KHAZANAH warisan dan tradisi suku kaum Murut perlu dibukukan dan dokumentasikan supaya dapat ditonton dan diwarisi oleh generasi akan datang. Ahli Parlimen Tenom, Datuk Raime Unggi, berkata khazanah warisan suku kaum Murut yang penuh dengan keunikan perlu dibukukan sebagai satu sejarah dan menjadi rujukan bukan sahaja oleh suku kaum ini sendiri tetapi juga masyarakat dari luar.
“Jika ia tidak dibukukan atau disimpan dalam bentuk rakaman lambat laun ia akan pupus dan tidak dapat diwarisi oleh generasi akan datang,” katanya semasa berucap merasmikan upacara makan adat ‘saluang’ pada hari ketiga sambutan Pesta Kalimaran ke-10, 2012 yang dihoskan oleh etnik Murut Kolor kelmarin.
Raime berkata, generasi muda pada hari ini kurang mengetahui khazanah warisan suku kaum Murut kerana ia semakin kurang sambutan dikalangan golongan muda.
Hadir sama Presiden Persatuan Murut Sabah (PMS), Datuk Rubin Balang; Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Radin Malleh; Pengerusi Lembaga Kebudayaan Negeri, Datuk Wances Angang; Pegawai Daerah Tenom, Siriman M.F Basir; Timbalan Presiden Persataun Murut Sabah, Datuk Taimin Lumaing; Ketua Daerah , OKK David Jani, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan ini.
Dalam masa yang sama Raime turut menyarankan supaya Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dapat mempromosikan makanan tradisi suku kaum Murut di peringkat antarabangsa.
Katanya, terdapat makanan tradisi suku kaum Murut yang boleh ditonjolkan seperti jaruk ikan dan beberapa makanan lain yang diproses tahan lama.
Menyentuh “saluang” Raime berkata, ia adalah satu majlis yang diadakan oleh suku kaum Murut pada zaman dahulu mendapat hasil tuaian padi melimpah.
Majlis ini katanya, adalah satu kesyukuran oleh masyarakat sekampung apabila hasil padi dan lain-lain tanaman mereka memuaskan.
“Mereka mengadakan majlis ini dan mengundang masyarakat dari kampung yang lain sebagai tetamu yang mereka raikan,” jelasnya.
Sementara itu Ketua Kampung Bamban Bungkak Dawat 52, berkata, pada zaman majlis “saluang” diadakan pada masa lapang iaitu selepas menuai dan mengumpulkan padi.
Pada masa inilah katanya, masyarakat sekampung mengadakan ‘saluang’ yang bukan sahaja masa mereka untuk berehat dan bersuka ria di samping merapatkan hubungan kekeluargaan di kalangan masyarakat kampung lain yang menjadi tetamu yang diraikan.
“Pada tahun berikutnya giliran kampung lain yang menjadi tetamu pula akan menjadi tuan rumah kerana majlis ‘saluang’ diadakan secara timbal balas,” kata Bungkak.
Seorang lagi pemimpin masyarakat Justin Kapusoh 50, berkata, majlis ‘saluang’ juga bertujuan menyatupadukan masyarakat Murut pada zaman dahulu kerana semasa mengadakan majis ia memerlukan semangat kerjasama di kalangan masyarakat sekampung.
Ini katanya, kerana semasa mengadakan salung, ia melibatkan persediaan yang banyak untuk mencari binatang buruan di hutan dan menangkap ikan di sungai untuk keperluan lauk pauk semasa majlis berjalan antara dua hingga tiga hari.
“Pada majlis ini pelbagai jenis makanan akan dihidangkan dan acara minum tapai dijalankan yang didahului dengan acara sabung ayam persahabatan,” jelasnya. (ST)
Dokumentasi tradisi kaum Murut supaya tradisi dan kebudayaan lebih dikenali
ReplyDeleteHopefully the Murut tradition and cultural heritage will be recorded to ensure it would not be forgotten by the newer generation.
ReplyDeleteHopefully the PMS will work hard in promoting the Murut ethnic tradition to the entire country so that more people will understand this unique culture.
ReplyDeleteBukan saja suku kaum Murut malah suku kaum lain di Sabah ni perlu mengekalkan warisan dan tradisi mereka.
ReplyDeleteKalau bahasa sendiripun sudah dilupakan, apa lagi tradisi dan warisan lain.
ReplyDeletesekarang ini pun ramai golongan muda yang sudah lupa dengan bahasa suku kaumnya.. bagi mereka memadai sekadar memahaminya.. ini yang perlu dirisaukan oleh persatuan2 yang memperjuangkan kelangsungan suku kaum di negeri ini..
Deletebukan sahaja warisan daan tradisi kaum Murut, warisan tradisi kaum2 lain jg perlu didokumentasikan. dgn ini baru seluruh warisan yang ada di Sabah dpt diperkembangkan.
ReplyDeletedisinilah tugas persatuan yang mewakili mana2 suku kaum di negeri ini.. mereka perlu membukukan atau mendokumentasikan warisan tradisi kaum yang diwakili..
ReplyDeleteIni bagi memastikan budaya Murut ini akan terus kekal dan tidak hilang dilupakan.
ReplyDeleteTHERE is more to the Pesta Kaamatan or harvest festival in Sabah than just the Unduk Ngadau or beauty pageant.
ReplyDeleteApart from the search for the fairest of the Kadazandusun community, there is also the strength test, best traditional chef, the top crooners, musicians, dancers and much more.
ReplyDeleteThe month-long celebration began on May 1 and as it reached the halfway mark, the festivities have picked up pace in the build-up to the state-level celebration on May 30 and 31 at the Hongkod Koisaan building in Penampang.
ReplyDeleteLaunched in Kuala Penyu, the celebrations began in earnest in the coastal district and had since moved to several districts.
ReplyDeleteKaamatan is a time for thanksgiving and to celebrate the rich culture and unity, which many have attributed to being a trait of Sabahans, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
ReplyDeleteSabah and Kota Marudu folks have plenty to be thankful for this Kaamatan, they live in peace and unity and are already feeling the benefits from various government development and transformation programmes.
ReplyDeleteOngkili said the cultural practices preserved included the traditional performances, children''s story-telling in the Kadazandusun-Murut language, traditional sports, traditional food and costumes, Sugandoi (singing competition) and Unduk Ngadau or beauty pageant that reminded the Kadazandusun-Murut people of the sacrifices of the legendary Huminodun, the padi spirit.
ReplyDeleteThe Kota Marudu MP said Kaamatan was an occasion to be thankful for the bountiful harvest that fed the people, as well as for the peace and stability in the country that the people had been enjoying.
ReplyDeleteApart from that, the Kota Marudu MP said that the Pesta Kaamatan was an occasion for the people to be grateful for what they have reaped from the land they toiled as well as for what they had received from others.
ReplyDeleteKaamatan also contributes to the strengthening of the basic fabric of society, which is respect for law and order. In this regard, It is with high hopes that Sabahans will celebrate Kaamatan in the spirit of unity and value the peace that is enjoyed in this country.
ReplyDelete"Let us pledge to preserve and protect our peace and stability, law and order. Street demonstrations that turn ugly with violence and disrespect for the law shall not become part of our culture," he added.
ReplyDeleteOngkili said that one of the major development programmes taking place was the RM360 million Kota Marudu-Marak Parak-Ranau sealed road which was 40% completed.
ReplyDelete"Once completed it will drive development in some 50 villages and benefit 10,000 people in Kota Marudu and Ranau through agricultural development and tourism activities," he said and urged the people to strengthen cooperation, preserve peace, law and order, and reject groups that disunited the people.
ReplyDeleteKaamatan is a joyous occasion for us to preserve our culture and identity, unity and spirit of togetherness and cooperation towards the betterment of the society. At the same time, we appreciate and value the development the government is providing.
ReplyDeleteSabahans should continue to preserve the rich and unique cultures of the various indigenous people here, including through the many activities held during Pesta Kaamatan.
ReplyDeleteCulture is our identity, what makes us belong to a community and society. The preservation of our culture during the month-long Kaamatan celebration is indeed lauded and must be continued.
ReplyDelete