BEAUFORT : Pengerusi
Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang juga calon PKR bagi Dewan
Undangan Negeri (DUN) Klias dan Parlimen Beaufort Datuk Seri Lajim Ukin
mengumumkan secara rasmi keluar dari Umno setelah meletakkan jawatan sebagai
Anggota Majlis Tertinggi (MT) Umno Julai tahun lepas.
Beliau yang juga bekas
timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata sebelum ini beliau
masih menjadi anggota Umno setelah meletakkan semua jawatan dalam parti dan
kerajaan.
"Ini cuma sebagai
pengumuman rasmi. Bagaimanapun sejak menyertai Pakatan Rakyat saya anggap telah
keluar dari Umno kerana saya hanya menunggu Lembaga Disiplin Umno memecat saya
namun sehingga sekarang tindakan itu masih belum dilaksanakan.
"Yang anehnya ahli Umno
yang bertanding atas tiket Bebas pada PRU13 ini dipecat serta merta kerana
menyalahi peraturan parti. Saya melakukan perkara yang sama tetapi tidak juga
dipecat," katanya pada sidang media di kediamannya di sini.
Lajim berkata sehingga kini
beliau tidak tahu mengapa Umno tidak mengambil apa-apa tindakan terhadapnya,
dan ini mungkin akan menjadi isu.
"Saya akan menghantar
borang keluar dari Umno selepas pilihan raya nanti," katanya. (Bernama)
No comments:
Post a Comment