KUALA LUMPUR : Kajian
persempadanan semula kawasan pilihan raya yang ditangguhkan sejak dua tahun
lepas, akan dimulakan tidak lama lagi secara berperingkat-peringkat.
Timbalan Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata mengikut
Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula boleh
dilakukan setelah tempoh lapan tahun persempadanan kali terakhir tamat.
"Persempadanan semula
terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan persempadanan semula sepatutnya dibuat
pada 2011 tetapi kita tangguhkan hingga pilihan raya umum ke-13 selesai.
"Persempadanan perlu
dilakukan kerana perlembagaan menetapkan setiap lapan tahun, sekurang-kurangnya,
SPR perlu membuat kajian semula kawasan sempadan pilihan raya... justeru kita
akan lakukan secara 'slow-slow' sebelum menyerahkannya kepada Parlimen untuk
tindakan lanjut," katanya kepada Bernama selepas diwawancara dalam program
Hello Malaysia oleh Bernama TV, di sini, malam tadi.
Beliau berkata persempadanan
semula itu amat penting kerana dalam tempoh 10 tahun ini negara mengalami
banyak perubahan termasuk berlakunya penghijrahan rakyat dari bandar ke bandar.
"Sebagai contoh ketika
kita buat persempadanan pilihan raya pada 2003, kawasan Kota Damansara tidak
semaju seperti sekarang. Mutiara Damansara tiada dan malah kini banyak kawasan
setinggan telah dirobohkan dan rumah pangsa dinaikkan, jadi sudah tentu
pengundinya berubah," katanya.
Dalam pada itu, beliau
menyifatkan gesaan pembangkang agar pengerusi SPR dan dirinya meletakkan
jawatan, kononnya kerana pilihan raya kali ini tidak telus, adalah seperti
tidak menghormati perlembagaan negara dan juga Yang di-Pertuan Agong.
Beliau berkata SPR adalah
sebuah badan bebas yang tidak mewakili mana-mana parti dan dilantik melalui
perbincangan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong,
justeru tugas SPR tidak seharusnya diperlekeh.
"Mereka tidak
menghormati perlembagaan dan Agong, sewenang-wenang menyuruh pengerusi dan
timbalan pengerusi meletak jawatan... pembangkang nak lantik siapa? Nak lantik
orang dia?... inilah fikiran orang sempit, fikiran selapis orang panggil.
"SPR tidak telus dari
kaca mata mereka, kita telah lakukan yang terbaik tetapi tetap dituduh tidak
telus... kalau tidak telus dan kalau SPR ini berpihak pada Barisan Nasional,
takkanlah mereka menang 89 kerusi, menang begitu mudah di Selangor dan Pulau
Pinang?," katanya.
Katanya beliau percaya
mereka itu mempunyai agenda lain sama ada berbentuk peribadi atau mahu
memporak-perandakan negara dengan menghasut rakyat dan generasi muda selain
memupuk budaya kebencian. (Bernama)
Dalam menjalankan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya, Suruhanjaya Pilihan Raya mematuhi prinsip-prinsip yang digariskan di bawah Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan. Prinsip yang berikut hendaklah seboleh-bolehnya diambil kira dalam membahagikan mana-mana unit kajian semula kepada bahagian-bahagian pilihan raya menurut peruntukan Perkara 116 dan 117
ReplyDeletei.Di samping mengambil perhatian tentang wajarnya semua pemilih diberi peluang yang semunasabahnya mudah untuk pergi mengundi, bahagian-bahagian pilihan raya patutlah disempadankan supaya tidak merentasi sempadan Negeri dan patutlah juga diberikan perhatian kepada kesulitan bahagian pilihan raya Negeri merentasi sempadan bahagian-bahagian pilihan raya persekutuan;
ReplyDeleteii.Perhatian patutlah diberikan kepada kemudahan pentadbiran yang boleh didapati di dalam bahagian pilihan raya itu bagi mengadakan jentera pendaftaran dan pengundian yang perlu;
ReplyDeleteiii
ReplyDeleteBilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian pilihan raya; dan
iv.Perhatian patutlah diberikan kepada kesulitan yang akan timbul dengan perubahan bahagian-bahagian pilihan raya, dan kepada pemeliharaan hubungan tempatan.
ReplyDeletePROSEDUR-PROSEDUR PERSEMPADANAN
ReplyDeleteLaporan Kajian Semula Persempadanan dengan syor awal persempadanan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Pada masa yang sama, suatu notis dikeluarkan dalam sekurang-kurangnya satu akhbar dan disiarkan dalam Warta, serta dipamerkan di semua bahagian-bahagian pilihan raya selama satu bulan untuk pemeriksaan dan rayuan orang ramai.
Proses persempadanan bermula dengan arahan oleh Ibu Pejabat SPR kepada Pengarah-pengarah Pilihan Raya Negeri mengumpul maklumat-maklumat seperti bilangan pemilih di bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, kemudahan-kemudahan baru yang ada seperti bangunan dan sekolah-sekolah untuk digunakan sebagai tempat pengundiaan pilihan raya dan kemudahan perhubungan dan pengangkutan. Arahan ini dikeluarkan setelah tamat tempoh lat 8 tahun dengan selesainya kajian semula persempadanan sebelum ini.
ReplyDeleteSuruhanjaya mesti mengadakan siasatan tempatan untuk mendengar rayuan yang diterima dalam tempoh pameran itu dari mana-mana Kerajaan Negeri, pihak berkuasa tempatan dan kumpulan 100 orang pemilih dan lebih, dari bahagian-bahagian pilihan raya yang terlibat dengan kajian tersebut.
ReplyDeleteSebaik sahaja selesai siasatan berkenaan, sebarang perubahan kepada syor persempadanan mestilah dipamerkan semula kepada orang ramai untuk tempoh sebulan. Suruhanjaya tidak perlu mengadakan lebih daripada dua siasatan tempatan.
ReplyDeleteCadangan persempadanan yang akhir akan dikemukakan kepada Perdana Menteri untuk dibentangkan dalam Dewan Rakyat bagi mendapatkan kelulusan. Bahagian-bahagian pilihan raya yang baru hanya terpakai apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubar.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2) (ii), persempadanan semula Bahagian-Bahagian Pilihan Raya akan dibuat dalam tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya urusan persempadanan terdahulu
ReplyDeleteSiapakah yang dibenarkan untuk membuat representasi dalam urusan persempadanan bahagian pilihan raya? Mengikut Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan, pihak yang layak membuat representasi (bantahan/cadangan balas) semasa urusan persempadanan ialah Kerajaan Negeri ii- Pihak Berkuasa Tempatan iii- Pemilih berdaftar di dalam kawasan yang terlibat
Dalam keadaan mana siasatan tempatan perlu diadakan bagi bantahan urusan persempadanan? Mengikut Seksyen 7, Jadual ke-13 Perlembagaan Persekutuan siasatan tempatan perlu diadakan apabila bantahan diterima daripada Kerajaan Negeri ii- Pihak Berkuasa Tempatan iii- Tidak kurang daripada 100 orang pemilih berdaftar dalam Bahagian Pilihan Raya berkenaan
Kriteria yang digunakan semasa urusan persempadanan adalah kriteria yang ditetapkan ialah mengikut Seksyen 4 Bahagian 2 Jadual Ke13 Perlembagaan Persekutuan, iaitu: Jumlah pemilih hendaklah lebih kurang sama kecuali bagi kawasan-kawasan luar bandar yang menghadapi masalah perhubungan
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memulakan
ReplyDeletekajian semula persempadanan pilihan raya di negara ini menjelang akhir
tahun ini dan memberi jaminan kepada orang ramai akan ia akan dijalankan
dengan penuh telus.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya akan
ReplyDeletememaparkan draf persempadanan semula kepada orang ramai untuk pengundi
berdaftar, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan untuk
mengemukakan pandangan dan bantahan mereka sebelum menyerahkan laporan
akhir kepada Dewan Rakyat untuk kelulusan.
ReplyDeleteBeliau berkata mana-mana cadangan persempadanan semula sempadan
kawasan pilihan raya memerlukan kelulusan majoriti mudah di 222 kerusi
Dewan Rakyat.
Pembentukan mana-mana kawasan pilihan raya baru memerlukan sokongan dua pertiga.
Ditanya sama ada kawasan pilihan raya baru akan diwujudkan, beliau
ReplyDeleteberkata: "Secara logiknya, perlu ada lebih banyak kerusi kerana terdapat
begitu ramai pengundi baru sejak pilihan raya umum ke-12.
Menurut Perlembagaan Persekutuan Perkara 113 (2)(ii) persempadanan
ReplyDeletesemula kawasan pilihan raya boleh dibuat dalam tempoh tidak kurang
daripada lapan tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun daripada siapnya
kajian sebelumnya.
ReplyDeleteWan Ahmad berkata Perlembagaan Persekutuan memberi maksimum dua tahun bagi suruhanjaya itu untuk melengkapkan kajian.
Persempadanan semula terakhir dilakukan adalah pada 2003 dan
persempadanan semula sepatutnya dibuat pada 2011 tetapi SPR telah
menangguhkannya sehingga pilihan raya umum ke-13 selesai.
Menjawab dakwaan bahawa SPR akan cuba menggerimander kawasan pilihan
ReplyDeleteraya agar ia memihak kepada Barisan Nasional, Wan Ahmad berkata: "Ramai
orang yang tidak tahu bagaimana kajian dijalankan dan hanya percaya
dengan beberapa parti politik yang menuduh kami tidak menjalankan tugas
mengikut undang-undang."
Mengenai kenapa kawasan bandar kecil mempunyai lebih ramai pengundi
ReplyDeletedaripada kerusi luar bandar yang besar, Wan Ahmad berkata ia adalah
untuk memastikan bahawa semua pengundi di kawasan separa bandar dan luar
bandar bandar mempunyai akses yang munasabah terhadap perkhidmatan oleh
wakil-wakil rakyat mereka dan majlis-majlis tempatan
Sebagai contoh, Wan Ahmad berkata kawasan Parlimen Puchong mempunyai
ReplyDelete107,010 pengundi tetapi penduduk dapat menikmati akses yang baik kepada
perkhidmatan dan wakil rakyat boleh bergerak di seluruh kawasan pilihan
raya dalam tempoh beberapa jam dengan kenderaan.
Kawasan pilihan raya di Parlimen Silam di Sabah, dari sisi lain pula
ReplyDeletehanya mempunyai 51,662 pengundi tetapi kawasannya adalah jauh dan besar
seperti Negeri Sembilan dan Melaka yang digabungkan, katanya.
Bagi memastikan kewajaran pengundi yang sama, kita perlu untuk
ReplyDeletememperluaskan sempadan Silam lebih jauh dan ini tidak adil kepada
pengundi kerana ia akan membuatkan lebih sukar bagi mereka untuk
mendapatkan perkhidmatan daripada wakil-wakil rakyat dan majlis
tempatan," kata Wan Ahmad.
Mengenai kenapa Putrajaya hanya mempunyai 15,791 pengundi dan
ReplyDeletedianggap sebagai kawasan Parlimen tunggal manakala kawasan sekitarnya
mempunyai lebih pengundi, Wan Ahmad berkata: "Ini adalah kerana kawasan
Putrajaya telah ditubuhkan bukan oleh perangkaan sempadan semula tetapi
oleh Akta Parlimen berikutan penubuhan pusat pentadbiran.
ReplyDeleteOleh itu, adalah tidak mungkin untuk menggabungkan Putrajaya dengan mana-mana kawasan Parlimen jiran."
Sementara itu, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,
ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menyokong perangkaan semula
sempadan pilihan raya walaupun majoriti dua pertiga tidak diperlukan
untuk menjalankannya (melainkan jika ia melibatkan penciptaan kawasan
baru).