Wednesday 13 June 2012

KEMENTERIAN PELAJARAN PENGHALANG RCI?




Oleh : MUTALIB M.D

KEMENTERIAN Pelajaran Malaysia (KPM) disifatkan sebagai penghalang penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dan melanggar Akta Imigresen dengan menggaji Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang menggunakan kad pengenalan palsu sebagai Guru Penolong Kanan di SMK Balung, Tawau.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi, menjelaskan bahawa KPM langsung tidak mempedulikan pelbagai aduan yang dibuat termasuk beberapa laporan polis dan perbahasan di Parlimen; malah terus melindungi Guru Penolong Kanan berkenaan, Arsad Bin Haji Alwi dengan membenarkan beliau terus berkerja di sekolah berkenaan.

"Arsad sewajarnya ditangkap dan dihadapkan segera ke mahkamah pengadilan kerana pemilik asal kad pengenalan berkenaan iaitu A Ramlee Rasim telah membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud baru-baru ini. Tetapi kita hairan kenapa Arsad terus dibenarkan mengajar dan tidak digantung kerja. Kenapa ada double standard dalam kes ini," tanya Citra yang telah membuat laporan susulan di Balai Polis Karamunsing bersama-sama dengan Ketua AMK Sabah, Mohd Serman Bin Hassnar dan AJK AMK  iaitu Felix W Salayab.

Ketika rakyat Sabah melaungkan RCI dalam nada serentak, KPM pula kata Citra berterus membela Arsad sedangkan pada dasarnya Arsad telah melakukan kesalahan jenayah yang terbesar iaitu melakukan penderhakaan kepada DYMM Yang dPertuan Agong; malah mungkin menjual rahsia negara kepada pihak luar.

"Kedudukan Arsad sebagai Guru Penolong Kanan di SMK Balung dan di beberapa sekolah menengah sebelum ini telah mencemarkan nama baik KPM dan Kerajaan Malaysia yang terlepas saringan keselamatan, terima ketika mengesahkan jawatan beliau," kata Citra yang bimbang anasir subversif menyusup ke dalam perkhidmatan awam di Malaysia jika tapisan keselamatan senang dibolosi.

Kata Citra, AMK Simpati dengan dengan pemilik asal kad pengenalan berkenaan yang kehilangan segala-galanya termasuk hak untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan setelah Arsad menggunakan identitinya sejak 1990-an.

"Jika PATI begitu mudah memasuki Universiti Sains Malaysia yang menjadi kebanggaan negara dan kemudian dengan mudah menjadi guru sehingga tahap DG44, apalah ertinya kawalan Imigresen dan sistem perundangan di Malaysia? Tidak hairanlah jika lebih 1.5 juta pati sudah berada di Sabah," ujar Citra yang mendesak agar Kuasa Imigresen dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagaimana Sarawak.




Sehubungan itu, Citra mendesak agar Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran menubuhkan Jawatankuasa Khas menyiasat kes Arsad kerana begitu ramai PATI telah dilantik sebagai Guru dan kes Arsad hanya salah satu contoh yang paling ketara.

Berikut Laporan Polis TANJONG ARU/002777/12 yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Mohd Serman Bin Hassnar bersama Citra dan rakannya;

"Pada hari ini, 11.06.2012 saya bersama rakan Citra Bin Masadi (Mykad no. 731008-12-5377) dan Felix W Salayab (Mykad no. 770215-12-5857) membuat laporan polis berkaitan Kunak/Rpt/000641/12 iaitu lanjutan daripada laporan polis yang dibuat Pengarah Komunikasi Cabang PKR Silam, Djapri Kudosat pada 9 Mac 2012 melalui laporan KUNAK/641/12 kami datang ke balai untuk membuat laporan lanjutan berhubung kes Guru Penolong Kanan SMK Balung, ARSAD BIN HJ ALWI yang dikenalpasti menggunakan dokumen palsu (kad pengenalan lama) milik A Ramlee @ Ramli Bin Rasim iaitu H0740273 untuk menjadi guru di sekolah berkenaan. Setelah menjalankan siasatan rapi dan berdasarkan laporan lengkap vvww.sabahkini.net (salinan dilampirkan), maka kami datang ke balai polis membuat laporan agar PDRM menjalankan siasatan segera dan menangkap Arsad yang menggunakan dokumen palsu kerana menyalahi Undang-Undang Malaysia dan mencabul Perlembagaan Persekutuan bagi mengelak isu ini menjadi penghalang utama penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)."

21 comments:

  1. apabila RCI ditubuhkan nnti, pasti guru tersebut akan disiasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siasat sesiapa saja yang meragukan kewarganegaraannya

      Delete
  2. Disebabkan kes seorang guru ni saja tidak mungkin RCI akan dapat dihalang dari terus ditubuhkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak bayangkan kuasa seorang guru dapat menghalang pertubuhan RCI?

      Delete
  3. kalau betullah ada PATI yang pegang jawatan dalam kerajaan, memang bahaya ni. Sebelum tambah kritikal bagus selesaikan.

    ReplyDelete
  4. jika tuduhan ini benar, maka pihak berkuasa harus bertindak dengan menjalankan siasatan yang lebih terperinci

    ReplyDelete
  5. kerajaan haruslah mendengar seruan rakyat

    ReplyDelete
  6. lagipun, rakyat Sabah sendiri yang meminta penubuhan RCI ini

    ReplyDelete
  7. semoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. terma rujukan RCI harus disiapkan segera.

      Delete
  8. dan berharap panel yang menganggotai suruhanjaya berkenaan ini akan dipilih dengan wajar

    ReplyDelete
  9. Tindakan wajar harus diambil untuk siasatan terperinci.

    ReplyDelete
  10. Pemilihan panel ada satu kerja yang payah. Golongan ini akan menentukan kejayaan RCI.

    ReplyDelete
  11. Kementerian Pendidikan harus memberi penjelasan kenapa ini pula terjadi? Golongan ini menggunakan mykad untuk pelbaga-bagai aktiviti.

    ReplyDelete
  12. Kita tunggu siasatan mengenai perkara ini dan pastikan RCI ini akan dapat dilaksanakan secepat yang boleh.

    ReplyDelete
  13. Citra yakinkah diri itu bumiputra tempatan juga??Entah dari Indonesia juga asal usul Citra.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga asal usul daripada Indonesia.

      Delete
  14. harap pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  15. tunggulah hasil siasatan mengenai pekara ini.

    ReplyDelete
  16. tidak perlulah sampai menuduh kementerian pelajaran menghalang RCI.. apa gunanya rakyat Sabah dan pemimpin2 politik di negeri ini memperjuangkan RCI jika penubuhan itu boleh dihalang pada bila2 masa oleh kementerian pelajaran??

    ReplyDelete
  17. kalau tidak ada tindakan dibuat selepas ini, tunggu saja RCI yang ambil alih untuk menyiasat kes ini..

    ReplyDelete