SAMAN.....RAINUS (dua dari kiri) diiringi penduduk Mukim Rundum selepas menfailkan saman adat di Mahkamah Anak Negeri Tenom.
Oleh: THAMPAREQ KITOES
SELEPAS beberapa hari laporan Polis dibuat terhadap Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Roderic Fernandez berhubung isu hak tanah adat Bumiputera (NCR); orang yang sama, Rainus Sagulau kini memfailkan satu lagi saman adat suku Murut di Mahkamah Anak Negeri Tenom pada Khamis.
Rainus mendakwa, suku kaum Murut kini kekal mengamalkan 'Adat Istiadat' dan kenyataan Roderic itu begitu serius melanggar amalan adat Murut.
Katanya, ia telah telah mengguris hati dan menyinggung perasaan kaum Murut, malah mereka menganggap Roderic seolah-olah menafikan masyarakat itu wujud dalam perkampungan NCR yang diwarisi mereka sejak turun temurun.
“Perkampongan NCR di Abingkoi, Korolok, Ahuron dan Pongolobon dalam Mukim Rundum telah diduduki oleh nenek moyang kami sejak turun temurun sebanyak lima keturunan/generasi. Tidak mungkin kami dinafikan hak dalam NCR semudah itu,” tegas Rainus.
Ketika ditanya apakah yang mereka kehendaki jika Peguam Besar itu bersedia menghadirkan diri menghadapi prosiding Mahkamah Anak Negeri Rainus berkata;
“Setidak-tidaknya Roderic meminta maaf daripada masyarakat Murut yang menduduki kawasan NCR kerana telah tersinggung dengan kenyataannya sebelum ini dan mungkin kami sudi menarik balik setelah Roderic membayar 'Sogit' mengikut pertimbangan Mahkamah Anak Negeri,” tegas Rainus.
Rainus berkata, mengikut amalan adat suku kaum Murut, 'Sogit' yang bakal dikenakan terhadap Roderic; sekurang-kurangnya satu ekor kerbau untuk disembelih demi untuk kesejahteraan penduduk di kawasan berkenaan.
ketidakpuasan hati penduduk akhirnya berakhir dengan tindakan saman. ini lebih baik lagi daripada tindakan tidak profesional.
ReplyDeleteIndeed. This approach is better than lynching the State General Attorney. Their actions deserves affirmation.
DeleteRoderic tidak memahami amalan adat penduduk Sabah.
ReplyDeleteMaka kenyataan Roderic ini begitu serius melanggar amalan adat Murut. Jadi sebab itu kaum murut ini ingin menyaman Redoric.
ReplyDeleteRoderic kena memahami keadaan di Sabah sebelum keluarkan kenyataan.
ReplyDeleteWill Roderic learns his lesson?
ReplyDeletei believe the State General Attorney should re-evaluate his interpretation of the matter pertaining to the native land. It has aggravated a lot of natives.
Deletelagi bagus jika beliau diarahkan untuk meninggalkan mahkamah Sabah atau negeri ini..
ReplyDelete