Oleh : CLARA CHOOI (TMI)
UNTUK kali pertama sejak 22 tahun lalu, Parlimen membenarkan usul 'berhentikan jam' untuk melengkapkan segala perbahasan hingga awal pagi tadi sebelum menangguhkan perkara yang dipercayai berada di peringkat akhir sebelum pilihan raya umum ke 13.
Dewan telah membahaskan dan meluluskan lapan Rang Undang-undang pada sidang dewan yang terakhir apabila tamat pada 3.21 pagi. Sebelum itu, Dewan berhenti seketika bagi Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengusulkan memberhentikan masa menurut undang-undang Parlimen.
“Yang di Pertua, menurut Arahan 90 (2), saya mencadangkan usul untuk menghentikan perintah Arahan Tetap 12 bagi membenarkan mesyuarat menyelesaikan semua perkara yang harus diselesaikan hari ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu.
Arahan Tetap 12 menyatakan setiap sidang Dewan Rakyat dibenarkan untuk mencecah tempoh 5.30 pagi bagi melengkapkan perbahasan pada hari tersebut.
Usul itu disokong timbalan Nazri, Datuk V.K. Liew, dan diluluskan.
Usul itu membenarkan Dewan Rakyat untuk dilanjutkan bagi melengkapkan perbahasan dan meluluskan lapan rang undang-undang yang telah disenaraikan untuk slot semalam.
Bercakap kepada pemberita, Nazri berkata ini adalah kali pertama sejak 1990 usul berkenaan di buat dan diluluskan di Parlimen.
“Saya telah menjadi pengamal undang-undang sejak 1990 jadi ingatan saya hanya setakat 1990. Sepanjang pengetahuan saya, ia belum pernah berlaku. Ini adalah kali pertama sejak 22 tahun,” katanya.
Ahli Parlimen itu yang turut diapit oleh rakan Parlimen yang lain di luar dewan berkata, ia adalah saat bersejarah dalam sejarah Malaysia, dalam keadaan berjenaka turut menjangkakan pilihan raya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Selepas usul 'menghentikan jam' itu, hanya tinggal 37 Ahli Parlimen BN, sekitar 17 Ahli Parlimen PR dan seorang Ahli Parlimen bebas di dalam Dewan Rakyat, yang mana bersedia untuk membahaskan satu rang undang-undang dan lima usul kementerian yang berada dalam agenda untuk hari tersebut.
Beberapa ahli Parlimen turut kelihatan mundar-mandir di sekitar lobi Parlimen, dan ada yang membincangkan perkara pada hari itu, dan yang lainnya bergurau dengan pemberita memerhatikan sidang Dewan.
Beberapa ahli Parlimen turut mengambil gambar di hadapan TV bersebelahan Dewan, yang menyiarkan perbahasan yang terus berjalan. TV berkenaan turut memaparkan jam analog yang memperlihatkan masa pada ketika itu.
Awal hari berkenaan, Pakatan Rakyat (PR) telah mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) memaksa lapan rang undang-undang berkenaan untukk dilengkapkan, dan mendakwa ia sebagai sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk meletakkan diri dalam zon selesa sebelum pilihan raya.
Sidang berkenaan yang dianggap bersejarah dengan Dewan mengadakan perbahasan dan meluluskan pemindaan kritikal terhadap akta yang dianggap 'drakonian' oleh pemimpin pembangkang.
Selain itu, sidang berkenaan juga turut bersetuju untuk membincangkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dan meluluskan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012, walaupun terdapat bantahan daripada pembangkang.
Sidang berkenaan turut meluluskan pindaan terhadap Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Auku), yang mana membenarkan mahasiswa untuk terlibat dengan politik.
Lewat malam tadi, Dewan Rakyat membahaskan dan meluluskan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) dan bersetuju menggugurkan kuasa Menteri Dalam Negeri dalam pemberian lesen untuk pembaharuan setiap tahun.
The Malaysian Insider bulan lalu melaporkan Datuk Seri Najib Razak sedang memimpin perikatannya menghadapi pilihan raya buat kali pertama pada pertengahan tahun sekiranya beliau mampu menyelesaikan isu kontroversi Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan Malaysia Airlines (MAS).
Kumpulan pemerhati termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, percaya ia bakal memperlihatkan kemenangan buat Najib di samping sokongan yang diterimanya daripada polisi pembaharuan yang dibuatnya.
Bagi memperlihatkan keyakinannya, kaji selidik baru-baru ini mendapati rating penerimaan Najib telah meningkat 10 peratus kepada 69 peratus selepas peningkatan ekonomi dan pemberian wang tunai RM500 kepada rakyat berpendapatan rendah di bawah Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M).
Merdeka Center mendapati sokongan terhadap perdana menteri itu adalah yang tertinggi dalam kalangan isi rumah berpendapatan RM1,500 sebulan pada kadar 78 peratus, dengan empat per lima adalah India, dan 74 peratus Melayu turut menyokong Najib.
Semoga ada hasil yang positif daripada sidang parlimen ini.
ReplyDeletebiarlah sidang itu membawa manfaat.
DeleteTubuhkan dulu RCI di Sabah sebelum mengadakan PRU13.
ReplyDeleteYup, saya pun berpendapat harus tubuhkan dan laksanakan RCI sebelum PRU13.
DeleteLawatan Najib baru2 ni pun tiada juga pengumuman penubuhan RCI. agaknya bilalah tu?
DeleteKalau mahu menang, rakyat perlu diutamakan.
ReplyDeleteBincangkan bagaimana menangani isu PATI di Sabah lagi bagus..
ReplyDeleteada2 saja la pembangkang ni.. kononnya 8 rang undang2 itu adalah untuk meletakkan BN dalam zon selesa sebelum pilihan raya... bagaimana pula dengan perhimpunan Bersih?? menggulingkan kerajaan sebelum pilihanraya??
ReplyDelete