Saturday, 4 May 2013

BUMBURING, BILA MAU TELANJANG?






Saudara Pengarang,

KETIKA PRU-10 yang berlangsung pada tahun 1999, Wilfred Bumburing tewas dalam pertandingan di DUN Tamparuli; ketika itu menentang calon PBS, Edward Linggu.

Pada ketika itu jugalah Wilfred berjanji akan 'telanjang bulat' berjalan kaki dari pekan Tenghilan hingga ke Kiulu. Ini merupakan satu janji yang harus ditepati dalam konteks kepimpinan politik.

Wilfred jelas sombong ketika itu dan menganggap dirinya hebat! Wilfred Bumburing juga dilihat sebagai seorang pemimpin KDM yang sombong dan angkuh serta berlakon dan berlagak sebagai hero yang membela nasib kaum KDM.

Namun apabila kita 'membaca' pergerakan politik Wilfred, beliau jelas tidak konsisten dalam kedudukannya.

Pemimpin seperti Wilfred ini bukan saja harus ditolak, beliau juga seharusnya ditentang habis-habisan kerana umum melihat bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang mendahulukan aspirasi rakyat.

Dalam konteks ini juga, status Wilfred yang bertanding atas tiket PKR di Tuaran dipersoalkan banyak pihak. Apakah kedudukan politik sebenar beliau? Wilfred tidak seharusnya memperkudakan PKR untuk membohongi rakyat.

Wilfred memang sudah terkenal sebagai 'pengkhianat' kepada bangsa KDM. Pemimpin seperti Wilfred harus 'dikuburkan' kerana jika dibiarkan beliau boleh merosakkan imej kepimpinan KDM di mata rakyat nasional!

Salam Hormat.

SENJA PERMAI

No comments:

Post a Comment