Wednesday 13 June 2012

PAKATAN YAKIN MENANG DI 105 KERUSI PARLIMEN





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

PAKATAN Rakyat yakin semakin dekat ke Putrajaya apabila mendakwa sudah selamat di 105 daripada 222 kerusi Parlimen untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13. Jumlah yang dianggap selamat itu hanya kurang enam kerusi untuk menewaskan BN dengan majoriti mudah.

"Saya rasa kalau dengan momentum ini, lepas soal PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ... kesilapan Datuk Seri Khaled (Nordin) tarik balik pinjaman, kita boleh lepas majoriti mudah.

"(Jumlah) 105 itu adalah perkiraan dan bacaan kita buat beberapa bulan lepas dan dalam masa sebulan ini lebih banyak sebenarnya isu yang berpihak kepada Pakatan," kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dalam temubual saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau juga berkata, untuk 105 kerusi Parlimen tidak menjadi masalah dan PKR sememangnya membuat perkiraan dengan teliti mengenai perkara ini.

Pakatan sekarang mempunyai penguasaan 75 kerusi dalam parlimen berbanding BN sebanyak 137 dan bebas 10 kerusi.

"Katakanlah ada lima hingga enam kerusi yang boleh bertukar tangan sebab menang tipis dahulu... tolak kerusi yang mungkin akan bertukar tangan, campur kerusi yang mungkin akan dapat balik. Jadi tak sukar untuk pertahankan 80 hingga 85 kerusi di Semananjung kecuali Johor," jelasnya.

Menurut Rafizi lagi, tiga negeri utama yang menjadi tunggak kemenangan BN iaitu Johor, Sabah dan Sarawak juga mempunyai peluang untuk Pakatan peroleh separuh daripada kerusi yang ada.

"Katakanlah kita menang sembilan (kerusi Parlimen) daripada Johor... sembilan Sarawak... dan Sabah lima. Ini semua bahaya dan akan jatuh ke tangan Pakatan.

"Ada ura-ura di Sabah ada gelombang tokoh politik tempatan mahu berpisah daripada BN. Kalau itu berlaku, paling kurang (Pakatan dapat) 110 (kerusi).

"Ini semua jumlah paling konservatif. Paling minima untuk Pakatan. Kita tak boleh lari daripada angka ini semua. Untuk dapat 100 hingga 105 kerusi Parlimen tidak mustahil. Soalnya sekarang, macam mana nak dapat 10 lagi kerusi untuk majoriti mudah.

"Kalau mereka panggil minggu depan (pilihan raya) kita lebih daripada bersedia," katanya lagi.

Sebelah kaki di S'gor, sebelah di T'ganu

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mengesahkan akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang tetapi belum menetapkan lagi kawasannya.

"Kalau ikut saya, saya berminat untuk tidak bertanding dan teruskan dengan kehidupan saya. Itu kebenarannya. Saya tidak pernah ada rancangan untuk jadi ahli politik begini.

azlan"Harapan untuk bertanding ada disampaikan dan saya tak boleh lari," kata Rafizi ketika ditemubual di saluran atas atas Radio Bangsar Utama malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata, perlu menunggu keputusan parti.

"(Sama ada) Terengganu, saya tak boleh kata. Itu keputusan parti. Tapi kalau saudara tengok dekat mana saya dok buat ceramah, saya rasa anda boleh tahu.

"Ia boleh jadi di Selangor atau Terengganu. Sebelah kaki di Selangor sebelah lagi di Terengganu.

"Itu saya perlu tunggu arahan dan keputusan parti. Tapi saya akan bertanding untuk pilihan raya akan datang," katanya lagi.

14 comments:

  1. PR nampaknya sangat berharap pemimpin dari BN ada yang keluar supaya dapat lagi beberapa kerusi tapi baru2 ni semua pemimpin BN yang terlibat dalam khabar angin tu menafikan dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Bukan mudah untuk menewaskan BN. PR jangan terlalu yakin.

    ReplyDelete
  3. PR jgnlah terlalu yakin, terlalu yakin akan membuat leka dan memakan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikap macam ni hanya merugikan, ramalan yang indah hanya melekakan saja.

      Delete
  4. Baguslah kalau yakin akan kemenangan pada PRU13 nanti dengan 105 kerusi.

    ReplyDelete
  5. Tidak payah terlalu yakin untuk menang. Semua itu boleh berubah pada bila-bila masa.

    ReplyDelete
  6. Well, good luck. Don't aim too high because it hurts when you fall down.

    ReplyDelete
  7. Sukar meramal, rakyat yang akan menentukan.

    ReplyDelete
  8. tidak heran la dengan Pakatan.. dari dulu sampai sekarang, setiap kali pilihanraya pasti yakin bahawa mereka akan menang.. suka sangat mengiktiraf kemenangan sebelum bertanding.. bila kalah, liat pula mengaku kesilapan..

    ReplyDelete
  9. Prime Minister Najib Tun Razak on Saturday called on the people to look back and evaluate the track record of Opposition Leader Anwar Ibrahim, who had made a big lie to the people on Sept 16, 2008.

    ReplyDelete
  10. He said that on that day, Anwar claimed that 30 Barisan Nasional (BN) parliamentary members would defect to the opposition parties, hence making possible for Pakatan Rakyat to take over the federal government.

    ReplyDelete
  11. "This is the biggest lie in Malaysian political history. Can we forgive a leader who lied to the people. Let us not forget easily this historical incident," he said when opening the RM30 million Sabah Handicraft Centre, here.

    ReplyDelete
  12. "BN does not promise the sea and sky, but promises which can be fulfilled," he added.

    ReplyDelete
  13. He believed that the Sabah people were wise enough to differentiate between glass and crystal.

    ReplyDelete