Oleh : MUTALIB M.D
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) memandang serius kes warga asing yang menggunakan dokumen palsu untuk menjadi kakitangan awam sebagaimana yang didedahkan Sabahkini.net melalui artikel RCI, Sehebat Epik Merong Mahawangsa?
AJK PKR Cabang Silam, Djapri Kudosat, yang menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi selepas membuat laporan polis di Balai Polis Kunak menggesa Kerajaan Persekutuan menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) tanpa berdolak dalih kerana isu kerakyatan songsang sudah mendarah daging di Sabah.
"Kita amat kesal kenapa sistem saringan keselamatan Kerajaan tidak telus sehingga begitu mudah rakyat asing (jika benar) memperdaya dan menembusi sistem keselamatan negara, terutama memasuki perkhidmatan awam sebagai guru dan menerima gaji daripada cukai yang dipungut daripada rakyat," ujar Djupri dengan nada kesal.
Sehubungan itu, Djupri menggesa agar Kementerian Pelajaran mengambil tindakan tegas menggantung tugas guru berkenaan sehingga siasatan selesai dan pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang kerana isu ini amat memalukan negara yang sudah mengaplikasi ICT dalam Sistem Keselamatan dokumen pengenalan diri.
"Apalah ertinya jaringan keselamatan negara jika Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Imigresen yang sudah menggunakan Sistem Biometrik, tidak dapat mengesan ada orang lain yang menggunakan kad pengenalan penduduk tempatan untuk bekerja dengan kerajaan dan dalam masa yang sama menerima gaji melalui sistem komputer Jabatan Akauntan Negara," kata Djupri yang kecewa kerana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Lembaga Hasil Dalam Negeri juga gagal mengesan penipuan ini.
Walaupun kes ini kata Djupri mungkin kes terpencil, namun kata Djupri amat serius dan boleh berlaku di jabatan kerajaan lain disebabkan kebocoran sistem maklumat dan hilangnya integriti dan kredibiliti JPN dan Imigresen akibat Sistem Maklumat Pusat yang bercelaru.
Dalam pada itu, mengikut laporan polis yang dibuat Djupri sebentar tadi melalui KUNAK/000641/2012, Djupri mendakwa bahawa;
"Pada lebih kurang jam 1.50 petang, 09 Mac 2012, saya bagi pihak PKR datang ke Balai Polis untuk membuat laporan berkenaan kes yang telah disiarkn oleh portal Sabahkini.net bertajuk 'RCI,Sehebat Epik Merong Mahawangsa? baru-baru ini dan meminta agar pihak polis dan Jabatan Pendaftaran Negara menjalankan siasatan dengan seberapa segera terhadap individu yang terlibat dalam kes tersebut selaras dengan tuntutan RCI yang dicadangkn oleh berbagai pihak sebelum ini. Sekian laporan saya."
No comments:
Post a Comment