Friday, 16 March 2012

RAFIZI PERLU SAMAN SHANGRI-LA

Oleh : AZMAN ARIFFIN

PENAFIAN Hotel Shangri-La bahawa perbelanjaan majlis pertunangan anak gadis Perdana Menteri dibayar dengan menggunakan wang rakyat seperti yang didakwa Rafizi, menggemparkan banyak pihak dalam Pakatan Rakyat.

Situasi ini menunjukkan ada di antara dua pihak ini yang berbohong, sama ada Rafizi atau pihak pengurusan Hotel Shangri-La.

Bagi menjaga intergritinya yang kian tercemar, Rafizi perlu memfailkan saman terhadap pihak Shangri-La kerana gagal membekalkan dokumen yang sebenarnya kepada beliau; itu kalau benarlah wang rakyat Malaysia yang digunakan untuk membayar kos penganjuran majlis tersebut.

Penulis dimaklumkan yang Rafizi akan mengubah strateginya, daripada tuduhan asal mengatakan rakyat yang membayar perbelanjaan tersebut, kepada kemampuan Najib menganjurkan majlis semewah itu walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa majlis itu bernilai lebih RM 400 ribu seperti dalam dakwaan asalnya.

Malaysiakini berjaya mendapatkan pengesahan Shangri-La bahawa berdasarkan no siri ‘Banquet Event Order’ tersebut menunjukkan ia adalah dokumen asli tapi perincian di dalamnya masih kabur sama ada sama dengan yang terdapat di dalam rekod hotel tersebut atau tidak.

Sumber memaklumkan penulis, Rafizi masih memegang beberapa dokumen penting bagi menyokong strategi barunya itu.

Baguslah kalau masih ada dokumen lagi, cuma yang penulis harapkan Rafizi boleh memastikan dokumen ini juga nanti tidak disangkal oleh pihak Shangri-La dan pejabat Perdana Menteri dengan mudah seperti dakwaan yang pertama.

Penulis sendiri berminat untuk mengetahui jika perbelanjaan majlis tersebut melibatkan wang rakyat seperti yang didakwa dan perinciannya, tapi perlulah atas landasan moral dan intergriti, bukan fitnah dan adu domba.

Bagaimanapun, secara peribadi penulis melihat kesukaran yang bakal dihadapi Rafizi selepas ini, terutama selepas pihak hotel sendiri menafikan jumlah perbelanjaan seperti yang didakwa Rafizi dan pihak mana yang membayarnya.

Shangri-La adalah hotel bertaraf 6 bintang dengan reputasi melangkau sempadan dunia. Sudah pasti mereka tidak mahu merosakkan reputasi sendiri dengan kes-kes yang sedemikian, apatah lagi melibatkan orang paling berkuasa di Malaysia.

Jangan kata di Malaysia sahaja, di mana-mana ceruk dalam dunia pun, perkara demikian tidak akan berlaku sama sekali.

Justeru, penulis tidak hairan jika Shangri-La bermati-matian menafikan ada hubung kait dengan dokumen sebutharga yang ditunjukkan Rafizi pada Jumaat bagi menunjukkan kononnya Najib berbelanja mewah menggunakan wang rakyat untuk majlis pertunangan anak gadisnya.

Jadi, jalan terbaik ialah untuk Rafizi mengambil tindakan undang-undang ke atas Shangri-La dan memaksa mereka mendedahkan semua dokumen yang berkaitan di Mahkamah.

Itupun jika Shangri-La tidak menyaman Rafizi terlebih dahulu kerana cuba merosakkan reputasi dan perniagaan merekalah.

11 comments:

  1. Rafizi has gotten himself into a mess after failing to prove anything regarding Najib's daughters engagement.

    ReplyDelete
  2. On what grounds can Rafizi sue Shangri-La hotel? He's lucky if Shangri-La did not sue him first. Better apologize for his mistake.

    ReplyDelete
  3. Adakah Najib telalu naif untuk menunjukkan beliau menggunakan wang rakyat untuk majlis pertunangan anak beliau? Najib berkemampuan untuk adakan majlis yang grand.

    ReplyDelete
  4. Rafizi sebenarnya cari nahas.. mungkin dia mau rasa macam mana kena saman rm1 juta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak apa la sikit saja RM1 juta bagi Rafizi. Anwar ada boleh minta dengan dia.

      Delete
  5. sebelum membuat sebarang tuduhan, baik Rafizi dan pemimpin2 PKR yang lain selidik dahulu kekukuhan bukti yang hendak didedahkan.. jangan hanya nampak nama jabatan atau kementerian dalam kertas itu, terus buat sidang media kononnya berlaku salahguna dana awam..

    ReplyDelete
  6. Untuk cover malu terpaksalah saman Sangri La.

    ReplyDelete
  7. PM dan Shangri la dah beri penjelasan, Rafizi tak perlu nak dolak dalik lagi.

    ReplyDelete
  8. If anyone should be sued is definitely Rafizi as well as PKR.

    ReplyDelete
  9. Should the PM choose not to sue Rafizi, he should have count his blessings and make amends the the wrong attention he has created for the PM and the Premiership Office for that matter.

    ReplyDelete
  10. Kalau Rafizi ada bukti kukuh teruskan. Tapi hanya dengan sebutharga bukannya bukti kukuh untuk menyaman. Mungkin Rafizi cuma akan memakan diri sendiri.

    ReplyDelete