Thursday, 9 May 2013

BUKTI RAKYAT TOLAK PEMBANGKANG






LAHAD DATU: Kemenangan Barisan Nasional di DUN Tungku melalui calonnya, Datuk Mohd Suhaili Said membuktikan isu keselamatan pencerobohan bersenjata Sulu yang menjadi momokan pembangkang untuk meraih undi berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke13 ditolak Rakyat.

Beliau berkata, rakyat di Gugusan Labian, kawasan insiden itu berlaku termasuk rakyat di seluruh daerah Lahad Datu mengetahui kebenaran krisis yang mencalit sejarah kedaulatan negara itu bukan konspirasi politik.

"Sebaliknya, rakyat tahu hanya kerajaan BN yang membela nasib mereka, pasukan keselamatan yang menjaga keselamatan, mempertahankan hak serta kedaulatan negara. Rakyat undi BN kerana yakin dengan kerajaan yang diterajui pemimpin BN," katanya ketika dihubungi di sini, kelmarin.

Malah menurut Suhaili, khabar berlakunya huru-hara pada hari pengundian ynag tersebar sebelum hari pengundian langsung tidak diendahkan rakyat.

Ini kerana rakyat sudah matang dalam mengendalikan khabar angin yang semata-mata memporak porandakan keamanan, terutamanya di kampung-kampung Gugusan Labian.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih dan syabas kepada pengundi di DUN Tungku kerana telah membuktikan kematangan mereka dalam menentukan masa depan kepimpinan negara. Penghargaan juga untuk jentera BN yang bekerja keras selama tempoh berkempen PRU13," katanya.

Suhaili yang mempertahankan DUN N49 Tungku buat kali ketiga berkata segala janji PRU13 akan dilaksanakannya bersama kekuatan kepimpinan Parlimen Silam yang turut dikuasai calon BN.

Pada Ahad lalu, Suhaili menang apabila mendapat 7,848 undi dengan majoriti 5,484 undi.

No comments:

Post a Comment