Monday 4 June 2012

SEBUAH NINJA UNTUK MENDERHAKA?




Oleh : AZMAN JOHAN ARIFFIN

MUNGKIN Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman tidak menyedari bahawa beliau ibarat memelihara 'Ular Tedung Dalam Rumah' jika terus memperkenan Tuan Yang Terutama Yang Di Pertua Negeri Sabah menyambung perlantikan Adun Sekong, Datuk Samsuddin Yahya sebagai Pengerusi Ko-Nelayan.

Betapa tidak, jika musuh politiknya, Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal telah menjadikan Samsuddin sebagai 'Khadam Politiknya' dengan membeli kesetiaan Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi itu melalui orang kuatnya, Datuk Peter Anthony yang melantik dirinya sebagai Presiden KDM menggantikan Datuk John Ambrose.

"Inilah budaya songsang UMNO. Tetapi apa daya kerana laporan polis yang kita buat terhadap pemimpin UMNO ini yang sebelum ini kita namakan sebagai 'Datuk S' belum diambil sebarang tindakan lanjut," ujar Ketua Penerangan Angkatan Muda PKR Sabah, Citra Masadi yang menyerahkan maklumat lengkap laporan polis dan SPRM yang dibuatnya terhadap 'Datuk S' yang sebelum ini menjadi teka teki kepada rakyat Sabah berhubung Skandal Seks Tergempar berkenaan sebagaimana yang didedahkan Paparazzi Sabahkini.net.

Menurut Citra, beliau mendapati Samsuddin atau 'Datuk S' memandu kereta Ninja King berkenaan yang sebelum ini didaftarkan dengan nombor SS5511U yang dibeli daripada pemilik pertama Movon Development Sdn.Bhd dan ditukarkan plet nombor baru SAA43L atas permintaan Samsuddin, sejajar dengan nombor DUN Sekong, N43.

"Sekalipun kereta Ninja King tersebut adalah kereta terpakai, tetapi kita dapati Shafie telah berjaya menggunakan Samsuddin untuk kerja politiknya termasuk membantu Shafie memenangi jawatan Naib Presiden UMNO dan mengumpul Ketua Bahagian UMNO Sabah dalam perjumpaan rahsia baru-baru ini," dedah Citra yang memaklumkan akan mengumumkan beberapa pendedahan berhubung penglibatan Samsuddin dalam kes Skandal Penyelewengan Subsidi Diesel Ko-Nelayan dan rangkaiannya, termasuk penglibatan Datin Pia dalam Skandal IC Projek.

 


Buktinya, kata Citra, pihaknya telah berjaya mengenalpasti Ninja King berwarna Maroon tersebut sering dipandu dan membawa Samsuddin ketika berada di Sandakan.

Kereta SAA43L kata Citra didaftarkan atas nama Asli Jati Engineering Sdn.Bhd; syarikat milik Peter Anthony yang sering digunakan Shafie untuk diberikan projek Top-Up NKRA dan masih dalam siasatan SPRM berhubung tuntutan palsu di Universiti Malaysia Sabah.  

9 comments:

  1. siasat hal ini, bagi meamstikan ia benar atau tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju, mungkin berita yang salah kita pun tak tau.

      Delete
  2. kenalah sisat dengan jelas, manatau adalah berita yang salah.

    ReplyDelete
  3. harap akan dapat penjelasan yang betul kali ini, janganlah salah tuduh orang.

    ReplyDelete
  4. Biar pihak polis dan SPRM menjalankan tugas mereka ke atas laporan ni. kalau dakwaan benar, pasti hukuman setimpal akan dikenakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat saja la report polis. Biar disiasat.

      Delete
  5. Kalau benar kita harap perkara ini akan disiasat oleh pihak yang bertanggungjawab. Jangan biarkan kes sebegini berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amalan rasuan patut dibanteras, jangan biarkan saja.

      Delete
  6. jangan sampai kena saman saja la.. kalau yakin ada bukti2 kukuh, buat saja la laporan polis atau sprm.. bukan laporan sabahkini..

    ReplyDelete