Oleh : TOMMY THOMAS
KEBENARAN adalah kasualti
pertama dalam media massa yang dikawal oleh BN dalam pilihan raya umum Ke-13
yang akan datang. Antara pembohongan yang disebarkan secara meluas dalam media
aliran utama adalah pertama sekali, sejauh mana skop budi bicara Yang
di-Pertuan Agong dalam menjemput seseorang menjadi Perdana Menteri untuk
membentuk Kerajaan Persekutuan seterusnya.
Dan kedua, dakwaan bahawa BN
dianggap sebagai 'satu pihak' manakala Pakatan Rakyat dianggap sebagai 'suatu
gabungan' adalah berkaitan dalam menentukan tahap sokongan dalam Dewan Rakyat
bagi tujuan melantik seorang Perdana Menteri.
Kita perlu merujuk kembali
kepada Perlembagaan Persekutuan bagi jawapannya. Perkara 40 (2) memperuntukkan
bahawa:
"Yang di-Pertuan Agong
boleh bertindak menurut budi bicaranya dalam melaksanakan fungsi- fungsi yang
berikut, iaitu: -
"pelantikan seorang Perdana Menteri"
Perkataan "menurut budi
bicaranya" mungkin menunjukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi
bicara yang luas.
Bagaimanapun, Perkara
43(2)(a) mengecilkan skop budi bicara itu dengan ketara mengikut pernyataan
bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik "ahli Dewan Rakyat yang
pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan itu"
sebagai Perdana Menteri.
Oleh itu, dalam terma
perlembagaan itu sendiri, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh bertindak dengan
kebebasan sepenuhnya. Sebaliknya, Perdana Menteri yang dilantik mestilah:
(i) seorang ahli Dewan
Rakyat (bukannya Senator di Dewan Negara); dan
(ii) harus dapat menguasai
keyakinan majoriti, iaitu, sekurang-kurangnya 112 Ahli Parlimen daripada
sejumlah ahli seramai 222.
Perkara-Perkara 40(2) dan
43(2)(a) hanya menyatakan perlembagaan konvensyen kerajaan berparlimen
Westminister dalam terma yang nyata yang telah wujud selama sekurang-kurangnya
dua abad yang mana dipraktikkan oleh Malaysia.
Kita mempunyai sebuah
kerajaan, yang dipilih sekali dalam tempoh 5 tahun, yang bertanggungjawab
kepada Parlimen, iaitu sebuah kerajaan yang dipertangunggjawabkan kepada
cawangan perundangan yang dilantik.
Oleh sebab ia adalah tunggak
asas demokrasi berparlimen, seseorang hanya boleh menjadi Perdana Menteri jika
beliau pada mulanya boleh menguasai, dan seterusnya mengekalkan, untuk
keseluruhan jangka masa 5 tahun berparlimen, keyakinan majoriti ahli-ahli Dewan
Rakyat.
Ia boleh diperhatikan bahawa
terma-terma "parti" dan "pakatan parti-parti" tidak dirujuk
dalam Perkara 43(2)(b).
Bagaimana PM mencapai
majoriti?
Ia mewakili kedudukan
perlembagaan. Di bawah perlembagaan, ia tidak menyatakan bagaimana seseorang Perdana
Menteri mencapai majoriti dalam Dewan Rakyat.
Perlembagaan yang bertujuan
untuk berkhidmat sebagai undang-undang tertinggi di negara ini untuk generasi
akan datang, telah dengan sengaja digubal secara luas, umum dan am, dan ia juga
ditafsirkan dengan cara yang liberal.
Apa yang menjadi asas adalah
keupayaan seorang Perdana Menteri untuk mengawal majoriti Dewan Rakyat supaya
dia mempunyai kerajaan yang stabil.
Tugas yang dihadapi oleh
Yang di-Pertuan Agong, sebagai Raja Berperlembagaan, adalah jelas apabila
melantik seseorang perdana menteri selepas pilihan raya umum (berbeza dengan
kematian atau persaraan seorang perdana menteri).
Yang di-Pertuan Agong
menjemput Pemimpin pihak-pihak Pakatan - sama ada Najib Razak atau Anwar
Ibrahim - yang mendapat sokongan daripada 112 atau lebih ahli Dewan Rakyat.
Ia adalah semudah dan
sejelas itu. Saya telah menetapkan kedudukannya seperti yang dibincangkan oleh
cendekiawan-cendekiawan perlembagaan di Malaysia, Britain, India dan Australia
di Lampiran yang berikut.
Hakikat politik adalah
penguasaan parti-parti dalam sistem demokrasi yang moden, dan yang lebih
penting lagi adalah penggunaan whip parti untuk menjamin disiplin di kalangan
ahli-ahli parti.
Ini bermakna bahawa
parti-parti (atau pakatan parti-parti) adalah pelakon dominan dalam bidang
politik. Mereka memilih calon-calon, membiayai mereka, dan memastikan bahawa
mereka bertanding atas tiket parti yang menyokong manifesto parti.
Pengundi-pengundi sentiasa
mengundi untuk parti, dan bukannya calon, walaupun terdapat calon-calon yang
sentiasa berkarisma, yang akan menerima beberapa undi tersendiri, dan bukannya
melalui parti mereka.
Selepas pilihan raya, ahli-ahli
Parlimen yang berjaya menerima cemeti parti dan mengundi dengan parti mereka
sepanjang hayat Parlimen tersebut. Parti itu sendiri memilih pemimpinnya.
Oleh itu, untuk semua tujuan
praktikal, pemimpin parti politik yang telah memenangi pilihan raya umum akan
dijemput oleh pemerintahan berraja untuk membentuk kerajaan akan datang.
Sebagai contohnya, Tony
Blair yang memimpin Parti Buruh dalam kemenangan pada tahun 1998, dan telah
dijemput oleh Queen Elizabeth untuk menjadi perdana menteri.
Dalam keadaan yang
sedemikian, pemerintahan beraja tidak mempunyai apa-apa pilihan dalam perkara
itu.
Di Malaysia, tiada satu
parti (tidak juga Umno) yang telah dapat menguasai majoriti ahli-ahli Dewan
Rakyat. Sebaliknya, kerajaan merdeka pertama Malaya yang mengambil alih kuasa
pada 31 Ogos 1957 adalah pakatan Perikatan yang terdiri daripada Umno, MCA dan
MIC.
Birokrat yang patuh pada BN
Pada tahun 1972, pakatan
Perikatan berkembang kepada pakatan BN yang kini terdiri daripada 14 parti
politik yang berbeza. Semua enam perdana menteri Malaysia memimpin
pakatan-pakatan, dan cara itu akan berterusan pada masa hadapan.
Maklumat palsu yang tersebar
dalam media massa BN, bahawa terdapat perbezaan yang besar antara
pakatan-pakatan BN dan Pakatan yang mana Yang di-Pertuan Agong perlu mengambil
kira apabila melantik seorang perdana menteri selepas pilihan raya umum ke-13.
Menurut hujah ini, Barisan
telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik dengan Pendaftar Pertubuhan
(ROS) di bawah Akta Pertubuhan 1966.
Hasilnya, semua calon-calon
bagi 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan oleh BN akan bertanding atas
tiket BN yang sama.
Sebaliknya, calon-calon
Pakatan akan bertanding sebagai calon-calon PAS, PKR atau DAP dan bukannya
sebagai calon Pakatan. Ini adalah suatu hujah yang licik.
Apa yang tidak dinyatakan
ialah ROS adalah suatu birokrat yang sama sekali patuh kepada kerajaan BN. Ia
tidak bertindak secara bebas, adil atau betul. Hanya satu contoh sifat berat
sebelahnya akan mencukupi.
Perlu diingatkan bahawa
apabila Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Umno haram pada tahun 1986, ROS segera
meluluskan permohonan Dr Mahathir Mohamad untuk pembentukan Umno Baru sementara
menolak permohonan oleh bekas perdana menteri Tunku Abdul Rahman dan Hussein
Onn bagi pendaftaran parti politik mereka sendiri.
Oleh itu, ia tidak
menghairankan untuk mengetahui bahawa ROS menolak permohonan Pakatan untuk
mendaftarkan dirinya sebagai sebuah parti politik manakala meluluskan
permohonan yang serupa BN.
Oleh itu, Pakatan dihalang
daripada bertanding sebagai sebuah parti tunggal.
Dalam keadaan sedemikian,
dengan penyalahgunaan undang-undang, Pakatan tidak dilayani dengan cara yang
sama dengan BN. Sesungguhnya ia tidak boleh, secara objektif, menjadi faktor
yang berkaitan dalam pelaksanaan budi bicara Yang di-Pertuan Agong di bawah
Perkara 43(2)(b) berkenaan dengan siapa yang mungkin mendapat menguasai
kepercayaan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Apa yang terserlah dalam
pilihan raya umum ini adalah satu pertandingan sengit yang menawarkan satu
pilihan yang mudah dan jelas antara BN dan Pakatan.
Dengan sedemikian, ia adalah
sebuah pilihan yang mudah dan jelas antara Najib dan Anwar sebagai perdana
Menteri. Malah, dalam kempen gaya berpresiden yang diguna oleh Najib, keperibadiannya
sangat ditegaskan, dan bukannya keperibadian Umno atau BN.
Jumlah pengundi 13.3 juta
juga sedar bahawa mereka mempunyai pilihan yang mudah dan jelas ini dalam peti
undi, dan dialu-alukan untuk mengundi di sepanjang garisan itu dalam dua penjuru
pertandingan di semua kerusi yang dipertandingkan.
Agong perlu berpaling, jika
perlu
Dengan latar belakang ini,
tidak tepat untuk berhujah bahawa Najib boleh mengambil kira semua ahli
Parlimen BN apabila mengira sokongan beliau di Dewan Rakyat, tetapi Anwar hanya
boleh mengambil kira ahli Parlimen PKR (tetapi bukan orang lain yang telah
dipilih di bawah DAP, PAS atau parti-parti Pakatan yang lain). Mitos ini perlu
dimusnahkan.
Seperti semua rakyat
Malaysia, Yang di-Pertuan Agong dan penasihat-penasihat istana beliau mengikuti
kempen, pilihan raya dan keputusan dengan teliti.
Yang di-Pertuan Agong berhak
secara berperlembagaan untuk menggunakan pertimbangan beliau secara senyap,
tenang, bebas dan saksama.
Tiada tekanan atau ancaman
yang perlu digunakan untuk mempengaruhi Yang di-Pertuan Agong. Episod yang
memalukan di Sabah pada bulan April 1985 yang menyebabkan perebutan kuasa oleh
Tun Mustapha dan Harris Salleh yang menjadi subjek litigasi dalam Tun Mustapha
Harun v Tun Mohd. Adnan Robert dan Datuk Joseph Pairin Kitigan [1986] 2 MLJ
420, tidak harus diulangi.
Yang paling kritikal adalah
Yang di-Pertuan Agong berhak untuk menerima nasihat undang-undang bebas, iaitu
bebas daripada BN dan Pakatan.
Ini bermakna bahawa Jabatan
Peguam Negara, yang telah bertahun-tahun memberi nasihat undang-undang yang
berat sebelah kepada kerajaan BN, dan peguam negara yang secara berperibadi
terhutang budi kepada Najib dan yang mendakwa Anwar sejak tahun 1998, juga
tidak seharusnya menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam melaksanakan tugas
paling penting beliau sebagai pemerintahan Raja berperlembagaan iaitu,
pelantikan perdana menteri yang seterusnya.
Yang di-Pertuan Agong perlu
berpaling ke arah lain untuk mendapatkan nasihat undang-undang bebas, jika ia
menjadi satu keperluan. (MKINI)
No comments:
Post a Comment