KOTA KINABALU: Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Likas, Junz Wong Hong Jun berjanji akan melaksanakan apa
jua tugas berhubung dengan komuniti Islam di kawasan terbabit.
Beliau berkata, ketika
kempen pilihan raya umum beliau berasa ada jurang antara komuniti muslim yang
merupakan sebilangan populasi di Likas.
"Kekurangan sumber dan
kuasa utama DAP juga menjadi antara faktor itu. Namun saya gembira kerana kami
juga mempunyai pengundi muslim," katanya
Junz memenangi kerusi Likas
dengan sebanyak 7,746 sekaligus menewaskan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee yang
hanya mendapat undi 1,287, BN-LDP, Chin Shu Ying dengan 2,094 undi dan STAR, Ho
Cheong Tsun dengan 155 undi.
Sebagai calon baru, beliau
berkata tekanan yang dihadapi adalah lebih kepada pemimpin kanan DAP.
"Saya memang yakin
untuk menang tapi tidak pasti jika mesej yaang kami sampaikan itu akan diterima
rakyat," katanya.
Junz menyifatkan kemenangan itu
adalah disebabkan momentum pembangkang yang kukuh dan beliau hanya penyumbang
kecil.
"Rakyat sudah bersedia
menukar kerajaan... menjadi calon baru adalah satu kelebihan kerana mungkin
mereka ingin melihat pemimpin yang baru," katanya.
Mengulas mengenai strategi
DAP, beliau berkata rakyat hanya menerima matlamat parti dengan mengundi untuk
sistem yang lebih baik dan bukannya berdasarkan peribadi seseorang.
"Perjuangan ini adalah
antara penduduk tempatan dan pendatang tanpa izin, jadi pengundi bersatu untuk
menentang isu ini dan mereka mengundi untuk pakatan rakyat (PR)," katanya.
No comments:
Post a Comment