cerita kedai kopi yang tidak pernah putus.
Tidak dinafikan PBS Liawan yang terletak dalam kawasan Parlimen Keningau selain N.33 Bingkor dan N.32 Tambunan, telah dengan aktif melakukan aktiviti turun padang sesuai dengan saranan kepimpinan pusat, selaras dengan slogan Rakyat didahlululan pencapaian diutamakan.
Peranan yang dibuat oleh PBS Liawan sedikiti sebanyak telah banyak membantu kepimpinan BN khususnnya di peringkat kawasan Parlimen Keningau dengan masalah-masalah rakyat diselesai dan mencari jalan penyelesaian bagi DUN Liawan.
Namun di sebalik populariti yang semakin meningkat bagi PBS Liawan yang diketuai oleh Datuk Jake Nointen, kini kedengaran suara sumbang yang mahu PBS Liawan mengurangkan aktiviti mereka kerana ia seperti satu cubaan menyaingi kepimpinan Ahli Parlimen Keningau, yang juga Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
Sabahkini.net telah mendengar cerita di kedai kopi mengatakan salah seorang orang kanan kepada Presiden telah memberikan amaran kepada Jake agar mengurangkan aktiviti dan liputan media kepada beliau.
'Arahan' ini sesuatu yang sangat mengejutkan kerana selama ini seperti yang dimaklumi bahawa Jake dan Presiden parti tidak mempunyai masalah dalam hubungan mereka.
Malahan kehadiran PBS Liawan yang diaktifkan oleh Jake telah berjaya meningkatkan sokongan kepada parti itu dan kepimpinannya disenangi oleh masyarakat di Liawan termasuklah masyarakat Tiong hua.
Sebagai seorang pemimpin yang disenangi di kawasan itu, Jake telah memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin PBS apatah lagi beliau merupakan Ahli Majlis Tertinggi (AMT) PBS dengan jawatan sebagai Bendahari. Jake berkelulusan akauntan professional yang diiktiraf di luar negara dan Malaysia.
Dengan kerja keras yang dilakukan oleh PBS Liawan ini dalam mengukuhkan PBS jelas menimbulkan rasa cemburu segelintir penyokong PBS yang menyifatkan populariti Jake sebagai satu saingan kepada bakal calon PRU akan datang.
Sehingga kini belum ada kata putus dari Presiden PBS tentang calon dan kawasan bagi PBS di pedalaman. Sama ada beliau akan menyerahkan kepada muka baru atau sebaliknya. Meskipun terdapat sumber menyatakan Parlimen Keningau akan diberi laluan kepada Timbalan Presiden PBS, Datuk Dr.Maximus Ongkili.
Namun yang jelas Jake dan PBS Liawan, telah memainkan peranan di kawasan itu bagi pihak PBS-BN, yang bukannya bertujuan untuk mencari kepentingan diri, sebaliknya mengorbankan kepentingan diri, tenaga, masa dan kewangan bagi memastikan sokongan terus kukuh dan mantap bagi parti itu.
Memang diakui setakat ini, PBS Liawan telah memainkan peranannya dengan berkesan.
Khabar angin mengatakan salah seorang orang kanan Presiden PBS yang juga Ahli Parlimen Keningau tidak senang hati dngan populaiti Jake yang dikatakan lebih kerap keluar di media massa berbanding Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Pairin Kitingan.
Tidak dinafikan Jake mempunyai hubungan yang baik dengan setiap lapisan masyarakat di Liawan dan tidak terkecuali media massa di pedalaman. Jake dan PBS Liawan kerap mengadakan perlawanan persahabatan main bolasepak sebagai acara suka-suka dan pada sambutan Tahun Baru Cina yang lalu Jake telah menghargai wartawan melalui satu majlis makan.
Amalan Jake ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemimpin kecuali Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Liawan, Azman Hj Roslan dan Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup.
Kekerapan aktviti turun padang oleh PBS Liawan telah menimbulkan rasa tidak senang hati sesetengah pihak di dalam PBS itu sendiri. Namun, di sebaliknya orang kuat PBS terus memberikan semangat dan dorongan kepada PBS Liawan agar tidak patah semangat dalam meneruskan perjuangan parti itu kepada rakyat.
Namun apa yang diketahui arahan tersebut bukanlah dari Presiden PBS sendiri, sebaliknya oleh pihak yang tidak senang hati dengan Jake dan PBS Liawan yang makin disenangi rakyat di kawasan ini.
No comments:
Post a Comment