Oleh : HASSAN DALIMPOS
PESTA Kalimaran berakhir kelmarin dengan meninggalkan sejarah tersendiri khusus untuk masyarakat bersuku Murut mendeklamasikan budaya sebagai salah satu unsur perpaduan kepada bangsa-bangsa di dunia agar tidak terus di telan arus kemodenan yang kian mencabar generasi muda.
Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong Rubin Balang berkata, ia merupakan pesta yang sangat unik kerana pelbagai persembahan dan program yang dijalankan secara kebudayaan oleh sub etnik Murut yang terdapat di Sabah.
"Contohnya pada Pesta Kalimaran kali ke-10 tahun 2012 ini, perarakan kebudayaan berunsurkan kepahlawanan yang bertemakan 'mengayau' merupakan satu pesta khas sebagai memperkenalkan budaya Murut ke arena antarabangsa.
"Ramai pelancong dari negara China, orang putih atau barat, negara jiran Indonesia, Singapura dan Brunei turut menyaksikan persembahan kebudayaan yang dipersembahkan sub etnik Murut, mereka turut menikmati dan merasai suasana yang berlaku ketika musim pesta Kalimaran," katanya.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Perdana Menteri Najib Razak amat menyokong pesta-pesta yang berunsurkan perpaduan kerana ianya berjaya merealisasikan gagasan 1 Malaysia kerana tiada komuniti yang dipinggirkan dalam memajukan negara khususnya dalam bidang pelancongan dan kebudayaan.
Rubin yang juga Pengerusi BN Tenom amat berterima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Musa Aman kerana sentiasa memberi sokongan dan peruntukan untuk mengadakan pesta Kalimaran malah setiap tahun beliau (Musa) merasmikan pesta itu, ia sangat prihatin kerana Murut juga sebahagian besar masyarakat yang terdapat di pedalaman.
"Kalimaran sedikit sebanyak membantu kerajaaan merealisasikan gagasan 1 Malaysia kerana bukan sahaja masyarakat Murut yang datang malah semua suku bangsa datang melihat dan menyaksikan sendiri kemeriahan pesta Kalimaran dimana dianggarkan pengunjung kali ini mencapai 35,000 orang selama 3 hari pesta berlangsung, ia sangat menggalakkan, katanya".
Rubin berkata dalam satu temuramah bersama wartawan Berita Harian/Metro di Pusat Kebudayaan Murut Sabah Pulong Tenom bagaimanapun menjelaskan amalan suku kaum Murut zaman moden ini lebih suka mempunyai rumah sendiri dan menjadikan rumah panjang sebagai balai budaya mereka.
"Dulu rumah panjang adalah tempat tinggal masyarakat Murut dan mereka tinggal semua dalam satu bumbung rumah panjang tetapi atas kesedaran dan tanggungjawab keluarga demi keharmonian dan keselesaan mereka, sekarang mereka lebih suka tinggal di rumah sendiri dan menjadikan rumah panjang sebagai tempat mengadakan pesta berunsurkan kebudayaan".
Bagaimanapun, rumah panjang masih terdapat diamalkan oleh segelintir komuniti di daerah Pensiangan dan mereka masih tinggal dalam satu bumbung rumah panjang, mengadakan pesta perkahwinan dan acara adat di rumah tersebut, jelas beliau.
Seorang penduduk dari Mukim Kemabong iaitu Ketua Anak Negeri, Andayol Ampuli 61, juga menyokong apa yang dikatakan Rubin bahawa masyarakat Murut kini sudah berubah meskipun budaya tetap tidak dilupakan, ia diamalkan sepanjang masa meskipun ia menelusuri perubahan zaman moden.
Beliau bagaimanapun amat berpuashati dengan keberkesanan kerajaan BN dalam membantu rakyat di pedalaman khususnya kerana memberikan pembangunan infrastruktur dan banyak bantuan telah membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan tegar, jelas beliau.
Sempena pesta Kalimaran seluruh masyarakat sub etnik Murut berkumpul tanda perpaduan suku itu dan perarakan yang diadaklan merupakan julungkali diadakan ia sangat menghiburkan para pengunjung yang datang menyaksikan sendiri persembahan sub etnik Murut seluruh Sabah.
Seorang lagi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (PJKK) Kg.Maugus, Nasip Ampiu, 48, turut melahirkan rasa bangga kepada kerajaan pimpinan Najib dan wakil rakyat Kemabong Rubin Balang kerana sentiasa turun padang memantau dan membantu rakyat miskin di pedalaman.
"Terima kasih kepada pemimpin wakil rakyat kita kerana sentiasa memberi perhatian kepada rakyat miskin, tidak kira di bandar mahupun di kampung-kampung terpencil, kami sentiasa menyokong apa juga pembangunan yang diberikan kerajaan BN," katanya.
Beliau seterusnya berharap Pesta Kalimaran sebagai wadah perpaduan sub etnik mahupun segala bangsa di negara ini agar terus dianjurkan pada masa akan datang, malah katanya Kalimaran sepatutnya dijadikan pesta rasmi untuk kaum Murut yang mendapat pengikhtirafan cuti oleh kerajaan.
Meskipun pesta kalimaran telah berlalu beberapa hari lalu namun, komuniti sub etnik Murut masih terbayang akan kehangatan dan kemeriahan pesta itu, apa tidaknya mereka bukan sahaja dapat bertemu dengan kawan-kawan, sahabat handai malah keluarga yang jauh juga dapat datang.
Buat julungkalinya pesta Kalimaran ini telah dihiasi dengan corak kebudayaan melalui persembahan perarakan sub etnik Murut yang menghiburkan pengunjung yang bertandang ke pesta tersebut.
Pesta2 suku kaum/etnik di Sabah jadi salah satu tarikan yang kuat di Sabah ni. Pesta Kaamatan akan menjelang pula Mei nanti, beralih ke Kuala Penyu yang menjadi tuan rumah tahun ni.
ReplyDeleteSabah memang unik dengan kepelbagainya tapi kita masih lagi hidup aman damai
DeleteSemoga perpaduan rakyat di Sabah akan terus kukuh.
ReplyDeletePesta2 yang ada di Sabah harus dipromosi untuk memberi orang luar lebih kenal Sabah dengan kebudayaan2 yang ada.
ReplyDeletepesta ini mempersembahkan warisan dan budaya masyarakat Murut. dgn ini Sabah akan lebh dikenali.
ReplyDeletePesta ini perlu dipromosikan lagi. Kerana pesta ini boleh memperkenalkan budaya dan adat resam Murut di Tenom.
ReplyDeletesyabas kepada pihak penganjur..
ReplyDeletePesta Kalimaran (Kalimaran Fest) is an annual cultural celebration of the Muruts.
ReplyDeleteIt celebrates the richness of culture of the Muruts and presents most of their cultural aspects. Therefore, to know the Muruts closely, Pesta Kalimaran is the venue.
ReplyDeleteThe word Kalimaran refers to the craftsmanship activities of the Muruts. It is derived from the Murut's words ralaa and alimar. Ralaa means young lady and alimar means hardworking, strong-minded, diligent and trustworthy.
ReplyDeleteAccording to the story, there was a young Murut lady called Ralaa. She was a hardworking, strong-minded, diligent and trustworthy young lady. But her brother Yolomor had to sacrifice her for the benefit of their community.
ReplyDeleteBefore she was sacrificed she managed to produce many handicrafts like the Tikar, Silaung, Tikalis, Buyung, Lintoyog and Onot by using raw materials like bamboo, rattan and bamban. Ralaa ended her kalimaran by weaving cloth, sampoi (scarf) by using thread, which was produced from Timahan roots. Finally, Ralaa was sacrificed by Yolomor to get seeds for his cultivation farm.
ReplyDeleteSabah state government has adopted Pesta Kalimaran as a state level celebration in the year 2003. First state level Pesta Kalimaran was on the 4th and 5th April 2003. Since then it is celebrated in April every year at Sabah Murut Cultural Centre.
ReplyDeleteIt is co-organised by Sabah state government through Sabah Cultural Board and Sabah Murut Association in collaboration with Tenom District Office.
ReplyDeleteSabah Murut Cultural Centre (Pusat Kebudayaan Murut Sabah) is a cultural centre for the Muruts of Sabah. It is located at Kampung Pulong, 13 km from Tenom Town.
ReplyDeleteThe construction of the unique building started in 1994 and completed in 1996. The construction cost was more than twelve million (Malaysian Ringgit). It is unique in a sense that the building itself is a manifestation of the most aspects of the Muruts' culture. What's more, it is the biggest Belian (hardwood timber) building in Borneo (popularly known as 4B building)!
ReplyDelete