Saturday, 4 May 2013

KINABALU MALANG JIKA PILIH DAP?





Oleh : JOHANIS BALA

PRU-13 adalah pilihanraya paling malang jika para pengundi terus memilih Calon Pakatan Rakyat (DAP) Jimmy Wong kerana meneruskan tradisi dokumen palsu yang menconteng arang kemuka Parti Dominasi Cina tersebut setelah Ahli Parlimen sebelum ini, Hiew King Cheu didapati menggunakan Ijazah Kedoktoran Palsu!


Seorang penggundi berdaftar di Kota Kinabalu, C.K.Yong, ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi, menggunakan kesempatan terakhir ini untuk mengingatkan rakyat Sabah, terutama pemilih berdaftar Kota Kinabalu agar menggunakan kebijaksanaan mereka memilih calon yang layak; bukannya 'Penyelia Parit' atau 'Tukang Fotokopi' atau 'Penjaga Tandas'.

"Jika Jimmy Wong boleh memalsukan Sijil Anak Negeri atau menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu untuk mendapatkan keuntungan peribadi; apa jaminan yang DAP boleh berikan beliau tidak bertindak lebih daripada itu; termasuk menabur janji palsu yang tidak mungkin tertunai," kata C.K.Yong yang mengakui Jimmy turut gagal mematuhi Undang-Undang pihak berkuasa tempatan kerana membina rumah di atas reserve jalan atau Open Space tanpa kelulusan.

Berhubung Sijil Anak Negeri Palsu, C.K.Yong menegaskan bahawa pada 27 Mac 2012, Lembaga Pegawai yang dilantik oleh Yang Dipertua Negeri telah mengemukakan perakuan kepada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu bagi melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Tanjong, Jimmy Wong.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Hajiji Haji Noor, berkata Ahli Lembaga yang dilantik itu telah membuat penyiasatan, penelitian dan perakuan untuk membatalkan Sijil Anak Negeri itu berdasarkan sebab-sebab berikut:

“Maklumat keturunan yang dituntut oleh Jimmy sebagai Sino Kadazan adalah bercanggah dengan salasilah keturunan Jimmy sebenar. Di mana tidak setitik pun darah keturunan Kadazan mengalir dalam tubuh Jimmy kerana kedua ibu bapanya adalah keturunan Cina, sebagaimana dicatatkan dalam sijil lahirnya.

“Atas sebab itu Lembaga Pegawai mendapati Jimmy tidak memenuhi Seksyen 2 (1) Ordinan Tafsiran Anak Negeri (Bab 64). Keputusan Lembaga Pegawai ini telah pun dikemukakan kepada Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu untuk melaksanakan keputusan membatalkan Sijil Anak Negeri Jimmy,” katanya.

Bagaimanapun Hajiji berkata, pengwujudan Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu baru sahaja diwartakan pada Disember 2011, maka keputusan lembaga pegawai itu hanya akan dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sehubungan itu, C.K.Yong mencabar Jimmy agar mengembalikan semua tanah NCR yang telah didaftarkan atas nama beliau sebelum boleh mendakwa dirinya sebagai pemimpin untuk masa hadapan sebelum turun membuang undi esok.

No comments:

Post a Comment