ANGKATAN Tentera Malaysia (ATM) akan menggunakan keupayaan teknologi canggih bagi meningkatkan keberkesanan usaha membanteras ancaman lanun, rompakan di laut dan kegiatan penyeludupan manusia di kawasan perairan Sabah.
Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkefli Mohd Zin berkata kelengkapan ATM adalah mencukupi dalam Ops Pasir di kawasan perairan Sabah tetapi akan meningkatkan penggunaan teknologi komunikasi dan radar pengesanan yang moden.
"Perairan di sini begitu luas jadi kita perlu radar yang berteknologi tinggi bagi memantau seluruh perairan di sini," katanya dalam sidang media selepas mengakhiri lawatan dua harinya di penempatan Ops Pasir sektor utara Sabah, di sini Sabtu.
Lawatan Zulkefli meliputi enam buah pulau dari lapan pulau yang dikawal ATM di sektor utara perairan Sabah yang menempatkan tujuh pos Ops Pasir dari 15 pos yang dikawal oleh pasukan 10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Beliau berkata program strategi Lautan Biru yang diperkenalkan kerajaan terutamanya dalam kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ATM amat membantu dalam meningkatkan keselamatan di perairan Sabah. (Bernama)
Diharap dengan adanya teknologi canggih ini akan membantu meningkatkan keselamatan perairan Sabah.
ReplyDeleteSemua kementerian atau jabatan memang wajar mengguna dan memanfaat teknologi canggih yang wujud sekarang ni.
DeleteMudah-mudahan juga dapat kurangkan kemasukan PATI ke Sabah.
ReplyDeletePerlu perketatkan lagi tahap kawalan di sempadan negeri.
DeleteATM pun harus menggunakan bahan yang up to date supaya tidak ketinggalan dalam strategik kawalan Negara.
ReplyDeletebagaimana dengan kemasukan PATI?? adakah teknologi canggih ini juga bertujuan untuk mengesan PATI yang cuba menyusup masuk?? tidak ada dalam penjelasan diatas bahawa PATI termasuk dalam sasaran mereka..
ReplyDeleteapa2pun syabas, dan saya harap penggunaan teknologi canggih ini berkesan dalam mengawal sempadan perairan Sabah.. namun bagi saya kecanggihan alat pengesan tidak banyak membantu kerja2 ATM jika tidak disertai dengan kecanggihan jentera untuk menjejaki atau mengejar penjenayah di lautan..
ReplyDeletemoga teknologi ini, ia dpt menghalang pencerobohan ke negara kita.
ReplyDeleteSatu usaha yang baik untuk ATM bagi memastikan keselamtan di Sabah akan terus kekal terjamin dan dapat membenteras jenayah.
ReplyDelete