POLIS hari ini menahan MP
Batu Tian Chua, akvtivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam
operasi berasingan, dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan
penipuan pilihan raya pada Sabtu ini.
Tian Chua dalam tulisannya
di Twitter hari ini menyebut, beliau ditahan sejurus sebelum melepasi
pemeriksaan keselamatan di lapangan terbang LCCT kira-kira tengahari.
"Sekarang saya dibawa
dalam kenderaan polis (menuju) Balai Polis Jinjang," katanya.
Menurutnya lagi, polis
menahannya berhubung siasatan mengikut Akta Hasutan.
Sementara itu, pemimpin NGO
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) berkata, beliau juga sedang dicari polis.
"Di KL, baru dihubungi
isteri, maklumkan sekumpulan polis datang mencari saya di rumah ibu di
Seremban, saya mohon masa tiga minggu berunding macam (dengan penceroboh)
Sulu," tulisnya di Twitter.
Sementara itu, setiausaha
agung PSM S Arutchelvan dalam satu tulisan di Facebook pula berkata Haris, yang
mengetuai NGO Asalkan Bukan Umno, ditahan oleh lima orang anggota polis ketika
sedang makan tengahari di Segambut.
Haris pagi ini muncul di
bangunan kompleks mahkamah Kuala Lumpur bagi menyatakan sokongan ke atas
aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim yang dituduh mengikut Akta Hasutan hari
ini.
Beliau turut berucap dalam
forum mengenai dakwaan penipuan pilihan raya di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur dan Selangor pada 13 Mei lalu.
Sementara itu, peguam Malik
Imtiaz Sarwar ketika dihubungi berkata Haris turut disiasat mengikut Akta
Hasutan.
Beliau juga berkata, aktivis
PAS, Tamrin Ghafar yang turut berucap di forum sama, juga ditahan pada hari ini
dalam satu operasi polis di Bangsar.
Katanya, Tamrin juga dibawa
ke balai sama yang kini menempatkan Haris dan Tian.
Operasi berkenaan
berlangsung walau jurucakap bagi penganjur perhimpunan, Badrul Hisham Shaharin
telahpun menafikan bahawa ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan seperti
'Arab Spring' seperti yang didakwa pihak berkuasa.
Sebaliknya, perhimpuan di
Petaling Jaya pada Sabtu ini adalah 'Festival Rakyat' untuk mengembalikan hak
demokrasi kepada rakyat, katanya.
Gabungan 50 NGO yang menjadi
penganjur acara berkenaan dijangka menampilkan bukti dan saksi mengenai dakwaan
penipuan pilihan raya dijangka akan ditampilkan ladam perhimpunan berkenaan di
padang berhampiran Amcorp Mall.
Antara yang dijangka
mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut adalah NGO Suaram, Solidariti
Anak Muda Malaysia, Asalkan Bukan Umno, Tindak Malaysia, Parti Sosialis
Malaysia dan Parti Rakyat Malaysia.
Mahu sahaja kaum cina diperbodohkan Anwar. Dua Perhimpunan yang sudah diadakan oleh Anwar, pertama pada 8 Mei 2013 di Stadium Kelana Jaya dan kedua semalam, di stadium Batu Kawan rata-rata disertai kaum cina.
ReplyDeleteAnwar memilih stadium yang kecil-kecil, agar berlaku kesesakan, bukan itu, sahaja Anwar mahu akan berlaku kematian dikalangan yang hadir, supaya emosi daripada kalangan peserta meningkat; dan dengan itu akan menimbulkan rusuhan.
Di hati Anwar, dia mahukan rusuhan berlaku, atas sebab itu, ucapan-ucapannya penuh dengan hasutan dan tipu muslihat. Namun setakat ini, hasutan untuk merusuh belum belaku, walaupun himpunan itu menganggu orang ramai.
ReplyDeleteAnwar mahukan pihak polis bertindak menyeruaikan peserta, namun taktik itu sudah dibaca oleh pasukan polis, atas sebab itu, gelagat Anwar dibiarkan, selagi tidak menganggu ketenteraman awam.
Anwar begitu terdesak, kerana gagal menduduki Putrajaya sepertimana yang beliau janjikan kepada pemberi dana luar negara.
ReplyDeleteMerdeka Center dan Bersih yang mendapat dana daripada Amerika Syarikat, sejak 5 tahun lalu, menjalankan berbagai propaganda fitnah, termasuk menyalahgunakan kajian ilmiah yang dimanipulasikan.
Anwar bolehlah menipu kaum-kaum cina yang menyokong Pakatan pada PRU-13. Pada Pru itu, 89 peratus kaum cina menyokong Pakatan; tetapi Anwar lupa bahawa daripada 222 kawasan Parlimen, 133 kawasan menolaknya.
ReplyDeleteTiba-tiba sahaja puak
ReplyDeletePakatan Rakyat, terutama pecacai mereka, terkesima apabila polis tanpa
sebarang pemasyhuran telah memulakan operasi menahan beberapa pemimpin
Pakatan Rakyat di bawah Akta Hasutan. Mereka yang sebelum ini begitu
berkeyakinan, tiada sebarang peruntukan undang-undang yang boleh
digunakan lagi untuk menahan, dan menghalang perlakuan khianat mereka,
tiba-tiba seperti terkena renjatan elektrik apabila Akta Hasutan
digunakan oleh pihak polis.
N.Surendran,
ReplyDeleteNaib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Padang Serai dan juga peguam
Adam Adli, dalam hujah pembelaannya di Mahkamah Sesyen menyatakan bahawa
Akta Hasutan adalah sebuah akta yang lapuk dan sepatutnya sudah
dimansuhkan.
N.Surendran
ReplyDeletemerupakan antara yang paling lantang menyatakan kononnya Akta Hasutan
sudah pun dimansuhkan, walaupun sebenarnya seperti yang dinyatakan oleh
Hakim Mahkamah Sesyen pagi tadi, akta tersebut masih dalam kajian
pemansuhan dan pada peringkat pra-matang.
penangkapan beberapa orang
ReplyDeletetermasuklah Haris Ibrahim, Tian Chua dan Tamrin Ghafar, dilihat ramai
sebagai permulaan langkah dan persediaan untuk penangkapan besar-besaran
melibatkan beberapa nama besar seperti Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang,
Lim Guan Eng dan sebagainya. Adam Adli yang telah ditangkap, ditahan
reman selama beberapa hari dan kemudian dijadikan sebagai umpan untuk
membangkitkan sentimen di kalangan golongan muda pro Pakatan Rakyat,
telah pun dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen dengan seorang penjamin dan
bakal dibicarakan pada 2 Julai nanti.