Sunday 8 April 2012

BELANJA RM43 BILION JIKA MANSUH PTPTN

KERAJAAN perlu membelanjakan RM43 bilion jika Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan, kata Perdana Menteri hari ini.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tindakan memansuhkan PTPTN itu akan hanya membebankan kerajaan.

Perdana Menteri berkata demikian sebagai mengulas desakan daripada parti-parti pembangkang yang bercadang memansuhkan PTPTN jika mereka memenangi pilihan raya umum akan datang ini.

"Hanya ada tiga buah negara di dunia yang menanggung sepenuhnya pengajian tinggi rakyatnya seperti Norway. Tetapi Norway mengenakan cukai yang tinggi terhadap rakyatnya," katanya ketika merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di yang dihadiri 50,000 rakyat di Stadium Batu Pahat di sini, kelmarin.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan tidak mahu membebankan rakyat dengan mengenakan cukai yang tinggi berikutan keputusan untuk menghapuskan PTPTN.

"Kita tidak mahu membebankan rakyat dengan cukai yang terlalu tinggi," katanya.

Najib berkata, pada ketika ini pun kerajaan menanggung kira-kira 90 peratus daripada kos pengajian tinggi rakyat, dengan PTPTN hanya digunakan untuk membayar yuran pengajian pelajar.

Sebelum itu dalam ucapannya, Najib berkata beliau akan mengumumkan keputusan kerajaan tentang dasar gaji minimum pada akhir bulan ini.

Beliau juga mengumumkan kepada ribuan rakyat yang menghadiri program itu bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memperuntukkan RM6 juta bagi pembinaan pasar awam baru Batu Pahat.

Kerajaan menurutnya turut bersetuju untuk memperuntukkan RM3 juta bagi pembinaan pasar borong baru daerah itu.

Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telah bersetuju untuk mengeluarkan peruntukan bagi membaiki longkang-longkang yang tersumbat di bandar Batu Pahat. (Bernama)

18 comments:

  1. lebih baik RM43 billion digunakan untuk pembangunan rakyat.

    ReplyDelete
  2. Rancangan perlulah lebih real dan logik

    ReplyDelete
  3. Mungkin kerajaan ada cara lain selain PTPTN.

    ReplyDelete
  4. pada 1997, kerajaan bersetuju menubuhkan PTPTN dan pembayaran kali pertama dikendalikan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.. sekarang dia pula yang membantah penubuhan PTPTN..

    ReplyDelete
  5. There is no justification to abolish the National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) study loan as some students use it for personal expenses, MCA Youth chief Datuk Dr Wee Ka Siong said.

    ReplyDelete
  6. He said the students only used a portion of their loans to pay for their fees in the higher public learning institutions.

    ReplyDelete
  7. Dr Wee, who is also the Deputy Education Minister, said the students in these universities get between RM8,000 and RM10,000 in loans from PTPTN a year but with the government subsidy, their fees amounted to less than RM2,000.

    ReplyDelete
  8. Wee said the student's personal expenses include food and entertainment, including dating and watching movies.

    ReplyDelete
  9. He said the Opposition's proposal to scrap the PTPTN was a “political gimmick” to win over young graduates, especially the voters in the upcoming elections.

    ReplyDelete
  10. Dr Wee said it was fine for any party to ask for more government subsidies in terms of schooling, but not to abolish the PTPTN.

    ReplyDelete
  11. “We cannot use populist approaches. If we do, it might help certain parties, but create difficulties for others,” he said.

    ReplyDelete
  12. Dr Wee also asked Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim to explain his model for abolishing the PTPTN without using national funds.

    ReplyDelete
  13. On the alleged attacks on students protesting at Dataran Merdeka on Thursday, he said MCA Youth condemned any such behaviour.

    ReplyDelete
  14. “We are strongly against such uncivilised people who behave like that towards students,” he said.

    ReplyDelete
  15. Dr Wee said MCA Youth had finalised its list of candidates and would be handing it over to party president Datuk Seri Dr Chua Soi Lek soon.

    ReplyDelete
  16. “In every party, the youths are the hope of the party, and those who have potential, we will forward their names,” he said, adding that many of the party's divisions have put forward new faces from MCA Youth as candidates.

    ReplyDelete
  17. “This shows Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak's commitment towards political transformation,” he said.

    ReplyDelete
  18. He said the youth wing also supports the amendments made to the various Acts in Parliament, including the Universities and University Colleges (Amendment) Bill 2012 and Printing Presses and Publications (Amendment) Bill 2012.

    ReplyDelete