JEWEL of Mabul Development Sdn Bhd yang berpangkalan di Sabah, akan melabur RM200 juta untuk membina resort atas air mewah, bernilai tinggi pertama di negeri itu di Pulau Mabul, 15 minit perjalanan dengan bot dari Semporna.
Pembinaan resort itu bermula pada suku akhir tahun lepas dan dijangka siap pada suku pertama 2014.
Alorie Lepa Lepa Resort, merangkumi kawasan lebih 32.37 hektar, akan dilengkapi 88 villa air, dengan harga minimum RM3.1 juta.
Pengarah Urusan Jewel of Mabul, Louise Lang berkata pembeli akan menerima pulangan pelaburan sebanyak tujuh peratus setahun bagi tempoh lima tahun pertama dan mulai tahun keenam, pulangan itu dijangkakan lebih tinggi.
Bercakap pada sidang media di sini pada Khamis, beliau berkata pembangunan masih dalam peringkat memasang cerucuk dan akan mengambil masa 20 bulan untuk siap. (BERNAMA)
No comments:
Post a Comment