Saudara Pengarang,
DEWASA ini sangat banyak
keluhan serta rungutan rakyat Sabah terutama sekali di kawasan pedalaman
mengenai isu tanah yang semakin serius. Kerajaan BN sangat rakus merampas
tanah-tanah adat serta tanah kerajaan negeri Sabah melalui pelbagai cara dengan
menggunakan kuasanya.
Banyak tanah NT dimiliki
oleh individu atau syarikat asing, NT ditukar ke CL, syarikat-syarikat besar
menceroboh tanah adat dan orang kampung serta banyak hutan simpan dimajukan
untuk sektor perladangan seperti sawit dan banyak lagi kaedah yang digunakan
semata-mata untuk kepentingan dirinya, pengarah-pengarahnya, keluarganya dan
kroni-kroninya.
Syarikat-syarikat besar
perladangan dari semenanjung dan persendirian yang mempunyai hubungan politik dengan
pemimpin politik BN yang menceroboh masuk ke kawasan tanah adat atau tanah
kerajaan negeri yang direstui oleh kerajaan negeri Sabah dengan
sewenang-wenangnya.
Malangnya, rakyat terpaksa
berjuang sendiri untuk mempertahankan hak-hak mereka dengan mengadu kepada
pihak pembangkang sehinggalah di bawa ke muka pengadilan.
Berikut adalah satu lagi
contoh kerajaan UMNO dan BN menidakkan hak-hak rakyat dalam soal tanah dengan
niat untuk menceroboh atau mengambil alih:
Beberapa minggu lepas, saya
berjumpa dengan seorang kenalan yang turut meluahkan perasaan tidak puas hati
beliau terhadap kerajaan sekarang ini sehingga menyebabkan beliau mengalami
kerugian yang amat besar.
Beliau adalah seorang ahli
perniagaan kecil tetapi mempunyai hasrat besar untuk memajukan diri. Sebelum
ini beliau ada menjalankan projek JV dengan pemilik-pemilik tanah bergeran di
Kampung Long Pasia pada tahun 2010. (Sila rujuk geran yang terlibat di dalam
lampiran 1).
Kawasan yang terlibat hanyalah
seluas lebih kurang dalam 3 ratus ekar dan melibatkan 4 orang pemilik tanah.
Projek yang ingin dijayakan adalah projek penternakan lembu secara berpagar.
Langkah pertama untuk
melaksanakan projek ini ialah pembersihan kawasan termasuk melibatkan
penebangan pokok-pokok. Apabila pihak syarikat ingin membawa masuk
jentera-jentera berat, pihak syarikat dikehendaki oleh pihak SFI (Sabah Forest
Industries) menunjukkan lesen Form 2B sebelum dibenarkan melalui jalan yang
memang di bawah kuasa pihak SFI.
Oleh itu pihak syarikat telah memohon lesen Form 2B melalui Jabatan
Perhutanan Sipitang dan hasilnya DFO Sipitang menerangkan tidak ada masalah
kerana pemilik tanah memang berhak untuk memohon.
Setelah mengikuti
prosedur-prosedur biasa untuk memohon lesen Form 2B, dukacita dimaklumkan
bahawa Pengarah Perhutanan Negeri Sabah, Datuk Sam Manan telah menolak
permohonan tersebut dengan alasan kawasan Long Pasia adalah kawasan sensitif dan
terdapat aduan rasmi daripada penduduk setempat.
Namun demikian pihak
syarikat tidak berputus asa dengan menghantar surat pengecualian daripada
pembekuan lesen Form 2B di Long Pasia dengan menyertakan surat sokongan dari
Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK kampung Long Pasia dan Long Mio serta
tandatangan persetujuan seramai empat ratus orang penduduk kampung Long pasia
dan surat sokongan daripada jabatan-jabatan kerajaan yang berkaitan.
Tetapi malang kerana Pengarah
Perhutanan tetap menolak. Pihak syarikat serta pemilik tanah akhirnya mengambil
keputusan untuk ke Sandakan bertemu dengan Pengarah Perhutanan sebanyak tiga
kali dan alasannya Pengarah Perhutanan belum mendapat persetujuan daripada
Ketua Menteri Sabah.
Amat pelik mengapa Pengarah
Perhutanan perlu merujuk kepada Ketua Menteri sedangkan lesen Form 2B ialah
pengeluaran dokumen untuk pembayaran royalti atau cukai kepada kerajaan bagi
penjualan kayu daripada kawasan tanah bergeran dan ini adalah di bawah kuasa
muktamad Pengarah Perhutanan menurut Enakmen Perhutanan 1968.
Pihak syarikat masih tidak
berputus asa dengan membuat percubaan untuk bertemu dengan Ketua Menteri
sebanyak dua kali namun tidak berjaya. Mujur wakil syarikat dapat bertemu
dengan Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri.
Hasilnya beliau mengeluarkan
satu surat kepada Pengarah Perhutanan, namun Pengarah tetap menolak. Sehingga
kini urusan pihak syarikat terbabit serta pemilik tanah masih tergendala.
Oleh itu pihak syarikat dan
pemilik-pemilik tanah meminta bantuan daripada pihak pembangkang atau sesiapa
sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. Saya berkesempatan pergi ke Long Pasia
pada minggu lepas untuk menyiasat hal ini dan didapati benar.
Masyarakat kampung Long
Pasia juga risau kerana ini sebenarnya adalah disebabkan niat pihak tertentu
untuk mengambil tanah orang kampung kerana sebarang aktiviti untuk memajukan
tanah orang kampung di situ akan disekat.
Oleh itu, tidak hairan jika sepanjang
perjalanan menuju ke Long Pasia terdapat banyak sekali papan tanda mengenai
tanah adat dan bendera parti pembangkang iaitu keadilan yang terpacak untuk
menunjukkkan protes orang kampung terhadap kerajaan yang semakin tidak terkawal
menceroboh serta merampas tanah orang kampung.
Cuba anda fikir secara
logik, negeri Sabah yang mempunyai tanah yang sangat luas habis dibolot oleh
pemimpin kerajaan atau UMNO dengan menggunakan kuasa mereka. Dahulu anak negeri
Sabah masih boleh mendapatkan tanah kerajaan negeri yang dipohon melalui
Jabatan Tanah Dan Ukur; tetapi sekarang jika masih boleh memohon, tetapi niat
untuk mendapatkan walau seekar tanah hanya tinggal mimpi sahaja.
Kerajaan langsung tidak mahu
mengagehkan tanah kerajaan yang luas kepada setiap keluarga anak negeri yang
layak. Semua tanah kerajaan negeri Sabah akan dibolot oleh pemimpin Sabah, keluarga
serta kroninya dengan pelbagai cara dan kaedah.
Saya sangat ingin rakyat
Sabah bangun dan bertindak sebelum keadaan semakin parah. Saya rakyat Sabah
dari rumpun Dusun, ingin mengingatkan kepada semua rakyat Sabah yang dahulunya
sangat berani sehingga pernah digelar sebagai 'Pemenggal Kepala' yang hebat dan
berani; tetapi malangnya sekarang, kepala kita dipenggal melalui kaedah moden
iaitu politik.
Saya mahu kita kembalikan
semangat nenek moyang kita yang berani dan berjiwa pahlawan pada zaman ini
untuk memenggal kepala BN dan UMNO pada pilihan raya akan datang. Selamatkanlah
diri kita, keluarga, saudara, kawan-kawan kita dan anak cucu cicit kita. Ayuh!
Kita penggal kepala mereka kali ini melalui peti undi. Kita tunjukkan kepada
mereka betapa tingginya langit dengan bumi. Mari kita sokong pembangkang pada
pilihan raya paling genting ini.
Salam Hormat,
BUTITIT POIMPOSIK
byk isu tanah timbul di Sabah, seharusnya ia diselesaikan, baik bawa ia ke Mahkamah, sebelum ini ada jg kes ini yang dimenangi oleh penduduk.
ReplyDeleteMore and more land issues is happening around sabah. The people that is effected need to fight hard for their land.
DeleteTeringat balik pula isu tanah yang melibatkan Syarikat Corak Nakhoda. bagaimana sudah agaknya perkembangan isu ni?
DeleteBagaimana golongan ini bertindak terhadap hak milik penduduk?
Deletebiarlah mahkamah membuat kerjanya untuk menegakkan keadilan.
DeleteAda yang beli sijil Anak Negeri Sabah untuk dapatkan hak bumiputera seperti tanah. kena siasat pihak2 yang terlibat.
ReplyDeleteJika ini benar, siapa yang harus disiasat terlebih dahulu?
Deleteseperti bagaimana Jimmy Wong boleh dpt sijil tersebut.
DeleteTidak mungkin kerajaan membiarkan hak milikl rakyat ditindas sebegini sahaja.
ReplyDeleteUndang-undang harus bertindak melindungi hak milik penduduk, kenapa biarkan rakyat terus menjadi mangsa?
ReplyDeleteAdakah tibanya masa untuk mengkaji semua polisi atau undang-undang yang tidak dapat berfungsi baik untuk melindungi hak milik rakyat?
DeleteKerajaan negeri harus bertindak untuk melindungi hak milik rakyat dirampas dan ditukar milik tanpa dikesani.
ReplyDeleteMengenai isu tanah di Sabah dikuasai oleh kerajaan Negeri. maka kerajaan Negeri perlu memainkan peranan yang penting dalam masalah ini.
ReplyDeletethe opposition was manipulating the World Bank's 2010 Malaysia Economic Monitor (MEM) Report that Sabah is the poorest State, for its own political interest and mileage.the opposition did not read the World Bank MEM Report when issuing statements. Even if they had read the report, the opposition was distorting facts.
DeleteKerajaan perlu serius menangani isu ini. Jangan biarkan isu ini terus menjadi permainan politik pembangkang suatu hari nanti.
ReplyDeletethe government has been and is implementing various development programs in the interest of the people. people not to be easily influenced by the opposition claims that the people were oppressed by the federal government.
ReplyDeletebanyak hutan simpan dimajukan untuk sektor perladangan?? kalau benar la dakwaan ini bagaimana kerajaan negeri Sabah boleh mendapat pujian dan pengiktirafan dari badan2 antarabangsa atas kejayaan negeri ini dalam melaksanakan SFM(sustainable forest management)??
ReplyDeletekalau benarpun berlaku rampasan tanah, bawa saja la kes itu ke mahkamah.. di Sabah ada suhakam dan peguam Kong Hong Ming yang terbukti mampu membantu penduduk kampung yang menghadapi masalah berkenaan dengan tanah..
ReplyDeletebagaimana pula ketika YTL sebagai KM Sabah memberikan hutan seluas 300000 hektar kepada kroni2 beliau?? kenapa tidak ada yang bising atau buat aduan??
ReplyDeleteThe BN administration under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak was constantly striving to ensure development for Sabah. Sabah would continue to undergo rapid development under the BN.
ReplyDeleteSABAH had spent 75.5 per cent of State allocation and 74.9 per cent of Federal allocation to undertake development projects last year.
ReplyDeleteThe development projects under Sabah Development Corridor were implemented smoothly, with 98.4 per cent of the RM100.4 million allocation utilised last year.
ReplyDeleteThis reflects the State's financial standing is strong as a result of competent and efficient management as well as proactive steps undertaken by the Government.
ReplyDeleteWith the full support and determination of the Federal and State governments, more programmes and development projects funded by the Federal Government are able to be implimented through Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme.
ReplyDeleteAmongst other matter, the State's per capital income has increased from RM14,829 in 2009 to RM17,242 in 2010.
ReplyDeleteIn addition, the unemployment rate has dropped from 5.6 per cent in the first half of 2010 to 5.4 per cent in the same period last year.
ReplyDeleteMeanwhile, it is noted that investment amounting to RM77.5 billion was required to undertake 31 entry point projects (EPPs) in Sabah.
ReplyDeleteThe Federal Government will assist the private sector to kick-off the EPPs by allocating eight per cent of the amount, while detailed implementation plans for each EPP was already prepared.
ReplyDeleteAs such, the private sector is encouraged to take advantage of these investment opportunities and invest in the 31 EPPs.
ReplyDeleteThe continuous distribution of various forms of assistance by the government helped to improve the people’s source of economy and livelihood.
ReplyDeleteKarisma 1Azam is one programme that benefited those in the lower-income group through the provision of initiatives that boosted their standard of living.
ReplyDeleteThe assistance rendered will bring benefits to people of all races. This shows that the BN government does not leave anyone out because its main agenda is to help all the people.
ReplyDeleteAs such, the people of Sabah must ensure a victory for the ruling coalition in the coming election to ensure continuity in development. The people would only gain by supporting the BN as it is the only party that could safeguard their interest.
ReplyDelete