Sunday 22 April 2012

TINJAUAN MESRA NAJIB CERIAKAN PENDUDUK



TINJAUAN mesra Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lebih dua jam ke Pasar Taman Mawar dan Bandar Kim Fung pagi Sabtu begitu menceriakan masyarakat kedua-dua lokasi tumpuan awam di Sandakan itu, termasuk golongan peniaga dan pelanggan.

Rakyat pelbagai kaum, tua, muda dan kanak-kanak berpusu-pusu ingin bersalaman dengan Najib sebaik sahaja Perdana Menteri yang diiringi Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman tiba bagi meneruskan program tinjauan mesra di situ.

Malah ada peniaga yang meninggalkan gerai atau premis perniagaan mereka semata-mata untuk bergambar bersama Najib kerana bagi mereka peluang untuk berjumpa atau bersemuka dengan pemimpin negara yang begitu sibuk dengan tugas harian bukan sesuatu yang lumrah.

"Inilah kali pertama berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib. Beliaulah juga Perdana Menteri pertama Malaysia yang melawat pasar ini. Saya memang amat gembira dapat berjumpa dengan Perdana Menteri. Malah dia (Najib tidak hampakan permintaan saya untuk bergambar dengannya.

"PM kata 'saya beri dua minit, cepat-cepat ambil gambar', sayapun terus ambil gambar. Saya akan besarkan gambar saya dengan Perdana Menteri dan menggantungkannya di kedai saya ni," kata seorang peniaga Wong Yuen Fah kepada Bernama di sini hari ini.

Wong, 41, berharap Najib akan terus berusaha membangunkan rakyat di manapun mereka berada kerana berpendapat yang penting bagi rakyat ialah negara membangun, rakyat mudah mencari rezeki, tidak hidup menderita dan ini boleh dilakukan jika semua pihak mencontohi sikap dan kerja keras Najib.

Peniaga kuih cakui dan campiang, Tung Chan Wun, 56, juga tidak dapat menahan kegembiraannya dengan wajahnya yang sentiasa riang apabila Najib yang melalui gerainya tidak semena-mena singgah dan memerhatikan dia mencanai tepung cakui dan kuih campiang.

"Dia tanya saya bagaimana cara canai tepung supaya cakui kembang bila digoreng. Dia juga tolong saya goreng kuih cakui. Saya cukup gembira kerana inilah pertama kali saya bersemuka dengan dia. Dia orang bagus, dia mahu singgah di gerai saya," kata Tung yang sudah berniaga di Pasar Kim Fung sejak 27 tahun lalu.

Ketika Najib duduk bersama beberapa warga emas di gerai makan di Pasar Kim Fung pula, Liew Min Shiong, 77, dan Ngo Nyuk Han, 74, sempat meluahkan rasa hati mereka yang belum menerima bantuan Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah sejak tiga bulan lalu.

"Ramai di kalangan kami belum mendapat bantuan RM300 sejak bulan November tahun lalu. Saya harap masalah ini dapat diatasi," kata Liew yang mengakui begitu gembira bertemu Najib serta kegembiraannya menerima RM500 melalui Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Seorang lagi warga tua, Yong Ban Yang, 83, pula berkata dia pernah terlewat menerima bantuan selama setahun dan sudah membuat aduan namun sehingga ke hari ini belum mendapat bantuan RM300 itu daripada Jabatan Perkhidmatan Kebajkan Am Sabah.

Ketika di Pasar Taman Mawar, seorang warga emas, Cho Kiew Moi, 80, yang berpeluang duduk bersebelahan dengan Najib ketika bersarapan pagi amat gembira kerana memperoleh kesempatan bersarapan dengan pemimpin berjiwa rakyat nombor satu negara itu.

Cho menyifatkan Najib sebagai seorang pemimpin rakyat kerana rajin turun padang berjumpa rakyat dan meluangkan masa bersama mereka tidak kira di mana.

"Beliau merupakan seorang pemimpin berjiwa rakyat kerana sanggup turun berjumpa rakyat di mana sahaja rakyat berada. Saya beruntung dapat berjumpa dan bersarapan bersama Perdana Menteri," katanya.

Seorang lagi penjaja, Ng Siu Ha, 62, berkata dia tidak menyangka Najib sanggup turun ke pasar dan berjumpa dengan mereka yang menjalankan perniagaan di pasar tersebut.

Menurutnya peluang berjumpa dan bersalaman dengan Najib hari ini merupakan satu detik bersejarah dalam dirinya kerana dapat berjumpa dengan pemimpin nombor satu negara itu.

"Biarpun Najib hanya meluangkan masa tidak lama di pasar tetapi kesempatan dapat berjumpa dengan Perdana Menteri itu sudah tentu menjadi peristiwa penting kepada pasar dan penjaja," katanya. (Bernama)

23 comments:

  1. Nampaknya penduduk di sekitar Taman Mawar dan Bandar Kim Fung gembira dengan kunjungan Najib ke tempat mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunjungan PM diharap dapat melihat sendiri keperluan rakyat.

      Delete
    2. Mungkin lagi gembira lagi kalau penubuhan RCI diumumkan.

      Delete
  2. Najib ialah PM yang cool dan mesra rakyat.

    ReplyDelete
  3. Peranan PM, jadi memang sepatutnya PM beramah mesra dengan rakyat.

    ReplyDelete
  4. jika dibandingkan dengan perdana menteri sebelum beliau, Najib lebih banyak menjejakkan kaki ke Sabah walaupun baru empat tahun menduduki jawatan nombor satu negara itu.. agaknya itulah salah satu kelebihan Najib yang tidak ada pada pemimpin2 terdahulu.. syabas!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang banyak transformasi yang dibuat oleh Najib. jadi, sikap dan kepimpinan beliau pun memang ada kelebihan daripada yang lain.

      Delete
  5. Najib mmg amat suka mendekati rakyat.

    ReplyDelete
  6. Teruskan mendekati rakyat bagi memastikan dapat melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  7. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak's popularity rating has been rising steadily since 2009, according to a poll conducted by the International Islamic University of Malaysia (IIUM).

    ReplyDelete
  8. The study on the popularity of five Malaysian leaders, conducted by IIUM's Media and Election Studies Unit, also found that former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad had very much maintained his popularity since leaving office in 2003.

    ReplyDelete
  9. Three other personalities in leadership roles -- Parti Keadilan Rakyat de facto chief Datuk Seri Anwar Ibrahim, Pas spiritual adviser and Kelantan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat and Penang Chief Minister Lim Guan Eng -- saw their popularity decline considerably.

    ReplyDelete
  10. Datuk Prof Syed Arabi Idid of IIUM's Communications Studies Department led the study, from March 2008 to July 2011, with his research coordinator Azrul Hisyam Wakichan.

    ReplyDelete
  11. An average sample of 1,500 respondents -- Malay, Chinese and Indian registered voters -- were asked how satisfied they were with the leadership qualities of the five leaders.

    ReplyDelete
  12. Syed Arabi attributed Najib's improved rating to his consistent effort to touch base with the people and steer the country to a promising future.

    ReplyDelete
  13. The study clearly indicated that Malays, Chinese and Indians now found Najib favourable, he said.

    ReplyDelete
  14. In October 2008, 35 per cent of the Malay, 33 per cent of the Chinese and 41 per cent of the Indian respondents noted that they were satisfied or very satisfied with Najib, but by July 2011, their approval increased to 59 per cent, 45 per cent and 62 per cent, respectively, he said.

    ReplyDelete
  15. On the flagging popularity of Anwar, Nik Aziz and Guan Eng, he said it was probably contributed by current issues and their failure to achieve a common ground in many issues.

    ReplyDelete
  16. In a nutshell, people are finding Najib more acceptable now as their leader: as stated by Syed Arabi who has been conducting studies on the popularity of political personalities since 1989.

    ReplyDelete
  17. Azrul, who coordinated the study, said Malaysians still held in high esteem Dr Mahathir and his legacy.

    ReplyDelete
  18. An average of 74 per cent of the respondents polled were in favour of Dr Mahathir throughout the four-year study period, he said.

    ReplyDelete
  19. He noted that Malaysians saw Dr Mahathir as a proven leader and a man who still spoke his mind without fear or favour.

    ReplyDelete
  20. Even after retiring as a private citizen, the people of Malaysia still see him (Mahathir) as an exemplary leader.

    ReplyDelete