PASUKAN keselamatan yang
membawa keluar 15 mayat pengganas Kiram di Kampung Tanduo di sini petang ini,
cemas selepas pihak musuh melepaskan beberapa das tembakan ke arah mereka
sebelum menghilangkan diri.
Kejadian berlaku pada pukul
6.55 petang semasa pasukan keselamatan hampir selesai membawa keluar
mayat-mayat berkenaan, namun tiada kecederaan melibatkan kedua-dua belah pihak.
Sementara itu, keadaan 15
mayat pengganas Kiram yang dibawa keluar cukup mengerikan dengan kebanyakannya
sudah mula mereput, hancur dan berulat.
Kunjungan media yang pertama
kali dibenarkan memasuki kampung itu mendapati kesemua mayat itu ditanam di
dalam tiga lubang yang dijadikan kubur sedalam satu ke dua meter yang
ditandakan sebagai kubur A, B dan C oleh polis dan berada berhampiran di antara
satu sama lain.
Bermula kira-kira pukul
12.50 tengah hari, kubur A yang menempatkan sembilan mayat pengganas digali
setelah pasukan pemusnah bom mendapati kawasan itu selamat daripada sebarang
bahan letupan, diikuti oleh dua kubur berikutnya.
Sebaik sahaja lima papan
lapis yang menutupi mayat pengganas di kubur A jelas kelihatan dan hanya menunggu
masa untuk dialihkan pada pukul 2.15 petang, hujan lebat menyebabkan operasi
membawa keluar mayat tertangguh.
Operasi kemudian disambung
semula pada pukul 3 petang setelah hujan reda. Namun belum pun separuh air
bertakung di dalam lubang itu dikeluarkan, hujan kembali lebat seperti
sebelumnya.
Sehinggalah pada pukul 3.30
petang, kerja-kerja mengeluarkan mayat disambung semula bagi mengelakkan
kelewatan. Papan lapis itu akhirnya dibuka dan ulat yang menghurung mayat
kelihatan menggeletik.
Ada di antara mayat yang
sudah kehilangan kepala. Ada pula yang bahagian mukanya sudah tinggal tengkorak
menampakkan gigi. Bau busuk mayat menusuk hidung menyebabkan segelintir yang
berada di situ terutama wakil media menjauhkan diri.
Mayat itu kemudian diangkat satu
persatu. Ketika proses itu berlangsung, ada antara tengkorak mayat tiba-tiba
tertanggal dari tulang belakang dan ada juga yang hancur dari bahagian pinggang
ke atas.
No comments:
Post a Comment