Saturday, 13 April 2013

MPS DILAKNAT PENDUDUK TANAH MERAH









RUMAH HARAM.....PATI bina rumah haram tetapi MPS tutup mata sebab penyokong tegar BN/UMNO takut ambil tindakan.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                            Foto : SAFFIE S JUMADI

KARAMUNTING : Kegagalan dan sikap kurang bertanggungjawab Majis Perbandaran Sandakan (MPS) dalam penjagaan kebersihan di beberapa kawasan telah menimbulkan kemarahan di kalangan penduduk setempat,  khususnya di daerah Sandakan.

Dalam tinjauan rambang Sabahkini.Net ke sederet bangunan 4 tingkat di Blok B, Bandar Nam Tung, Tanah Merah, selain mendapati  saluran parit tersumbat; bahkan longgokan sampah sarap di belakang bangunan tersebut  sudah hampir 6 bulan tidak pernah dikutip dan saluran parit yang dipenuhi sampah juga tidak pernah diselenggarakan.

Seorang peniaga, Chan yang menceritakan perihal kekotoran yang dialami bukan sahaja di Blok B bangunan  ini, bahkan di bangunan lain pun turut menghadapi masalah yang sama.

Walaupun kes ini sudah lebih 20 kali dilaporkan, bukan sahaja secara lisan; bahkan laporan dibuat secara bertulis dengan disertai beberapa gambar dihantar kepada MPS sehingga sekarang tiada reaksi, mahupun sebarang tindakan diambil.

“Kalau ini macam punya kerja MPS yang tidak mahu dengar kami punya suara,  kami orang Cina memang tidak mahu mengundi  calon-calon BN yang bertanding. Para pegawai mereka tidak komited dalam menjalankan tugas untuk rakyat kali ini kita mesti mahu tukar kerajaan baru,” kata Chan yang jengkel dengan Presiden MPS yang langsung tidak mahu mendegar aduan mereka.

Selain itu, Chan juga merasa kesal kerana walaupun MPS mengetahui ramai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) Filipina  membina rumah-rumah haram di belakang bangunan tersebut, MPS  langsung tidak mengambil tindakan untuk meroboh, malah dibiarkan begitu sahaja seolah-olah MPS menggalakan mereka membina koloni setinggan di kawasan yang dimaksudkan.



JIJIK....Chan menunjukkan ke arah longgokan sampah yang berbau busuk yang dibiarkan begitu sahaja sejak sekian lama.

“Mungkin juga mereka ini memasang bendera BN yang terpacak di rumah-rumah mereka, maka MPS takut dan segan untuk mengambil sebarang tindakan untuk meroboh rumah-rumah mereka. Memang mereka adalah penyokong tegar UMNO/BN dan saya minta pihak Polis dan ATM buat serbuan ke rumah-rumah tersebut dengar segera,” tegasnya.

Apapun Chan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sabahkini.Net kerana bersusah payah menghantar wartawan dan juru gambarnya membuat tinjauan kesemua kawasan Bandar Nam Tung yang dalam keadaan kritikel ini berbanding dengan wartawan lain.

Kata Chan, walaupun media lain mengetahui apa yang telah berlaku di kawasan ini, mereka hanya tutup mata sahaja  tanpa membantu penduduk yang teraniaya dan dalam masa yang sama terpaksa membayar cukai dan pelbagai kadaran.

"Syabas Sabahkini.Net, terus berjuang sebagai wadah suara rakyat untuk tempat  kami mengadu dalam segala hal,”  tambah Chan merupakan seorang pembaca setia portal online Sabahkini.Net saban hari.

No comments:

Post a Comment