Sunday 4 March 2012

PEMBANGKANG HANYA SUKA 'MENYALAK'



Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI

MESYUARAT Jawatankuasa Penyelaras Jentera Gerakan Pilihanraya Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Sandakan yang dipengerusikan Presiden Parti LDP, Datuk Liew Vui Keong membincangkan persiapan jentera di DUN Elopura dan Tanjung Papat; di samping membincangkan persefahaman kerja sama sepenuhnya antara parti komponen BN seperti PBS, UMNO, LDP, PBRS, MCA, MIC dan UPKO.

Perbincangan yang bermula dari jam dua hingga lima petang kelmarin yang diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat Parlimen Sandakan, Plaza Elopura telah dihadiri oleh wakil-wakil parti komponen antaranya Au Kam Wah (Gerakan); Datuk Haji Alipudin KK Puyon dan Datuk Awang Sham Amit (UMNO) Sandakan; Datuk Abmrose Juin UPKO Sandakan dan ahli-ahli parti komponen lainnya.

Sejurus selepas mesyuarat, satu temuramah eksklusif Sabahkini.Net dengan Datuk VK Liew beliau menjelaskan semua parti komponen BN di Parlimen Sandakan hendaklah menyusun jentera gerakan pilihanraya di kawasan masing-masing sebagai persedian kerana pilihanraya ke 13 bila-bila masa sahaja diadakan.

Liew turut ditanya mengenai isu-isu semasa yang sering dilemparkan oleh parti-parti pembangkang antara ialah isu kerosakan Jalan Raya, Parit-Parit tersumbat dan kebersihan alam sekitar.

Menjawab pertanyaan tersebut, Liew tidak menafikan ketidak cekapan Majlis Pentadbiran Sandakan (MPS) yang mendapat rungutan lebih 80 peratus warga Sandakan yang mendakwa bahawa Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bakal menjadi punca kekalahan calon-calon BN pada pilihanraya nanti.

"Memang kita tidak dinafikan ekoran kelembaban pentadbiran MPS yang kurang perhatian mengenai kerja-kerja penyelenggaraan kebersihan dan kerosakan prasaranan boleh mencacatkan nama baik kerajaan BN kerana apa yang telah dibuat yang tidak memuaskan hati rakyat. Malangnya yang terkena impak ialah para pemimpin BN," ujar Liew yang menggesa agar Presiden MPS segera meningkatkan produktiviti.

Sebagai Ahli Parlimen Sandakan, kata Liew, beliau menggesa agar MPS bertindak tegas memantau semua kontraktor yang dilantik menjalankan kerja pembersihan agar mematuhi piawai dan syarat yang ditetapkan di dalam kontrak sebelum meluluskan bayaran.

"Kebanyakan kontraktor yang dilantik MPS langsung tidak bertanggung jawab dan cuai menjalankan kerja sehingga nama baik MPS dan pemimpin BN turut tercalar," kata Liew yang menggesa agar kontrak mereka ditamatkan segera.

Mengenai Jalan Labuk yang sedang dinaik taraf bermula dari Batu 8 sehingga Batu 16, kerja-kerja pembinaan jalan raya memang terlewat daripada jadual kerana terdapat banyak masalah yang tidak dijangkakan iaitu kelewatan pemindahan tiang-tiang elektrik oleh pihak SESB; Kabel Telekom, Batang Paip dan beberapa premis industri seperti bengkel, kedai-kedai yang terletak di tepi jalan yang terlibat dengan projek pembinaan jalan tersebut.

Katanya, beliau kesal kerana parti pembangkang hanya pandai 'menyalak' di sana sini termasuk rumput panjang, parit tersumbat, jalan rosak dan sebagainya tanpa berusaha melakukan sesuatu; sedangkan dalam masa yang sama kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya.

29 comments:

  1. All party components should be prepared to face the next GE, it could be any day from now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hopefully the candidate that will represent the party are likeable.

      Delete
    2. They WR not only meant for election, he should be ready for anything for the people.

      Delete
    3. Pastikan persaingan yang diadakan dijalan dengan bersih dan amanah.

      Delete
  2. The MPS should ensure that all the work are completed by the assigned contractors before releasing the payment so that they will complete their work properly.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Mungkin dengan cara ini projek2 yang dijalankan akan lebih mudah dipantau:)

      Delete
    2. That way the contractors will not procrastinate or delay completing their work.

      Delete
    3. Kontraktor yang gagal melaksanakan projek dengan sempurna harus diambil tindakan.

      Delete
    4. Jika pihak berkuasa memantau perkembangan projek, tiada sebab projek tersebut akan mengalami kegagalan.

      Delete
  3. Prove the opposition that they are wrong and the less the 'barking' be.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangkang jangan tahu mengkritik saja. sepatutnya mereka boleh buat lebih dari itu untuk membantu jentera pentadbiran kerajaan melaksankan tugas dengan lebih berkesan.

      Delete
    2. The government should also take criticism positively and strive to improve.

      Delete
    3. Critism meant for better improvement should take it positively.

      Delete
    4. Mereka yang tidak boleh terima kritikan, membuktikan mereka tidak terima hakikat dan menghadapi perubahan.

      Delete
  4. bila kontraktor tempatan tidak diberi projek mula lah bising tapi bila diberi projek pula, buat kerja sambil lewa. jadi, jangan salahkan mana2 pihak jika kontraktor tempatan tidak diberi kepercayaan untuk melaksanakan apa2 projek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau diberi projek harus buat dengan sepenuh hati dan berkualiti.

      Delete
    2. Itu maksudnya tak sedar diri. Hanya mahu projek tapi kemampuan utk selesaikan projek tu takda. huhuhu...

      Delete
    3. these sort of contractors give the government a bad image.

      Delete
    4. Tanggung jawab untuk melaksanakan projek dengan berjaya adalah amat penting.

      Delete
  5. Sa setuju sama tajuk di atas sebab bagi saya pembakang hanya tahu higlight masalah dan yang kasi selesai bukan dorang juga tu. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In a way, its a good thing that they highlight the problem cause it will push the government to solve the issue.

      Delete
    2. Indeed the opposition play an important role to eying what the government is doing.

      Delete
  6. Semoga jalan yang dinaiktaraf dapat disiapkan secepatnya bagi keselesaan semua pengguna jala.

    ReplyDelete
  7. mmg kerja pembangkang mengkritik, tapi kritikan mreka adakalanya terlalu mengarut.

    ReplyDelete
  8. Inilah pembangkang sebenarnya. Bila membuat pelbagai kenyataan kepada kerajaan namun kerajaan tidak juga heboh sangat. tapi berbeza dengan pembangkang bila mereka yang kena, jika boleh sampai satu dunia tahu perkara itu tidak benar.

    ReplyDelete
  9. Kerja naik taraf amat penting agar negeri Sabah lebih berkembang dan memberi imej baik kepada pelabur yang berkemungkinan datang untuk melabur.

    ReplyDelete
  10. pembangkang hanya pandai 'menyalak' di sana sini termasuk rumput panjang, parit tersumbat, jalan rosak dan sebagainya tanpa berusaha melakukan sesuatu; sedangkan dalam masa yang sama kerajaan tidak pernah mengabaikan tanggung jawabnya.

    Kerajaan harus membaiki kelemahan masing-masing.

    ReplyDelete
  11. mana2 kontraktor yang tidak gagal melaksanakan tanggungjawab mereka perlu disenarai hitamkan serta merta.. masih banyak lagi kontraktor di negeri ini yang perlu diberikan peluang dalam melaksanakan projek2 kerajaan..

    ReplyDelete
  12. satu cara bagi mengelakkan supaya pembangkang tidak 'menyalak' ialah, pemimpin2 kerajaan perlu mendahului mereka dalam mendengar, memantau dan menyelesaikan masalah rakyat..

    ReplyDelete