Oleh : MUTALIB M.D
KEMENTERIAN Pelajaran
Malaysia (KPM) disifatkan sebagai penghalang penubuhan Suruhanjaya Siasatan
DiRaja (RCI) dan melanggar Akta Imigresen dengan menggaji Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI) yang menggunakan kad pengenalan palsu sebagai Guru Penolong Kanan
di SMK Balung, Tawau.
Ketua Penerangan Angkatan
Muda Parti Keadilan Rakyat Sabah, Citra Masadi, menjelaskan bahawa KPM langsung
tidak mempedulikan pelbagai aduan yang dibuat termasuk beberapa laporan polis
dan perbahasan di Parlimen; malah terus melindungi Guru Penolong Kanan
berkenaan, Arsad Bin Haji Alwi dengan membenarkan beliau terus berkerja di
sekolah berkenaan.
"Arsad sewajarnya
ditangkap dan dihadapkan segera ke mahkamah pengadilan kerana pemilik asal kad
pengenalan berkenaan iaitu A Ramlee Rasim telah membuat laporan polis di Balai
Polis Kota Belud baru-baru ini. Tetapi kita hairan kenapa Arsad terus
dibenarkan mengajar dan tidak digantung kerja. Kenapa ada double standard dalam
kes ini," tanya Citra yang telah membuat laporan susulan di Balai Polis
Karamunsing bersama-sama dengan Ketua AMK Sabah, Mohd Serman Bin Hassnar dan
AJK AMK iaitu Felix W Salayab.
Ketika rakyat Sabah
melaungkan RCI dalam nada serentak, KPM pula kata Citra berterus membela Arsad
sedangkan pada dasarnya Arsad telah melakukan kesalahan jenayah yang terbesar
iaitu melakukan penderhakaan kepada DYMM Yang dPertuan Agong; malah mungkin
menjual rahsia negara kepada pihak luar.
"Kedudukan Arsad
sebagai Guru Penolong Kanan di SMK Balung dan di beberapa sekolah menengah
sebelum ini telah mencemarkan nama baik KPM dan Kerajaan Malaysia yang terlepas
saringan keselamatan, terima ketika mengesahkan jawatan beliau," kata
Citra yang bimbang anasir subversif menyusup ke dalam perkhidmatan awam di
Malaysia jika tapisan keselamatan senang dibolosi.
Kata Citra, AMK Simpati
dengan dengan pemilik asal kad pengenalan berkenaan yang kehilangan
segala-galanya termasuk hak untuk mendapatkan bantuan daripada kerajaan setelah
Arsad menggunakan identitinya sejak 1990-an.
"Jika PATI begitu mudah
memasuki Universiti Sains Malaysia yang menjadi kebanggaan negara dan kemudian
dengan mudah menjadi guru sehingga tahap DG44, apalah ertinya kawalan Imigresen
dan sistem perundangan di Malaysia? Tidak hairanlah jika lebih 1.5 juta pati
sudah berada di Sabah," ujar Citra yang mendesak agar Kuasa Imigresen
dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Sabah sebagaimana Sarawak.
Sehubungan itu, Citra
mendesak agar Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran menubuhkan Jawatankuasa Khas
menyiasat kes Arsad kerana begitu ramai PATI telah dilantik sebagai Guru dan
kes Arsad hanya salah satu contoh yang paling ketara.
Berikut Laporan Polis
TANJONG ARU/002777/12 yang dibuat oleh Ketua Angkatan Muda PKR Sabah, Mohd
Serman Bin Hassnar bersama Citra dan rakannya;
"Pada hari ini,
11.06.2012 saya bersama rakan Citra Bin Masadi (Mykad no. 731008-12-5377) dan
Felix W Salayab (Mykad no. 770215-12-5857) membuat laporan polis berkaitan
Kunak/Rpt/000641/12 iaitu lanjutan daripada laporan polis yang dibuat Pengarah
Komunikasi Cabang PKR Silam, Djapri Kudosat pada 9 Mac 2012 melalui laporan
KUNAK/641/12 kami datang ke balai untuk membuat laporan lanjutan berhubung kes
Guru Penolong Kanan SMK Balung, ARSAD BIN HJ ALWI yang dikenalpasti menggunakan
dokumen palsu (kad pengenalan lama) milik A Ramlee @ Ramli Bin Rasim iaitu
H0740273 untuk menjadi guru di sekolah berkenaan. Setelah menjalankan siasatan
rapi dan berdasarkan laporan lengkap vvww.sabahkini.net (salinan dilampirkan),
maka kami datang ke balai polis membuat laporan agar PDRM menjalankan siasatan
segera dan menangkap Arsad yang menggunakan dokumen palsu kerana menyalahi
Undang-Undang Malaysia dan mencabul Perlembagaan Persekutuan bagi mengelak isu
ini menjadi penghalang utama penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI)."
apabila RCI ditubuhkan nnti, pasti guru tersebut akan disiasat.
ReplyDeleteSiasat sesiapa saja yang meragukan kewarganegaraannya
DeleteDisebabkan kes seorang guru ni saja tidak mungkin RCI akan dapat dihalang dari terus ditubuhkan.
ReplyDeleteSusah nak bayangkan kuasa seorang guru dapat menghalang pertubuhan RCI?
Deletekalau betullah ada PATI yang pegang jawatan dalam kerajaan, memang bahaya ni. Sebelum tambah kritikal bagus selesaikan.
ReplyDeletejika tuduhan ini benar, maka pihak berkuasa harus bertindak dengan menjalankan siasatan yang lebih terperinci
ReplyDeletekerajaan haruslah mendengar seruan rakyat
ReplyDeletelagipun, rakyat Sabah sendiri yang meminta penubuhan RCI ini
ReplyDeletesemoga RCI akan dilaksanakan seperti yang telah dinyatakan oleh PM kita
ReplyDeleteterma rujukan RCI harus disiapkan segera.
Deletedan berharap panel yang menganggotai suruhanjaya berkenaan ini akan dipilih dengan wajar
ReplyDeleteTindakan wajar harus diambil untuk siasatan terperinci.
ReplyDeletePemilihan panel ada satu kerja yang payah. Golongan ini akan menentukan kejayaan RCI.
ReplyDeleteKementerian Pendidikan harus memberi penjelasan kenapa ini pula terjadi? Golongan ini menggunakan mykad untuk pelbaga-bagai aktiviti.
ReplyDeleteKita tunggu siasatan mengenai perkara ini dan pastikan RCI ini akan dapat dilaksanakan secepat yang boleh.
ReplyDeleteCitra yakinkah diri itu bumiputra tempatan juga??Entah dari Indonesia juga asal usul Citra.
ReplyDeleteMungkin juga asal usul daripada Indonesia.
Deleteharap pekara ini akan diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeletetunggulah hasil siasatan mengenai pekara ini.
ReplyDeletetidak perlulah sampai menuduh kementerian pelajaran menghalang RCI.. apa gunanya rakyat Sabah dan pemimpin2 politik di negeri ini memperjuangkan RCI jika penubuhan itu boleh dihalang pada bila2 masa oleh kementerian pelajaran??
ReplyDeletekalau tidak ada tindakan dibuat selepas ini, tunggu saja RCI yang ambil alih untuk menyiasat kes ini..
ReplyDelete