Sunday, 10 June 2012

TUKANG KOMEN SABAHKINI.NET YANG BODOH?




Saudara Pengarang,

SAYA merupakan seorang pembaca setia Sabahkini.net sejak dari awal penubuhannya, namun sejak akhir-akhir ini saya melihat ramai tukang komen dalam Sabahkini.net yang memberikan komen yang sebegitu kurang ajar. Saya senaraikan beberapa nama mereka di bawah ini.

Tujuan asal Sabahkini.net membuka ruangan komen adalah untuk mendapatkan pandangan dan idea, sokongan tambahan dengan cara yang baik. Kita mahu komen yang membina. Namun malang sungguh komen-komen yang dibaca sejak akhir-akhir ini.

Saya harap Sabahkini.net dapat menapis komen orang ramai agar ia tidak bersifat keagamaan, perkauman dan penghinaan. Saya bersimpati kepada mereka yang dihina dan dimaki hamun oleh mereka yang penakut. Si pengecut ini hanya berani bersuara memaki di sebalik Internet. Mereka tidak berani tampil di hadapan orang tersebut untuk menunjukkan rasa tidak puas hati mereka.

Malang sungguh mereka yang berotak cetek. Tidak ada ilmu dan fikiran. Bercakap sesuatu tanpa membuat pertimbangan dan penapisan. Tidak pandai menjaga hati orang ramai. Langsung tidak ada nilai-nilai moral dalam diri. Seperti tidak pernah belajar moral, sivik dan sejarah. Yang islam pula seolah-olah tidak ada nilai keIslaman yang diajar oleh Nabi mereka.

Bertaubatlah. Insaflah! Kita komen ini jika ada hati yang terguris dan sakit, maka hati kita akan lebih sakit pada masa lain. Tuhan itu Maha Adil dan Saksama. Dia tidak akan biarkan ada yang lebih dan ada yang kurang. Kita semua kepada tuhan juga kelak. Di sana kita tidak dapat menyelamatkan diri lagi.

ROGONGAYO : Suka menyebut ‘kelling’. Anda tahukah apa makna sebenar dan sejarah ‘kelling’. Walaupun dibolehkan mengunakan perkataan itu, anda harus mengunakan dengan bijaksana. Sikap anda boleh menimbulkan masalah perkauman. Mana tahu orang itu PATI atau tidak? Mana anda tahu bahawa orang yang anda hina itu PATI sedangkan anda tidak pernah ikut dia ke Mahkmah untuk pengadilan. Anda cakap hanya berdasarkan sumber yang lemah. Kita kena menggunakan minda dan sejarah. Anda juga menghina nama parti orang Islam. Anda akan mendapat balasan tuhan untuk itu. Persatuan itu keagamaan. Hormatlah sikit agama orang. Anda kata pembuat roti canai ada cincin ini dan itu kan, inilah komen paling membina dari anda. Anda menghina, orang layan. Cakap sesedap mulut anda. Menyebar fitnah!

CHARLES ENDION ESUH : Anda kata kita tangkap saja, hantar dia balik, biadap punya pariya. Kata-kata kau ini bukan main sedap. Anda siapa? Pihak berkuasakah mahu tangkap dia? Mana anda tahu dia bersalah atau tidak. Belum pun orang itu diadili dengan baik, anda tidak boleh tuduh macam itu. Anda menggalakkan permusuhan.

ROGGON3 : Anda mahu tampar orang ya? Berani sangatkah anda? Kenapa anda mahu tampar dia? Anda tidak tahu sama sekali apa hakikatnya. Dia difitnah atau tidak? Mahkamah belum buat keputusan muktamad. Nampak sangat perangai kurang ajar yang tidak harus dimiliki oleh masyarakat kita. Mungkin bangsa negara lain mentertawakan kita dengan gelagat orang kita yang menunjukkan ciri orang yang tidak akan berjaya.

LOMPUNG GINDARA : Kellimg metalik ya? Anda menghina bangsa India dan boleh diambil tindakan sivil. Orang macam andalah punca masalah perpaduan tercetus. Anda patut mengikuti kelas sivik dan moral. Tidak ada langsung adab dan etika berkata- kata. Siapa ajar anda menghina orang? Sedangkan penjenayah pun kita harus ada nilai kemanusiaan dengan orang itu.

GEOSTAR DG : Anda suka menuduh sesiapa yang memberikan sokongan kepada orang yang difitnah bahawa dia sokong PATI. Anda dengan hal anda tetapi kita kena sokong mereka. Orang tabur banyak fitnah dalam internet, kita tidak tahu mereka bersalah atau tidak selagi tidak ditentukan. Jangan kerana ada orang yang menuduh sembarangan, anda pula beria-ria sangat mahu sokong membuta tuli.
29XX72 : Anda sangat sial. Tak tahu bertutur dengan adab. Komen yang langsung tiada guna.
LAPLAPFU & CORONA_EXTRA & JOHNBABAGON& JAIMBOL DANGUS & FRED : Anda semua suruh boikot kedai orang, Mana satu kedai yang pemegang IC projek dan mana satu yang tidak? Jawab cepat! Anda siapa untuk adili mereka? Tunggu arahan pihak berkuasalah.

PEYIY BUSYU' : Anda juga menghina nama parti orang Islam. Anda akan dapat balasan tuhan untuk itu. Persatuan itu keagamaan punya. Hormatlah sikit agama orang lain!

Dan ramai lagi pengomen kurang matang atau terencat akal kerana sampai sanggup memaki ibu bapa orang, fitnah itu dan ini, tuduh ahli politik itu dan ini. Ini semua tanda tanda masyarakat kita akan dilanda satu bencana besar. Mereka tidak peduli kita hina kaha atau puji mereka kerana mereka terus berjaya. Tetapi yang rugi adalah kita. Menghina dan membuang masa dan mengumpulkan sebanyak mana dosa untuk masuk neraka.
Apa yang saya boleh katakan, insaflah kita semua. Mari kita membuat komen yang membina. Komen yang boleh dijadikan rujukan dan panduan. Komen yang memberi suara kepada rakyat kita. Tiada guna kamu membuat lawak, membuat tipu di internet ini. Jangan cari populariti dengan kejam sebegini.

Sekian, Salam Hormat,

DANEAL BRAYEN

9 comments:

  1. itu pendapat masing2.. tapi sebaiknya biarlah ada etika dalam mengomen.

    ReplyDelete
  2. Tiada sebarang tapisan dalam kolum disqus Sabahkini.net. sebab itulah bermacam-macam komen ada di sana. Apapun, janganlah cetuskan isu sensitif seperti yang melibatkan perkauman dan memburukkan mana2 pihak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. etika kena ada. Tapi penulis artikel pun macam tiada etika juga tu.

      Delete
  3. Do not read Sabahkini if you could not stand with the comments. Besides, these are what makes the Sabahkini popular. Not like some other dull blogs.

    ReplyDelete
  4. Sendiri pun guna perkataan yang tidak sepatutnya. Memang tidak layaklah untuk menilai orang lain kalau sendiri pun tidak sedar.

    ReplyDelete
  5. Nampaknya tidak ada orang yang menyokong DANEAL BRA YEN..hehe

    ReplyDelete
  6. konon pengadu adalah pengikut Sabahkini sejak dari awal, tapi kenapa hanya ketika isu India di Sabah baru dia tampil mengkritik komen2 di Sabahkini? kenapa tidak ketikan pengomen2 ini menggunakan kata2 kesat, jijik dan racist terhadap pemimpin2 politik dan juga kerajaan??

    ReplyDelete
  7. nampak sangat pengandu ini cuba membela pihak tertentu, tapi malangnya cara dia membela pun 2x5 juga.. tidak profesional dan sekadar menyerang pengomen2 Sabahkini..

    ReplyDelete