MALANG sungguh kisah rakyat
Malaysia yang pergi bercuti ke luar negara menggunakan penerbangan tambang
murah Air Asia tetapi terpaksa balik menggunakan penerbangan MAS. Jika sebelum
ini melibatkan kejadian di Vietnam, kali ini di Indonesia pulak.
Bezanya adalah kali ini
membabitkan jenazah penumpang yang meninggal dunia semasa bercuti di sana.
Allahyarhamah Fatimah Sudin,
72, meninggal dunia di Hospital Jogjakarta Indonesia (JIH) setelah diserang
angin ahmar dan pendarahan otak ketika melancong bersama rakan-rakannya di
Jogjakarta, Indonesia.
Anak Allahyarhamah, Azlina
Ramli, 46, berkata ibunya Fatimah Sudin, 72, mengalami pening dan muntah
selepas makan malam pada hari Ahad lepas dan dibawa oleh rakannya ke JIH untuk
rawatan.
“Kawan emak hubungi doktor
di sana, doktor sahkan emak alami strok dan pendarahan dalam otak, selepas itu
kawan emak menghubungi saya untuk memberitahu keadaannya,” katanya.
Beliau berkata ibunya
disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 1.55 petang dan pihaknya
menghadapi sedikit masalah logistik dalam urusan membawa pulang jenazah ibunya.
“Urusan membawa keluar
jenazah sepatutnya dilakukan semalam tetapi tergendala kerana masalah
logistik,” katanya.
Jenazah dibawa pulang dengan
penerbangan MAS dan tiba di Malaysia Selasa malam.
Allahyarhamah dilaporkan ke
Jogjakarta menaiki penerbangan tambang murah Air Asia, bagaimanapun syarikat
tersebut enggan membawa pulang jenazahnya dengan alasan ‘tidak mempunyai lesen’
untuk berbuat demikian.
Kelewatan berlaku kerana MAS
tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa
menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta
terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga
selesai.
Sementara itu, Jurucakap MAS
berkata penerbangan menerusi anak syarikatnya, MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo)
menyediakan perkhidmatan membawa pulang jenazah tanpa mengira waktu dan masa.
Jurucakap syarikat
berkenaan, Muhamad Zahid memberitahu, secara asasnya waktu perkhidmatan
berkenaan, termasuklah penghantaran kargo lain beroperasi sehingga pukul 12
tengah malam.
Bagaimanapun, katanya,
MASkargo sentiasa bersiap sedia sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan
selepas waktu berkenaan.
“Perkara ini meliputi juga
penghantaran atau membawa pulang jenazah dari luar negara. Secara asasnya,
perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa dan apabila diperlukan,” katanya.
(Agenda)
AirAsia Bhd menjelaskan syarikat itu perlu mematuhi piawaian dan kesihatan global berhubung isu seorang wanita dan anaknya yang tidak dibenarkan menaiki pesawat AirAsia untuk penerbangan AK1455 dari Ho Chi Minh City ke Kuala Lumpur, 18 Mei lalu.Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Aireen Omar berkata, penumpang itu dihalang menaiki penerbangan itu selepas disah menghidapi cacar air.
ReplyDelete“Penumpang yang menghidap cacar air hanya dibenar terbang lima hari selepas simptom pertama muncul dan harus memiliki sijil perubatan yang sah atau surat doktor yang mengesahkan pesakit layak untuk melakukan perjalanan.
ReplyDelete“Dalam kes ini, wakil kami telah menyediakan bantuan diperlukan kepada ibu dan anak itu, malah telah membuat persediaan untuk menerbangkan mereka kembali ke tanah air bersama dua orang dewasa yang menemani mereka secara percuma, sebaik sahaja kanak-kanak itu sihat sepenuhnya.
ada saja isu melibatkan airasia
ReplyDelete