Oleh : AZMAN ARIFFIN
KEBELAKANGAN ini satu demi satu perkara dibangkitkan yang bertujuan menjatuhkan lagi reputasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menyemarakkan sentimen yang beliau adalah seorang penyokong negara Israel dan kekejamannya ke atas rakyat Palestin.
Terbaru, TV3 aka media belaan UMNO semalam menyiarkan petikan temuramah sidang video dengan Pengerusi Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook yang menafikan ada hubungan dengan kenyataan Anwar bahawa kenyataannya untuk melindungi keselamatan Israel yang disiarkan di dalam The Wall Street Journal (TWSJ) pada Januari lepas ada kaitan dengan pertubuhan tersebut.
Klip berita tersebut boleh dirujuk DI SINI.
Beberapa hari sebelum kerajaan membuat keputusan untuk menyiarkan surat-surat antara mantan Perdana Menteri, Tun. Dr. Mahathir Mohamad dengan 3 bekas Perdana Menteri Israel, sebuah akhbar Israel Haaretz pula DI SINI menyiarkan kenyataan Ehud Barak (kini Menteri Pertahanan Israel) yang dipetik sebagai berkata:-
Mahathir wrote in response that he hoped that the Israeli leadership would have the courage to take the corresponding steps in order to achieve peace with the Palestinians. The content of the letters was general and there was nothing there that could embarrass Mahathir
(Kenyataan terakhir yang penulis hitamkan itu jelas menunjukkan ia sengaja ditulis sedemikian rupa untuk melindungi kepentingan Mahathir dan UMNO).
Penulis berpendapat, semua ini adalah usaha terancang UMNO di peringkat antarabangsa, dengan bantuan-firma-firma perunding antarabangsanya seperti APCO Worldwide, untuk merosakkan reputasi Anwar sebagai pemimpin Islam terkemuka yang berpandangan sederhana.
Justifikasi penulis, hanya firma-firma ini sahaja yang boleh mempengaruhi akhbar Israel seperti Haaretz untuk menulis artikel yang memihak kepada kepentingan UMNO.
Dalam soal pendirian Hamas berhubung ‘melindungi keselamatan Israel’ yang dijadikan isu oleh UMNO, kelihatannya ada pertentangan pendapat antara 2 pemimpin Hamas iaitu Khalid Mish’al dan Dr. Mousa Abu Marzook.
Dalam pertemuan di Doha beberapa minggu lepas, Khalid dilaporkan menegaskan semula komitmen untuk mempertahankan konsep Two States Solution yang dipersetujui pihak-pihak bertelagah dan semua negara Arab yang antara lain turut menyatakan keperluan melindungi keselamatan Israel.
Justeru tidak wajarlah Anwar dipersalahkan kalau pertentangan pendapat ini berlaku.
Penulis menggesa agar pejabat Anwar mendedahkan butir pertemuan beliau dengan Khalid Mish’al bagi mematahkan hujah bahawa Anwar menipu Datuk Nik Aziz Nik Mat dalam kenyataan medianya selepas pertemuan kedua mereka (lanjutan dari tindakan PAS mengeluarkan surat penjelasan kepada Anwar) berlangsung, bahawa perkara tersebut (melindungi keselamatan Israel) adalah selari dengan pendirian Hamas dan Fatah.
Ini perlu dilakukan segera, jika tidak ia akan memberi kesan kepada semua pihak dalam Pakatan Rakyat kerana kelihatannya UMNO all out dalam soal ini, termasuk mengadakan hubungan dengan media Israel (melalui agensi perundingnya) untuk menulis artikel yang memihak kepada mereka.
pandai2lah Anwar untuk menyelesaikan skandalnya ni. jangan heret rakyat sekali.
ReplyDeletebanyak lagi isu yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat perlu diberi tumpuan utama.
ReplyDeleteJika itu adalah benar rasanya tidak ada salahnya perkara ini dibongkarkan.
ReplyDeleteHard to find truth from the politicians.
ReplyDeleteThe publication of these letters are simply to rectify the presents government stance pertaining to it's international relation with the renegade State of Israel.
ReplyDeleteNow that the government has given their justification of this matter, hopefully this matter will not be brought up, let alone being spin out of proportion
ReplyDeletereputasi Anwar sudah rosak sejak dulu lagi.. beliau banyak mengelirukan rakyat, bila rakyat sudah keliru, dia arahkan orang2 bawahan beliau untuk menjawab pertanyaan2 orang awam, wartawan dan juga pemimpin2 politik yang lain..
ReplyDeleteAnwar patut membela dirinya sendiri.. tidak perlu mengharapkan bantuan penyokong2nya.. sebelum ini pun Anwar mengajak penyokong2 beliau berhimpun semata2 untuk membebaskan beliau.. adakah ini contoh pemimpin yang baik?? bukan beliau yang melindungi rakyat, sebaliknya minta rakyat melindungi beliau..
ReplyDelete