Friday 9 March 2012

TALIAN PENGHANTARAN SESB DISAMBAR KILAT

BANYAK kawasan di seluruh Sabah mengalami gangguan bekalan elektrik selepas satu talian penghantaran 132kv di Penampang-Beaufort disambar petir pada 2.20 petang Khamis menyebabkan beberapa Stesen Janakuasa Bebas berkapasiti besar di Kota Kinabalu terpelantit.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Ir. Ahmad Fuad Md Kasim berkata kejadian ini menyebabkan SESB kehilangan kapasiti janaan di dalam Grid sebanyak 200MW (MegaWatt), seterusnya memaksa SESB mengaktifkan catuan bekalan kecemasan di beberapa kawasan di seluruh Sabah bagi memastikan kestabilan sistem rangkaian Grid Sabah.

Antara kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan elektrik berkenaan ialah di sekitar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Lahad Datu, katanya dalam kenyataan di sini.

Ahmad Fuad berkata bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 4.08 petang. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment