Wednesday, 14 March 2012

KETUA PEMUDA PINANGAH TINGGALKAN UMNO



PARTI Reformasi Negeri (STAR) terus mendapat sambutan hangat rakyat di Pedalaman khasnya di Kinabatangan apabila Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pinangah, keluar UMNO dan menyertai STAR.

Mandul Sintik, menyatakan keputusan beliau itu di hadapan pemimpin STAR Kuamut, James Ait dan beberapa penyokongnya dari UMNO yang turut keluar dan menyertai STAR pada suatu majlis di Pinangah beberapa hari yang lepas.

James, yang juga Ahli Jawatankuasa Negeri STAR Sabah, ketika mengalu-alukan Mandul dan rakan-rakannya menyifatkan keputusan mereka sebagai amat berani dan telah mementingkan negeri dan masyarakat.

Mandul, yang juga Ketua Tuntutan NCR Pinangah dalam ucapannya berkata beliau telah dua kali ditangkap oleh polis ketika mempertahankan NCR masyarakat Tambanuo di Pinangah.

"Saya juga diaibkan bila dibogelkan di Balai Polis Kinabatangan, semata-mata kerana mempertahankan NCR Tambanuo di Pinangah. Ini adalah perbuatan penjajah..." katanya.

Mandul mendakwa beliau dan rakan-rakannya meninggalkan UMNO kerana menyedari 'Parti Malaya' itu hanyalah bertindak seperti penjajah dan tidak bersungguh-sungguh membela hak Tambanuo di Sabah.

Beliau juga tidak berminat kepada Pakatan Rakyat dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga dari Malaya, kerana takut keluar mulut UMNO masuk perangkap PKR.

Katanya, beliau percaya kepada perjuangan pemimpin STAR dan berhasrat berjuang bersama-sama dalam parti itu di bawah pimpinan Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

11 comments:

  1. I find it strange that only those from the interior and the rural areas have defected to Star compare to those from the city areas.

    ReplyDelete
  2. Come this election, hopefully the people will make the right choice that will determine the fat of our beloved State for the next five years.

    ReplyDelete
  3. I read somewhere that around 300 UBF activist has planned to leave the NGO to enter BN as they no longer feel that UBF stand is clear.

    ReplyDelete
  4. Jeffrey is now focusing more on Star's politics rather than genuine intention to fight for the Sabahans rights.

    ReplyDelete
  5. If Dr Jeffrey really wants to be authoritative in a local party, then during the PBS reign in 1994, here, he would not have left the party and caused PBS to crumble as a result of his betraying his own brother, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan

    ReplyDelete
  6. setiap orang ada hak untuk membuat pilihan, tapi pastikan pilihan yang dbuat adalah terbaik.

    ReplyDelete
  7. Suka hatilah mahu masuk atau keluar dari UMNO. Satu pergi, ada 10 yang mari.

    ReplyDelete
  8. Mungkin hanya beberapa orang yang tinggalkan UMNO tidak menggugat sokongan rakyat terhadap Kerajaan BN sekarang ini. Masih kuat dan mampu memberikan yang terbaik untuk Sabah dan relevan untuk Sabahan.

    ReplyDelete
  9. boleh percaya ka dengan pemimpin2 lompat ni?? kegagalan parti yang diwakili terdahulu bukan disebabkan oleh parti itu sendiri sebaliknya disebabkan oleh pemimpin2 yang berada dalam parti itu.. mengatakan parti itu gagal, samalah dengan mengakui kegagalan diri sendiri..

    ReplyDelete
  10. JK tidak patut sewenang2nya memasukkan pemimpin2 lompat ini kedalam STAR kerana dikhuatiri mereka2 ini mempunyai agenda tersendiri yang boleh menjejaskan reputasi parti dimasa akan datang..

    ReplyDelete
  11. yang menggerakkan parti tu siapa? bukan ahli2 dalam umno itu sendiri ka?? jadi kalau parti gagal, kegagalan itu adalah berpunca dari ahli2 dia sendiri juga.. kemudian ahli2 yang gagal ini lari meninggalkan umno dengan meninggalkan tuduhan kononnya parti itu gagal sedangkan merekalah punca kegagalan..

    ReplyDelete